Selain menikmati hidangan makanan laut yang murah dan pelbagai, banyak tempat menarik yang ada di Sabah yang perlu anda teroka. Pendek kata semua tempat memang indah dan luar biasa kecantikkannya.
Kota Kinabalu dan juga daerah kota Belud antara destinasi percutian yang perlu anda singgah bila berkunjung ke Sabah. Kaya dengan khazanah alam dan masih lagi belum diteroka sepenuhnya.
Ini 15 tempat menarik yang ada di Kota Kinabalu dan juga Kota Belud untuk anda singgah bila dah sampai sana!
Antara tempat yang menjadi tarikan pelancong, terminal feri untuk ke pulau-pulau terdekat dan restaurant seafood di sini menyajikan aneka makanan laut segar dengan harga yang berpatutan
Sauda Happy Garden, Kota Belud
Entrance fee
RM5
Tempat menarik untuk shot gambar berlatarbelakangkan bunga-bunga segar
Cabana Retreat, Kota Belud
Entrance fee
RM5
Cabana Retreat Glamping ini jarak perjalanan dalam 2jam 20min dari Kota Kinabalu.
Berkonsepkan The First Pop Up Beach Resort di Malaysia. Kat sini banyak aktiviti bole buat seperti memandu ATV, berbasikal, river cruise & fireflies.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti pasti ramai yang akan ke ibu kota untuk meraikannya sambil berlibur. Tambah pula ia berlangsung ketika cuti penggal kedua persekolahan, sesuai sangat untuk bawa keluarga bersama.
Menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan yang ke-66 sudah tentu jadi agenda utama. Bagi meneruskan semangat patriotik, sesuai sangat jika anda sekeluarga langsung ke lokasi-lokasi seperti Tugu Negara, Bangunan Sultan Abu Samad, Menara Berkembar KLCC atau bangunan ikonik Merdeka 118 bagi menambahkan rasa cinta dan bangga pada negara Malaysia tercinta.
Melengkapkan liburan semangat merdeka di Kuala Lumpur, apa kata singgah juga di Lot 10 Bukit Bintang untuk turut sama merai Perajurit Dapur bersempena dengan kempen SAJI Terima Kasih Malaysia.
Berlangsung selama enam hari dari 26-31 Ogos 2023 bersempena bulan kemerdekaan ini, kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur ini diadakan bagi menghargai para Perajurit Dapur yang yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah demi memenuhi selera rakyat Malaysia.
SAJI raikan Perajurit Dapur
Sama ada di dapur rumah, hotel, restoren mahupun gerai kecil sebagai, perajurit dapur ini kental mempertaruhkan masa, kudrat dan kepakaran yang mereka ada demi menghidangkan air tangan terbaik yang digaul sebati dari hati.
Walaupun pengorbanan mereka mungkin tidak begitu terasa namun, mereka inilah sebenarnya sanggup bergelut menahan bahang membara tanpa putus asa.
Perjuangan mereka ini telah menginspirasikan SAJI untuk memberi penghargaan istimewa sambil meraikan hero-hero masakan kita melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia bertemakan perajurit dapur.
Temui selebriti sempena kempen SAJI Terima Kasih Malaysia
Sepanjang enam hari kempen ini berlangsung di Lot 10 Bukit Bintang pelbagai aktiviti menarik telah diatur untuk pengunjung yang berada di ibu kota antaranya pemberian sampel produk SAJI secara percuma dan jualan pek produk dengan harga promosi.
Kemuncak acara adalah pertandingan teh tarik, tebar roti canai dan juga sembang santai yang melibatkan selebriti popular seperti Nabila Huda, Sean Lee, Izzue Islam, Artu dan beberapa pempengaruh media sosial yang lain.
Di samping itu, selama kempen berlangsung, aktiviti menarik di media sosial turut diadakan. Ia berupa permainan puzzle yang menawarkan hadiah tambah nilai Touch n Go bernilai RM18. Hanya layari media sosial SAJI untuk menyertaikan permainan ini.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur layari https://sajiterimakasihmalaysia.com/perajuritdapur/ untuk menyertai permainan ini. Nantikan juga Viral Video SAJI yang akan dilancarkan di Buletin Utama pada 25 Ogos 2023 dengan bertemakan Perajurit Dapur.
