14 Perkara Penting & Menarik Perlu Anda Tahu Sebelum Bercuti Ke Pulau Perhentian

Share

Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.

1. Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.

2. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

3. Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.

4. Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.

Foto: Beautifulterengganu.com

5. Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.

6. Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.

7. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.

8. Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.

9. Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.

10. Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.

11. Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.

12. Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.

13. Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.

14. Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.

Oleh
mohd farizul Ibrahim