Rancangan ke Eropah bermula sejak awal tahun 2017 lagi. Sering mengembara ke negara di benua Asia membuatkan kami terfikir, apa kata kita pergi nikmati musim sejuk di Eropah?
Tidak sangka rakan kembara saya ketika itu bersetuju dengan cadangan ini. Sering mengikuti laman backpackers di Facebook, membuatkan kami kaji sedalamnya apakah negara yang akan dikunjungi serta laluannya.
Akhirnya kami memilih laluan UK-Perancis-Belgium-Belanda-Jerman-Switzerland. Tiket penerbangan kami beli beberapa bulan awal daripada tarikh yang dirancang.
Setelah meneliti beberapa penerbangan, akhirnya kami memilih Oman Air untuk ke London dan pulang ke Kuala Lumpur dari Zurich, Switzerland. Pertama kali ke Eropah membuatkan kami cukup teruja untuk menikmati musim sejuk di negara orang serta keindahan alam ciptaan Tuhan.
Kata teman-teman, mengembara pada musim sejuk ini mahal. Benar, kami perlu membeli segala kelengkapan barangan musim sejuk bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Maklumlah, pertama kali ke negara musim sejuk. Sebulan sebelum tarikh penerbangan iaitu pada 7 Disember 2017, persiapan selesai hampir 80 peratus termasuk menukar wang.
Seminggu sebelum berlepas, kami mencari beberapa keperluan makanan seperti sambal ikan bilis segera, mi segera, ubat-ubatan dan sebagainya.
LONDON
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Oman mengambil masa selama 6 jam 30 minit. Tiba di Oman pada jam 2 pagi, kami berlari untuk mencari penerbangan ke London memandangkan masa transit hanya 1 jam setengah sahaja.
Kami meneruskan perjalanan ke London untuk 7 jam lagi. Tiba di lapangan terbang Heathrow seawal jam 6 pagi, suhu menunjukkan -1 darjah Celsius.
Kami memulakan hari pertama di London dengan pergi ke Universiti Oxford. Cuaca di London cukup sejuk dengan hujan salji.
Melihat tempat-tempat penggambaran filem Harry Potter di Universiti Oxford begitu mempesonakan. Kemudian kami ke Bicester Village, ia umpana JPO jika di Malaysia.
Jualan murah Krismas sedang berlangsung dan ramai orang ke sana untuk membeli barangan berjenama mewah pada harga berpatutan. Kemudian kami terus ke Hotel Mercure, London.
Malamnya kami menikmati makan malam di restoran Nando’s yang menyediakan sajian halal buat Muslim. Keesokan paginya, kami bergerak ke Buckingham Palace, London City Hall, Tower Brigde, Westminster Abbey, Trafalgar Square dan Big Ben.
Hampir setengah hari, kami ke London Central Mosque untuk menikmati makanan halal yang disediakan di restoran dalam masjid. Petang kami terus ke Oxford Street untuk membeli-belah.
Ads
Tujuan utama, Primark! Dua jam kami habiskan masa membeli-belah. Malam pula kami ke restoran Mr. Fish untuk menikmati fish & chip.
PARIS
Jam 5 pagi kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Paris. Dari London, kami menaiki bas ke pelabuhan Dover menyeberangi selat Inggeris ke Paris dengan kapal persiaran.
Untuk tiba di pelabuhan Calais di Paris, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Perasaan teruja bertambah apabila melihat papan tanda jalan semuanya dalam Bahasa Perancis.
Dari Calais ke Paris, ia mengambil masa selama 4 jam. Kami hanya tidur di dalam bas sehingga tiba di Paris.
Destinasi pertama apabila tiba di Paris ialah Galaries Lafayette. Cuaca di Paris mendung dengan suhu lebih sejuk berbanding London.
Berkesempatan masuk ke dalam gedung barangan mewah, Sephora, Zara dan sebagainya. Kami sempat membeli-belah barangan Zara kerana harganya jauh lebih murah.
