Kelantan cukup terkenal dengan keenakan dan kepelbagaian makanan, selain itu juga, negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga mempunyai banyak tarikan menarik untuk dikunjungi.
16 tempat yang disenaraikan ini antara tempat dan makanan menarik yang ada di Kelantan. kalau korang ada plan nak bercuti ke sini jangan lupa singgah di tempat-tempat ini, barulah lengkap percutian korang ke Kelantan!
Kalau datang Kelantan tapi tak tidak singgah di sini memang tak lengkap. Kat sinilah tempat peniaga sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi barangan ada dijual. Nak beli keropok, serunding, kuih-muih dan jajan-jajan untuk buah tangan pun ada dijual kat sini. Kat sini juga ada menjual makanan dan minuman yang enak, boleh ke tingkat satu Pasar Siti Khadijah dan nikmati pelbagai juadah di sana.
Terletak di belakang deretan kedai, tempat ini dijadikan laluan seni oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak 2016. Ia diwujudkan hasil kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan dan syarikat cat Jotun. Memang sesuai nak OOTD kat sini.
Roti Titab yang menjadi buruan sehingga ada yang sanggup menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kelantan semata-mata untuk merasai keenakan hidangan itu.
Wau dan Kelantan memang cukup sinonim, kalau korang nak tengok pelbagai jenis Wau bolehlah ke Muzium Wau. Antara jenis wau yang dipamerkan di situ adalah Wau Kenyalang (Sarawak), Wau Puyuh (Kelantan), Wau Kikik (Melaka), Wau Seri Bulan (Perak), Wau Helang (Perlis & Terengganu) dan banyak lagi.
Mendapat julukan Pantai Nami, keindahan lanskap di sini persis di Kepulauan Nami, Korea Selatan seperti yang dipaparkan dalam filem terkenal Winter Sonata. Dikelilingi pokok-pokok ru yang tinggi dan tersusun, ini juga antara port OOTD yang cantik.
Rugi kalau ke Kelantan tak cuba makan meggi ketam. Ketam yang digunakan dalam mee segera yang dimasak dalam sup adalah ketam nipah. Korang boleh pilih sendiri saiz ketam yang korang nak. Ketam memang segar dari laut, memang puas hati!
Penggemar oyster segar boleh cuba makanan viral ni kat sini.
Seakan masjid di Masjidil Haram, kalau korang ke Kelantan naik kereta dan lalu jalan Gua Musang, wajib singgah. Sambil berhenti untuk solat dan berehat bolehlah OOTD sekali.
Kat sini kalau nak bergambar memang cun dan cantik, tempatnya macam dah kat New Zealand. Datang pagi-pagi boleh tengok kabus tebal. Dah puas bergambar dan main sungai boleh beli susu, dadih dan produk tenusu lain.
Mercu tanda korang dah sampai dekat Kota Bharu. Wajib bergambar kat sini tau!
Penginapan dan juga tempat makan yang masih mengekalkan seni bina Melayu Tradisional. Terletak tak jauh dari bandar KB. Dapat makan kat sini pun menarik sebab tempat ini menyediakan hidangan tempatan seperti nasi bersama ulam-ulaman dan budu serta lauk pauk kampung
Terletak di kawasan air terjun dan sungai yang sentiasa terpelihara, memang sesuai sebagai tempat percutian keluarga. Memang tenang dan damai je kat sini, tempat pun cantik, banyak sudut boleh bergambar.
Cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan, tempat ini masih lagi belum banyak diteroka. Mempunyai pemandangan yang cantik dengan air terjun yang landai, lepas dah singgah masjid Razaleigh boleh waze ke Lata Kashmir pula.
Yang nak minum dan makan sambil ber-OOTD di café cantik, Drum & Desk yang terletak di Taman Sari, Kota Bharu ini memang cantik. Hidangan pastri yang disediakan di sini menggunakan sourdough. Ada juga menu lain untuk korang makan dan semuanya sedap-sedap.
Yang sukakan lauk pauk kelantan bersama budu, boleh singgah kat sini. Kalau datang bercuti naik pesawat, boleh terus lunch kat Nasi Ulam Cikgu kerana lokasinya berdekatan dengan lapangan terbang.
Lokasi tersembunyi sebuah pantai di Sabak membuatkan kawasan ini dikenali sebagai Pantai Nusuk. Tempatnya cantik dan masih lagi belum banyak diteroka. Ia makin popular dan menjadi tumpuan ramai bila hujung minggu.
Kredit: Haikal Ahmad