Kemeriahan dan keriangan bulan Ramadan pasti tak seperti biasa sekiranya tiada bazar Ramadan. Betul tak? Bazar Ramadan ni la tempat ramai rakyat marhaen kunjungi untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan dan kompetitif.
Libur rasa mesti ada di kalangan pembaca Libur yang suka food hunting atau sekarang di bulan Ramadan ni buat bazar hunting. Jadi, Libur nak kongsikan 20 bazar Ramadan yang popular untuk anda terjah mencari juadah berbuka puasa nanti.
Menjadi seakan trend, ramai yang berminat untuk ke sesuatu lokasi itu, jika mempunyai kelainan terutama untuk merakam gambar dan dikongsikan ke laman sosial peribadi.
Anda tercari-cari lokasi ideal untuk ber ‘OOTD’, di sekitar Kampar Perak? Ini beberapa lokasi yang dicadangkan. Paling menarik, jika anda bijak merakam gambar, destinasi di sini seolah-olah seperti anda berada di negara Eropah.
Salah satunya destinasi di Kampar anda boleh singgah ke Bandar Agacia atau dikenali sebagai The Trails of Kampar. Deretan bangunan kedai tiga tingkat yang dicat dengan kombinasi pelbagai warnal-warna ceria menyerupai bangunan deretan kedai di bandar zaman kolonial. Setiap unit bangunan mempunyai ciri dan rekabentuk tersendiri serta berbeza antara satu sama lain.
Lokasi sekitar lain yang anda boleh singgah seperti yang dikongsikan saudara Helmi Baharum. Jom datang bersiar-siar ke sini sambil merakam gambar best untuk dijadikan kenang-kenangan.
Short Trip Kampar, Perak & Sekitarnya (Berangan seperti bercuti di Eropah)
Destinasi & Bajet:
Hotel OYO Siswa Kampar – RM19
Petrol & Tol – RM35 (Share of 3)
Refarm – RM5
New Agacia Kampar Town
Tin Dredge Tanjung Tualang – RM5
Kampar Town-Cinema Movie Mulan+Pasar
Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng – RM5
Gua Tempurung – RM8
Lata Kinjang – RM2
Mee Udang Ori Tg. Tualang
Restoran Bamboo Sg. Klah Sungkai
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rasanya sekian lama duduk terkurung di dalam rumah,buatkan kaki travel sudah tidak sabar pergi bercuti. Jika ada cadangan ke belah Pantai Timur, jangan lupa singgah dulu berehat di Adena Beach Resort, Kuantan.
Resort tepi pantai ini menyajikan pantai yang cukup indah. Ditambah ruang lepak disediakan oleh pihak Adena Beach Resort ini untuk pengunjung menikmati keindahan Pantai Balok ini sambil mandi-mandi memang terbaik, seakan terasa berada di Bali menyaksikan pantai indah mereka.
Tapi pemandangan indah ini turut ada di negara kita. Malah Adena Beach Resort Kuantan turut menawarkan pelbagai kemudahan lengkap bagi pengunjungnya. Bermula dari kolam renang yang luas, jalan sisir ke tepi pantai, kanopi kecil dan ruang lepak di tepi pantai, ruang makan yang luas, makanan yang sangat enak termasuk ada chalet yang mengadap laut, ruang parking kenderaan yang luas dan banyak lagi, ternyata ia satu tarikan yang sangat menarik untuk ke sini.
Terletak Mukim Sg Karang, Kuantan Pahang, pengunjung dapat menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam dan suasananya cukup indah sekali. Malah suasana malamnya yang cukup santai menambah tarikan di resort ini.
Jangan lupa masukkan list percutian korang kalau ke Kuantan nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mendengar nama Sungai Amazon sahaja ramai yang mengetahui bahaya dan rahsia alam ngeri yang menanti di sepanjang sungai yang melintasi beberapa negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, Brazil, Bolivia, Venezuela, Ecuador,dan Guyana.