Petang baru kami bergerak ke hotel di Campanile de Porte. Keesokannya kami meneruskan perjalanan ke mercu utama Paris seperti Notre-Dame Cathedral, Muzium Lourve, Les Invalides, Palais Garnier, Arc de Triomphe, Grand Mosque, Place De La Concorde, Avenue des Champs-Elysees dan semestinya Eiffel Tower.
Memandangkan angin kencang dan cuaca mendung, kami tidak dibenarkan ketingkat atas Eiffel Tower. Hanya ke tingkat dua sahaja.
Namun pemandangan seluruh Paris dari tingkat dua itu sahaja sudah membuatkan kami ternganga seketika. Cantiknya!
BRUSSEL
Ads
Dari Paris ke Brussels, kami bergerak menaiki bas dan mengambil masa selama 4 jam. Kami disambut dengan salji memutih setibanya di Brussels, ibu negeri Belgium.
Bandar kecil Brussels cukup cantik dengan struktur bangunan dan seni bina. Kami singgah ke Atonium, sebuah mercu tanda Brussels.
Seterusnya bergerak ke bandar Brussels. Di sana, kami sempat menikmati wafel Belgium dan coklat halus buatan Belgium yang cukup terkenal.
Kami menghabiskan masa di Grand Palace, Mannekan Pis serta Hard Rock Brussels. Kami tidak menginap di Belgium dan meneruskan perjalanan ke Amsterdam.
AMSTERDAM
Perjalanan ke Amsterdam dari Brussels mengambil masa selama 3 jam menaiki bas. Kami menginap di Rotterdam.
Esoknya, kami menjelajah ke Zaanse Schans, sebuah kawasan kampung yang mengetengahkan barangan pelancongan Belanda seperti kasut clog dan keju.
Pemandangan indah kincir angin dan kawasan kampung ini memberikan pengalaman baru buat kami. Perjalanan diteruskan ke bandar Amsterdam untuk aktiviti canal cruise.
Kapal ini membawa kami menelusuri bandar Amsterdam menerusi sungai di sekitarnya. Ternyata Amsterdam sangat cantik dan romantis.
Malamnya kami meneruskan aktiviti membeli-belah dan makan malam di Kalverstraat.
JERMAN
Ads
Esoknya kami memulakan perjalanan ke Colonge yang mengambil masa selama 3 jam. Tiba di Colonge, kami melawat Colonge Cathderal yang tersergam indah serta bersiar-siar di bandar Colonge.
Seterusnya kami ke bandar Frankfurt, 2 jam dari Colonge. Malamnya kami menginap di Holiday Villa Frankfurt dan berjalan di kawasan sekitar.
Esoknya sebelum memulakan perjalanan ke Switzerland, kami singgah di Romerberg, sebuah pekan kecil di Frankfurt yang cukup unik dan ke Tasik Titisee.
Tasik Titisee merupakan tasik semulajadi yang sangat cantik, terletak di atas pergunungan. Dari Titisee, kami bergerak memasuki Switzerland yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
SWITZERLAND
Dari sempadan Jerman-Switzerland, kami perlu berhenti di pejabat imigresen untuk pengesahan pasport dan barangan yang dibeli bagi tujuan VAT.
Kami bergegas meneruskan perjalanan ke Rhinefalls, air terjun terbesar di Eropah memandangkan pukul 4 petang cuaca sudah mulai malam.
Berpeluang melihat air terjun tersebut dari jarak beberapa kaki sangat menarik dan dapat melihat perkampungan kecil ditepi air terjun tersebut begitu menenangkan. Hampir malam, kami menikmati makan malam di sebuah restoran India halal dan terus check–in di Ibis Adliswil, Zurich.
Pagi esoknya kami ke bandar Luzern, 1 jam dari Zurich. Kebetulan ada pasar pagi di bandar tersebut dan kami turut berjalan-jalan melihat barangan yang dijual.