Mimaland mula dibina dalam tahun 1971 dan beroperasi pada 1975. Mimaland bermaksud Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Mimaland dulunya taman tema air dan rekreasi yang hebat kini terbengkalai atas faktor:
1- Seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993. Ditutup sementara. 2. Dibuka semula, namun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan telah menyeret Mimaland ke mahkamah atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan,pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada beroperasi. Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Ni screenshot ex-staff Mimaland cerita pasal ‘gangguan’ biasa di sana… p/s:Ofis admin pon ada main type² & kerusi
Peta old skool Mimaland
Foto: mimaland FBBeginilah rupa papan iklan MIMALAND suatu ketika dahulu – Kredit: Bard FashaKenangan aktiviti anjuran Kelab Rotary yang diadakan di MIMALAND – Kredit Jennifer LimDatuk M.Nasir & Alleycats juga pernah mengabadikan kenangan di MIMALAND. Kredit: Ijal ExhaustAnuar Zain sewaktu menyertai Kem Bina Negara di Mimaland pada tahun 1987. Kredit: Zulhazmi ‘Zoul’ YusoffKolam renang terbesar di Asia Tenggara ketika itu Foto: mimaland FBFoto: mimaland FB
Kenangan semasa kecil di kolam renang & luncur air Mimaland (1988). Kredit: haq_kimi (Instagram)Konvoi ke Mimaland Foto: Mimaland FBKenangan aktiviti berbasikal bersama rakan-rakan ke Mimaland sekitar tahun 1980-an. Kredit: Calvin YapKenangan mengayuh basikal tua dari Setapak ke Mimaland pada 31 Disember 1980. Sumber: RC On Two Wheels
Rombongan ke Mimaland pada tahun 1976 iaitu setahun selepas Mimaland mula beroperasi. Kredit: Desmond Thia
Gambar kenangan di pintu gerbang Mimaland dengan logo asal (sebelum logo Bunga Raya) pada penghujung tahun 1970-an. Kredit: IG kelvintanapKenangan bersama ibu dan adik-adik di Mimaland pada tahun 1990.Logo baru tu Kredit: Rasyidah Abdul Rasid
Foto: Mimaland FBFoto: Mimaland FBFoto: Mimaland FBFoto: Mimaland FBFoto: Mimaland FBAir warna keroh lepas tanah runtuh 1994Kenangan sekeluarga bergambar bersama replika Mammoth di Pre-Historic Animal Kingdom Mimaland. Kredit: Ridzuan TaharenKenangan keluarga Nick Masturina bergambar bersama replika Dinosaur Styracosaurus di Pre-Historic Animal Kingdom, Mimaland sekitar tahun 1980-an.Kenangan kumpulan Pengakap dari SK Klang Gate ketika berbasikal ke Mimaland untuk program perhemahan Pengakap. Kredit: Madniza MatmorFoto : mimaland FBMengabadikan kenangan di jeti Tasik Mimaland menghadap ke Restoran Pelangi sekitar tahun 1980-an. Kredit: Kamaludin TomiranLarian Mimaland 1981Kumpulan Pengakap MBS Sentul berakit di Tasik Mimaland.SPPK Family Day @ Mimaland Gombak 1982.Beza permainan Road Race dan Derby tahun 1989 dan 2016 di Marque, Mimaland. Kredit: Az PagPose orang duluFoto baru : Razali RazakFoto baru : Razali RazakFoto baru : Razali RazakFoto baru : Razali RazakFoto baru : Razali Razak
Foto baru : Razali Razak
Boleh mancing kot? Foto: Mimaland FBMimaland sekarang Foto: Itik KejamMimaland sekarang Foto: Mimaland FB Reunion Ex-Staff Mimaland. Walau lama ditutup, value kekeluargaan masih utuh Foto: Mimaland FBReunion Ex-Staff Mimaland Foto: Mimaland FBReunion Ex-Staff Mimaland Foto: Mimaland FB
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jambatan Guillemard juga dikenali sebagai Jambatan Sungai Kusial, jambatan ini dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV pada 1925. Jambatan ini diberi nama sempena Gabenor British, Sir Laurence Guillemard. The Metro Carriage Wagon & Finance Co. Ltd, Wednesbury Works, England bertanggungjawab membinanya bermula pada 1920, dan menyiapkan sepenuhnya pada 1924.
Video atas keretapi merentasi Sungai Kelantan melalui Jambatan Guillemard
Jambatan sepanjang 609.6m ini, adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia dan merupakan yang kedua tertua selepas Jambatan Victoria di Perak. Jambatan Guillemard hasil kehebatan seni bina British yang menggunakan besi padu disalut warna hitam dan dibina kerangka tulang yang hebat. Tapak jambatan dibina dari bata merah dan disalut konkrit dan setiap satu dianggarkan setinggi 10-15 meter. Merentasi Sungai Kelantan, jambatan hitam ini menghubungkan Kusial di Tanah Merah dan Paloh Rawa di daerah Machang.
Setelah beroperasi selama 16 tahun, jambatan ini dimusnahkan tentera British pada 1941; semasa Perang Dunia ke-2 meletus di Malaya. Tentera British yang berundur ke selatan Kuala Krai, meletupkan bentangan terakhir landasan ini bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Ia kekal lumpuh selama tujuh tahun, hinggalah dibina dan dibuka semula pada 7 September 1948.
Jambatan ini diguna oleh semua jenis kenderaan, basikal, kereta, lori kecil sehinggalah ia ditutup kepada kenderaan lain pada Februari 1988. Jambatan Tanah Merah yang dibina beberapa kilometer dari Jambatan Guillemard digunakan untuk kegunaan kenderaan lain.
Sejak itu, Jambatan Guillemard hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu namun pengguna motorsikal dan pejalan kaki boleh akses jambatan melalui jalan tepi.
Merentasi Sungai Kelantan yang pekat berkeladakWarna Sungai Kelantan yang pekat berkeladak
Tahun 1988 juga merupakan tahun bermula kesuraman antara Kampung Kusial Bharu dan Paloh Rawa. Penduduk mula berhijrah ke tempat lain selepas aktiviti ekonomi menjadi lembab. Sebelum itu, Jambatan Guillemard membantu penduduk kampung meraih pendapatan tambahan yang berniaga pelbagai hasil kampung kepada mereka yang mahu menyeberang ke seberang. dan juga di pasar berdekatan.
Foto:malayarailway
Pandangan dari Paloh Rawa
Hari ini, jambatan ini hanya diguna oleh Keretapi Tanah Melayu, dan menjadi sebahagian laluan keretapi hutan dari utara Tumpat ke Gemas di selatan Negeri Sembilan. Lokasi ini kini sering menjadi rakaman foto perkahwinan dan pusat tarikan pelancong.
Besi paduSewaktu pembinaan 19207 March 1929: Dari kirit: J. STRACHAN, Pengurus Besar Keretapi; LADY PEEL; MR. HASKINS AND SIR WILLIAM PEEL semasa lawatan pegawai BritishJambatan diletupkan oleh pihak British bagi menyekat Jepun
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...