Cuti-cuti Malaysia, ramai yang memilih untuk pergi ke lokasi air terjun, mandi sungai atau pantai. Memang seronok kerana Malaysia antara negara yang mempunyai destinasi alam yang begitu indah dan cantik.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti air terutamanya apabila bersama kanak-kanak.
Sumber data Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) telah mengenalpasti 15 kawasan Hot Spots berisiko mati lemas di seluruh Malaysia. Mungkin senarai ini boleh dijadikan panduan kepada anda agar lebih berwaspada jika ingin berkelah atau mandi-manda di kawasan ini. Ibu bapa juga diminta mengawal pergerakan anak-anak mereka semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.
LOKASI BERISIKO TINGGI LEMAS:
Ads
Kawasan Pantai:
Ads
Pantai Nipah, Bachok, Kelantan
Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
Teluk Bahang, Pulau Pinang
Kawasan Lombong/Empangan:
Ads
Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor
Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor
Kawasan Air Terjun:
Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor
Sekayu, Terengganu
Lata Berembun, Raub, Pahang
Chamang, Bentong, Pahang
Kawasan Sungai:
Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah
Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor
Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan
Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai di antara kita yang suka aktiviti-aktiviti lasak dan kebanyakkan aktiviti-aktiviti lasak itu dilakukan di dalam hutan. Ada juga aktiviti-aktiviti lasak yang boleh dilakukan di dalam tempat tertutup tetapi cabarannya tidak sama kalau dibandingkan dengan suasana dalam hutan rimba.
Kalau berbicara soal hutan rimba ni, mesti ramai yang buat persediaan secukupnya untuk mengharungi setiap cabaran yang bakal mendatang seperti peralatan dari atas kepala sampai hujung kaki, kesihatan mental dan juga fizikal.
Tapi dalam persediaan berbentuk luaran itu, persediaan dalam bentuk dalam juga perlu dipraktikkan. Maklumlah, keadaan dalam kawasan hutan rimba ni, banyak perkara boleh berlaku. Ada nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman supaya jangan terlalu galak apabila beraktiviti di dalam hutan.
Namun, ada yang terlebih mengambil nasihat itu terlalu ekstrim hingga sanggup mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Seperti contoh ada yang masuk dalam hutan tapi minta izin datuk nenek, cucu nak masuk tumpang lalu dan sebagainya. Bila masa datuk nenek kita tinggal dalam hutan?
Percayalah, ada yang saya pernah berjumpa dengan orang-orang seperti itu tetapi, dalam hutan ni kita elakkan perkelahian sesama sendiri, kita biarkan sahajalah. Bagi kau agama kau, dan bagi aku agama aku. Bagi kau pegangan kau, bagi aku pegangan aku. Itu yang saya praktikkan kalau terjumpa orang-orang sedemikian.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada beberapa amalan mudah yang berlandaskan hukum syarak boleh kita amalkan sewaktu beraktiviti di dalam hutan. Mari saya kongsikan kepada anda tiga tip yang disampaikan oleh seorang gadis yang lemah lembut tetapi suka masuk hutan bernama Myzatulhazra Yahaya.
Perkongsian ini sangat berguna terutamanya untuk kaum hawa yang aktif dan sukakan aktiviti lasak keluar masuk hutan. Ketika melangkah di pintu masuk kawasan hutan, langkah perlahan-lahan sebanyak tujuh kali dengan setiap langkah dibacakan ayat ini:
“SALAMUN A’LA SULAIMAN FIL A’LAMIN”
Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman..
Sesungguhnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama baginda. Amalkan ayat di atas, Inshaa Allah tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita atas izin-Nya.
Yang kedua, amalkan:
“BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM”
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan nama-Nya dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.”
Barangsiapa yang membacanya sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga subuh esok dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ahmad)
Doa tambahan untuk elakkan binatang buas dan berbisa adalah:
Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh di seluruh alam..
Inshaa Allah, dengan izin-Nya, semoga kita semua tidak ditimpa segala musibah yang bakal datang terutamanya musibah syirik akibat mengamalkan perkara-perkara kurafat. Aaminn..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Akibat pencemaran udara, salji di dua buah bandar di Rusia bertukar menjadi hitam sehingga menggemparkan penduduk.
Memetik Tribun Travel, penduduk di bandar Kiselevsk dan Prokopyevsk di wilayah Kuzbass terkejut ketika bangun pagi pada minggu lalu apabila mendapati timbunan salji yang sepatutnya putih, bertukar hitam di halaman rumah dan kenderaan mereka.
Rakaman video di Instagram region24_kemerovo menyaksikan salji berwarna hitam dan dikatakan bukan satu fenomena luar biasa.
Media tempatan menyatakan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kawasan lombong arang batu.
Penduduk di bandar itu berkongsi gambar dan video di media sosial menunjukkan salji hitam kelihatan bertimbun di halaman rumah, padang, jalan raya, pokok dan kenderaan. – Tribun Travel
Isu ini nampaknya tidak berkesudahan. Kalau sebelum ini Malaysia dituduh mencuri “karya seni dan makanan” tertentu milik asal Indonesia, terbaru dalam senarai ialah tarian kuda kepang.
Ia ekoran tindakan seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia yang bergambar dengan kuda kepang.
Justeru netizen Indonesia terus menuduh Malaysia cuba mencuri tarian kuda kepang.
Sanjeda John sekadar bergambar memakai pakaian tradisional dengan sebelah tangannya memegang kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.
Miss Grand International itu berlangsung di Vietnam pada Khamis ini dan dijangka berakhir pada 25 Oktober depan.
Tindakan itu membuatkan netizen Indoensia marah dan mendakwa kuda kepang adalah budaya asal penduduk Jawa dan bukannya milik Malaysia dan tidak wajar dijadikan sebahagian daripada imej identiti negara ini.
Aduh, penatlah kalau itu tak boleh, ini tak boleh. Mungkin mereka lupa, ramai rakyat Malaysia itu sendiri datang daripada rumpun warisan Indonesia seperti Jawa, Bugis, Acheh, Minang dan sebagainya, justeru kita sememangnya berkongsi budaya yang sama.
Sebelum ini, makanan negara dikatakan dicuri Malaysia iaitu rendang, cendol, popia, nasi goreng selain karya seni seperti batik dan Rasa Sayang.
Berikutan itu, pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia patenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu supaya ia tidak “dicuri” lagi, petik Jawa Pos.
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu ketika itu.
Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau majlis keramaian.
Selain di Indonesia, tarian yang hampir sama, menggunakan pepatung kuda yang diperbuat daripada papan juga terkenal di Tamil Nadu, India.
Ia dikenali sebagai “Poikkal Kuthirai Aatam” yang dipopularkan oleh Empayar Kesultanan Maratha.
Bagaimanapun tarian ini pernah dicatat dalam rekod kesusasteraan Tamil seperti Silapathikaram dan Tolkappiyam pada abad ke-2 selaku tarian purba Tamil yang terkenal sehingga ke hari ini.