Kami menelusuri Chapel Brigde, jambatan yang menghubungi dua kawasan di Luzern, Lion Monument dan membeli-belah coklat Swiss di Bucherer dan Casa Grande.
Kemudian kami bergerak ke Mount Titlis untuk aktiviti kereta kabel dan bermain salji. Sejam mendaki gunung dengan bas, kiri dan kanan hampir semuanya dilitupi salji tebal dan sampai sahaja di atas pemandangannya sangat indah dan mempesonakan.
Kami menaiki kereta kabel merentasi pergunungan Titlis dan di sini ramai orang bermain ski tidak kira peringkat amatur ataupun profesional. Tiba di atas puncak bukit, suhu -14 darjah Celsius dan salji tebal sedikit menghalang pergerakan kami untuk bermain salji namun tetap puas.
3 jam kami habiskan masa di atas dan menikmati kopi panas, kami mula turun ke Engelberg dan makan malam di sebuah restoran Pakistan di situ. Keesokannya merupakan hari kami ke Kuala Lumpur.
Selesai check-out jam 11 pagi dari Zurich, kami bersiar-siar di bandar moden Zurich. Kami sempat melawat Zurich Opera House, The Stadthaus, Quai Bridge dan berakhir di pasar Krismas di Bahnhofstrasse.
Petang kami segera bergerak ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam. Biarpun meninggalkan negara sejuk ini, kami berazam untuk mengumpul duit dan kembali lagi ke sini untuk menikmati musim panas.
Selamat tinggal Switzerland, terima kasih untuk semua memori indah ini dan kami pasti akan kembali.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Danau Toba yang terletak di Medan, Sumatra Utara, Indonesia memang terkenal dengan keindahan dan kecantikkannya. Merupakan tasik terbesar di Indonesia, kalau ke sini memang kena banyak-banyak ambil gambar.
Selain tempat yang cantik, pilihan makanan di sini juga pelbagai. Berpeluang bercuti ke Danau atau tasik terbesar di Indonesia ini digunakan sebaiknya buat 2 sahabat Noor Ashikin A Razak dan Puan Ery.
Mengikuti tour dari travel agent sepanjang percutian, mereka berdua sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Banyak gambar yang dirakam untuk kenangan, bajet pun habis dalam RM1k seorang. Memang teruja tengok gambar-gambar yang dikongsikan!
Trip North Sumatra, Medan Indonesia
Flight Ticket : Rm250 per pax thru Air Asia
Pakej dengan tourist guides (All in include makan 3hari 2 malam dan hotel 2malam)
Day 1
-Welcome KNO
– Lunch Ayam Penyet Cindelaras
-Otw Parapat Via Tebing Tinggi
– Singgah beli Kopi Jadoel (recommended)
dan roti kacang hijau Haji Eliya Lubis
– Singgah ke Paten (kedai jual kacang2 pangpang, pingping, pungpung)
– Sampai Kampung Parapat
-Danau Toba (Bot dari Parapat ke Pulau Samosir)
– Check in Hotel Samosir Cottages
– Dinner di Kampung Tuktuk
– Kalau bran, boleh karaoke sampai satu kampung leh dengar
Day 2
-Breakfast hotel
– Check out Hotel Samosir
Naik Ojek (Pak Rudy)
– Huta Siallagan ( Perkampungan Kaum Batak)
– Wisata Tomok Village (Tarian Patung Sigale-gale)
– Shopping di perkampungan Tomok Village
– Makam Keramat Tomok
– Naik bot balik ke Seberang Jeti Parapat
– Lunch Nasi Padang di Parapat
– Pantai Bebas
-Batu lihi
-Simarjarunjung
-Sipiso² Water Fall
-Berastagi
-Check in Hotel Garden di Berastagi
– Dinner makan sedap Cafe Bistro Berastagi
Day 3
– Breakfast hotel dan check out
– Pasar Buah Berastagi, Naik Kuda
– Otw Medan
-Lunch Nasi Simurang Jaya Medan
-Istana Maimun
– Shopping Telekung, Batik, Kain Pelekat di Bandar Medan
-Belanja Cake Lapis dan Ambon
-Otw Bandara KNO
Bye-bye Danau Toba
Trip kali ini bersama-sama tour guide Tourmedan Cutibudget yang sangat friendly dan tak berkira. Yang paling penting rajin layan amik pic yang beratus-ratus keping tanpa penat.
