1st Time Pacak Khemah Tak Berpeluh, Camping Santai Di Kem Sg. Pauh Cameron Highlands. Rasa Sendiri Pengalaman Berkhemah Tempat Sejuk, Syok Habis!

Share

Selalu kalau camping nak setup khemah mesti lencun dengan peluh, tapi berbeza pula bila berpeluang camping di Taman Eko Rimba Kem Sg. Pauh, Cameron Highlands. Langsung tak berpeluh dan dapat lepak santai sambil menikmati kopi panas antara pengalaman yang menarik dikongsikan oleh Yanie Haron.

Merupakan campsite yang sering menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang berada di tanah tinggi, Cameron Highlands, ternyata rezeki Yanie dan keluarga kerana dapat menempah tempat ini hanya sekali percubaan sahaja.

Menyifatkan ia sebagai perkhemahan santai untuk dia dan keluarga, wanita ini berkongsi pengalaman pacak khemah dalam hujan dan di atas dek kayu selain menikmati cuaca yang sejuk sepanjang berada di campsite tersebut.

Camping Santai Di Kem Sg Pauh. Pacak Khemah Dalam Hujan & Rasai Cuaca Sejuk

Taman Eko Rimba Kem Sg. Pauh, Cameron Highlands, Pahang | 24-25 Ogos 2022 | 2h 1m

Camping yang tak disangka-sangka sempena Cuti TYT Melaka di campsite idaman ramai para campers yang tak perlu diperkenalkan lagi. Susah nak dapat kata mereka. Tapi Alhamdulillah buat kami, first time apply terus approved.

Sekadar nak kan suasana je. Ambik rasa pacak di tempat sejuk pulak kali ke 20 ni. Suhu siang 19°c, malam 15°c. Dapat jugak kami merasa hujan disana pada sebelah petang. First time pacak dan kemas tak berpeluh berkicap . Kali ni pacak Vidalido Vicore sb dah lama dia berehat tak berkhidmat sejak duk pacak tenda . Member pulak pacak Coleman 6p.

Aktiviti kami kat sini lebih kepada lepak santai, minum kopi, makan steamboat, makan maggie. Anak² pulak bermain bersama kawan² baru, ada jugak anak sungai tapi rasa macam air cuckoo sejuk tu oii. Toilet pun sama, takde water heater ye. Fuhhh..

Ada jugak sahabat campers yang ambil kesempatan berjalan-jalan di Cameron Highlands. Macam kami habiskan masa dicampsite je since 2h1m je kan. Layan nature, view & sejuk sambil minum kopi panas cicah biskut kering. Memang syahdu.

Tapi kalau tanya, nak repeat tak? Kami taknak dah, sebab mungkin bukan minat kami tempat macam ni . Apapun kami tetap enjoy. At least kami dapat merasa pengalaman pacak atas dek kayu dan camping dalam suasana sejuk dan hujan pulak tu

Detail campsite;

Fee for camping rm13 (adult) rm11.50 (kids)

Toilet asing lelaki perempuan (2 duduk, 2cangkung, 2shower), tahap kebersihan biasa² je.

Surau besar

Sinki (ada 3)

Plugpoint

Campsite terang ada lampu

Parking (jauh sangat disebabkan Jabatan Hutan Cameron sedang renovate so terpaksa parking luar kawasan di kg sedia)

Boleh drop barang di pintu campsite

Ada kereta sorong disediakan jika tiada wagon nak ngangkut

Ada 5 platform kayu, 3 level bawah, 2 level atas.

Line telco ok

Waktu check in 2pm, check out 12pm ( tertakluk pada kekosongan jika nak masuk awal)

Anak sungai sahaja ada

Kredit: Yanie Haron

 

 

Oleh
SAHR