Semalam tular berita mengenai seorang wanita terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya.
Mangsa dianggarkan seberat 137 kilogram, dan menyebabkan pasukan menyelamat terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan berkenaan bagi menerima rawatan di hospital selepas lebih empat jam mengusung mangsa bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.40 malam.
Oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih dua kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa. Anggota bomba terpaksa berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.
Setelah berita tersebut disiarkan, rata-rata netizen tidak menyokong tindakan mangsa melakukan aktiviti tersebut kerana aktiviti mendaki dikatakan memerlukan stamina yang baik. Mangsa mungkin dikatakan ingin cuba mengurangkan berat badan selain mengamalkan cara hidup yang sihat.
Sumber Komen: FB HM
Bagi Libur, berbadan besar dan mempunyai berat badan yang sangat berat tidak salah untuk mendaki jika anda mempunyai stamina dan tahap kecergasan yang baik. Oleh itu, jangan lupa untuk melihat tahap kesihatan diri anda dahulu sebelum melakukan aktiviti lasak ya. Lakukan aktiviti yang ringan terlebih dahulu sebelum memaksa diri. Sayang diri sendiri dahulu sebelum ambik pusing cakap-cakap orang!