LIBUR: Nak dapatkan banyak lagi maklumat, boleh klik pautan kat bawah untuk tengok posting mereka tentang percutian ke Medan. Di bahagian komen ada diberikan beberapa maklumat tambahan untuk korang.
Negeri Sabah sudah membuka semula kemasukan ke negeri itu berkuat kuasa 2 Jun 2020 lalu. Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Jika anda individu yang perlu kembali ke Sabah ketika ini untuk bertugas dan mempunyai lain-lain kebenaran yang telah mendapat kelulusan, ini perkongsian berguna buat kalian. Sumber daripada saudara Ibrahim Ismail yang merupakan seorang guru dan diarahkan kembali pulang ke Sabah dari Semenanjung atas urusan kerja.
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di bumi bertuah Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, pada tanggal 4 Jun (Khamis) bersamaan 12 Syawal. Di sini suka saya berkongsi beberapa maklumat mengenai normal baharu prosedur perjalanan udara agar cikgu cikgi terutamanya yang ada anak kecil dapat buat persediaan rapi. Sebelum tu, comel je pramugari nampak sopan pakai apron PPE & goggle. Tak apa untuk keselamatan bersama kan? Ada bakat jadi scientists juga tu.
(SEBELUM)
1) Jika beli tiket AirAsia pastikan check-in dalam masa kurang dari 12 jam. Ada kemungkinan besar penerbangan anda dibatalkan. Kalau dah checked-in, maka tak dapat tukar tarikh. Walau bagaimanapun tetap boleh minta Akaun Kredit (cuma itulah berkurun nak tunggu Uncle Tony refund). Oh ya, pastikan nombor telefon yang anda letakkan semasa menempah tiket adalah tepat dan aktif sepanjang masa sebab AirAsia akan SMS kalau penerbangan dibatalkan. Ini saya berkongsi dari pengalaman penerbangan saya dibatalkan dalam tempoh 48 jam ya. Lepas tu tak dapat tukar tarikh sebab dah checked-in. Ketar tangan kikis sisa baki duit simpanan untuk beli tiket baharu. Lagi satu bayar lah untuk dapatkan seat depan agar boleh keluar awal – cabin crew akan lepaskan barisan demi barisan. (ambil combo MAKAN + 20KG LUGGAGE + SEAT RM 50 tu berbaloi – ha siap promosi AirAsia lagi).
2) SURAT POLIS (2 keping salinan). Walaupun kerajaan dah benarkan perjalanan rentas negeri buat pasangan duka lara, dan urusan kerja, anda tetap WAJIB bawa borang/permit rentas negeri. Jika penerbangan dibatalkan dan anda perlu tukar tarikh pada borang, tidak perlu isi borang baharu. Bawa borang yang sama ke balai polis dan maklumkan tukar tarikh. Download borang / permit: https://www.rmp.gov.my/docs/
3) SURAT PANGGILAN KERJA. Cetak surat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan. Kalau ada surat dari JPN / PPD / SEKOLAH sendiri pastikan tarikh yang dikemukakan adalah sebelum atau pada tarikh penerbangan. Contoh kalau kena datang bekerja pada 9 Jun, maka letaklah tarikh penerbangan atau sebelum penerbangan lagi. Contoh surat https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK
4) PASSPORT BIRU / DOKUMEN PERJALANAN TERHAD. Jangan sesekali tertinggal kunci emas ini cikgu.
(SEMASA)
1) Pakai dan bawa mask tambahan. Anda tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang tanpa mask. Bawa juga hand sanitiser kerana airport tempat yang paling mudah virus tersebar.