Jika diabadikan di dalam filem-filem atau dokumentari, Sungai Amazon seringkali dimomokkan serta dikhabarkan sebagai sungai yang sangat bahaya di dunia dan perlu dielakkan untuk dikunjungi. Mana tidaknya, kawasan disekitar Sungai Amazon didiami oleh komuniti peribumi yang masih tidak mengecapi arus permodenan. Mereka masih mengamalkan cara hidup kuno seperti memakan daging manusia dan sama sekali tidak menerima dan mengalukan kedatangan orang luar.
Selain itu, hutan dan sungai Amazon juga terkenal dengan haiwan pembunuh seperti ikan pirana, annaconda, buaya, serangga beracun dan binatang-binatang buas yang lain. Ada sebab atau tidak untuk anda menghabiskan masa selama hampir tiga tahun semata-mata untuk bersiar-siar di sepanjang sungai hutan Amazon? Semestinya ia kerja gila jika anda mempunyai impian untuk bercuti di sini!
Namun, seorang warga Britain, Ed Stafford membuktikan itu bukan perkara mustahil. Pada tahun 2010, dia yang berumur 34 tahun ketika itu mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 860 hari.
Setelah meninggalkan dunia ketenteraan dan berpangkat seorang kapten, dia berasa sangat bosan dengan rutin pekerjaannya di pejabat. Ketika itu ada seorang rakan sekerja yang memberitahunya bahawa belum ada lagi manusia yang pernah dan ingin untuk berjalan disepanjang Sungai Amazon. Ed Stafford menganggap kenyataan rakannya itu sebagai satu cabaran pada dirinya.
Akhirnya dia tekad untuk melepaskan jawatan dan melakukan misi gila saranan rakannya. Ed Stafford bersama seorang rakan baiknya, Luke Collyer telah memulakan perjalanan pada 2 April 2008, meninggalkan Samudera Pasifik di bahagian selatan Peru. Pada awalnya, Ed Stafford merasakan bahawa perjalanan menjelajahi hutan sungai Amazon itu akan memakan waktu sekitar satu tahun, namun anggapannya itu ternyata silap.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan komuniti orang asli telah menangkap dan memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh haiwan sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan. Luke Collyer pulang ke rumahnya setelah hanya mampu bertahan tiga bulan menjelajah bersama Ed Stafford. Mungkin rakannya beranggapan misi ini mustahil dan tidak patut diteruskan demi keselamatan diri
Namun, Ed Stafford tetap ingin meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui seorang pekerja renjer hutan Peru, Sanchez Rivera. Setelah dipujuk Sanchez Rivera yang berumur 31 tahun sedia untuk membantunya sebagai penunjuk arah dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Sepanjang perjalanan, Ed Stafford dan Sanchez Rivera terpaksa berhadapan dengan pirana, ular anaconda, pusaran air, arus banjir, hujan tanpa henti, digigit ribuan nyamuk, dan penyakit berjangkit. Mereka juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada buaya Caiman yang panjangnya hingga 18 kaki.
Mereka berdua hidup dengan memakan pirana dan bahagian dalam pohon palm, serta berhenti seketika diperkampungan orang asli yang dikenali Sanchez Rivera di sepanjang sungai. Tetapi ancaman terbesar adalah masyarakat pribumi disitu yang telah dianiaya selama puluhan tahun oleh penguatkuasa wilayah, sehingga kaum ini sering curiga dan sering melakukan kekerasan kepada pengunjung asing.
Namun demikian, selama dua setengah tahun Ed Stafford tidak menyerah. Mungkin kerjaya sebagai seorang tentera pada masa lalu banyak membantunya untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun sukar. Dia bersusah payah berenang, naik semula ke batas disepanjang tepian sungai dan melangkah secara perlahan sambil menebas hutan dengan parang.
Kira-kira 85 kilometer lagi berjalanan sebelum tiba di lokasi penamat, Ed Stafford pengsan akibat kepenatan melampau. Walau bagaimanapun dia tetap menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Ketika hampir tiba di lokasi penamat, Ed Stafford dan Sanchez Rivera kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim Brazil, yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Segala pengalaman indah dan detik sukar untuk menjadi manusia pertama berjalan menyusuri Sungai Amazon ini telah dibukukan dalam sebuah jilid berjudul Ed Stafford Walking The Amzon.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan. Sepanjang misi bahaya ini dia mendapati bahawa banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca.
“Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya,” katanya.