2) Kiosk untuk cetak boarding pass / luggage tag di lapangan terbang sekarang HANYA boleh guna QR code. Tak boleh nak pi tekan2 dah dekat skrin tu untuk elak tersebar virus dari sentuhan. Maka download sedia app QR Code dan subscribe data internet untuk telefon pintar anda. Pengguna iPhone & Xiaomi boleh guna kamera telefon untuk scan QR Code. Kalau tak ada smartphone ataupun data internet, pastikan check-in, dan cetak boarding pass siap-siap dari rumah.
3) Bungkus makanan dari rumah. Lemang, ketupat kacang hitam, rendang tok, serunding ayah, kuih raya mak, kerepek makcik antara juadah wajib di udara. Jangan berangan menikmati Nasi Lemak Pak Nasser walaupun anda telah pre-book AirAsia Meals yang sedap secara online. Anda hanya akan diberikan makanan ringan dalam penerbangan (rujuk gambar). Tambahan lagi hampir keseluruhan restoran dan fastfood outlets tak buka di airport. Lainlah kalau memang berniat untuk berpuasa enam.
4) Bawa pen untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan dalam kapal terbang. Sebaiknya bawa lebih agar anda dapat beramal bagi pinjam penumpang lain. Lagipun barulah nampak kredibiliti seorang guru bila bawa banyak pen kan? Haha. Pada borang Bahagian 11 (Soalan: pernahkah anda keluar dari Negeri Sabah – letak no pesawat, no tempat duduk dan nama airport semasa).
5) Perjalanan udara mengikut norma baharu adalah membosankan dan stressful. Apatah lagi bagi memenuhi penjarakan sosial, tempat duduk anda dan anak-anak dipisahkan. Tambah berjam lagi tunggu untuk swab test. Kalau anda bosan, apatah lagi anak-anak anda bukan? Maka bawalah bantal travel, toys, earphone, buku mewarna, komik, snacks, air mineral, pampers, gajet, PowerBank, laptop, rotan bagi mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti berfaedah ya.
6) Bawa sejadah mini jika tak berkesempatan untuk jamak.
(SELEPAS)
1) Photocopy Mykad & Mykid. Masa keluar dari kapal terbang sebelum ambil luggage, anda akan menunggu untuk Swab Test. Kalau ada salinan mykad & mykid serahkan terus pada pegawai terlibat. Bawa gula-gula boleh pengsan tunggu lama. Jangan risau masa tunggu ni je yang lama, lepas tu dah laju.
2) Isi borang dan ada interview sikit untuk dapatkan maklumat kuarantin di rumah (hantar borang yang kita isi atas kapal terbang tadi berserta salinan Mykad). Bersambung dengan imigresen (tunjuk borang rentas negeri / polis). Ambil luggage. Park sekejap. Swab test percuma ditanggung kerajaan 100% terima kasih kerajaan berjiwa rakyat (keluar air mata jantan jugalah haha mujur sekejap je. Tips bila cotton bud dimasukkan dalam hidung, jangan melawan.. relaks je. Rasanya macam kita korek telinga dalam-dalam dengan cotton bud, tak sakit pun cuma rasa nyilu je). Kanak2 pun diwajibkan swab test yang saya nampak betul depan saya tadi. Bayi saya kurang pasti. Lepas tu dah boleh ambil luggage dan balik tetapi sebelum sampai rumah, laporkan dulu di pusat kuarantin (ya, lapor sahaja sampai di tempat bertugas, anda dibenarkan kuarantin di rumah).
Kebetulan beberapa hari selepas MKN Negeri Sabah telah keluarkan notis mengenai kebenaran masuk ke Sabah dengan syarat mendapatkan surat pengesahan doktor dalam masa 3 hari ATAU wajib kuarantin selama 14 hari. Terpaksa memilih untuk buat Swab Test di KKIA & kuarantin sebab tak sempat nak dapatkan pemeriksaan Covid-19 di Klinik Kesihatan (KK) ataupun Hospital di Semenanjung.
Kalau menginap di hotel sebelum bergerak balik ke tempat bertugas, pastikan buat tempahan sedia dan maklumkan pada pegawai masa interview tu nama hotel anda. Tarikh kuarantin hanya bermula bila anda sampai di tempat bertugas.
Jangan terkejut Airport dah tak nampak macam Airport dah.. Nampak macam pusat rawatan /make-shift hospital untuk zon perang. Sesungguhnya kita tengah berperang melawan Covid-19!
Terima kasih pengurusan Penang International Airport (TERUTAMANYA receptionist AirAsia bernama En Fareedil Athras Bin Sohilli yang SANGAT BAIK HATI yang bukan sahaja untuk tolong semak dokumen & bahkan tolong cetak segala dokumen bagi memastikan perjalanan lancar -TIP TOP HOSPITALITY! – semoga Allah limpahkan dan berkati rezeki tuan), KKIA, Immigration (betullah orang kata imigresen Malaysia memang paling friendly lembut tutur kata tetapi tegas *nora bagi 5 bintang*) & KKM Sabah dan semua agensi yang terlibat. Walaupun ramai orang TATAP layanan sopan santun, ramah, sistematik diberikan. Boleh nampak senyuman ikhlas frontliners, backliners, sideliners dari lirikan mata mereka. Memang first class! Onsoii!
Saya faham kita semua dalam keadaan cemas, tertekan, gundah gulana sekarang. Maka apa boleh kita buat adalah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan / pengalaman yang ada agar dapat membantu sesama kita.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Asyik dalam Malaysia, jom sesekali terbang ke Timur Afrika iaitu di Kenya dan ketahui port menarik di sana.
Menerusi itinerari ke Afrika yang ditulis oleh Pi Pot di laman Facebooknya, percutian itu adalah selama 10 hari 9 malam.
Nak tahu apa yang best di Afrika dan berapa kos hangus, anda boleh ikuti penulisan penuh oleh pasangan suami isteri ini.
Itinerari Ke Afrika 10 Hari
Hari pertama: 21.06.2024
(Penerbangan KUL-SHARJAH DUBAI (Transit 20jam)
– Flight Air Arabia
– Check In Lewana Hotel Dubai(Dekat Dgn Metro).
– Dubai Frame.
– Museum Of Future.
– Dubai Mall.
– Burj Khalifa.
– Dinner Al Baik dalam Dubai Mall.
Hari kedua : 22.06.2024
– Check Out dari Lewana Hotel.
– Sharjah Dubai Airport – Jomo Kenyatta International Airport.
– Kami menginap di rumah saudara – Kenya
Hari ketiga: 23.06.2024
– Pagi Pukul 6pagi Ambil UBER dari Kenyan Ke Nairobi Terminus (Train Station).
– Security check agak ketat dan siap ada anjing K9 hidu beg. Jangan gelabah dan rilek sahaja.
– Train (Economy Seat) Jam 8pagi Nak Ke Mombasa Kenya, ambil masa dalam 6jam perjalanan dari Nairobi Ke Mombasa.
– Sepanjang perjalanan Ke Mombasa kita akan lalu National Park. Jadi, kita akan nampak binatang dan gunung Kilimanjaro.
– Sampai Mombasa, ambil UBER untuk ke hotel.
– Check In Di CityBlue Creekside Hotel.
– Jalan di Old Town Mombasa.
– Mandhry Mosque (Masjid Pertama Di Mombasa).
– Africa Hotel (Hotel Pertama Di Kenya).
– Dinner Di Forodhani Restaurant.
– Balik Hotel Rest, Penat Naik Train, Kitaorg Balik Hotel Naik TukTuk Dari Forodhani Restaurant Mlm Jgk Lah Balik Ke Hotel.
Hari keempat: 24.06.2024
– Check out dari City Blue Hotel.
– Ambil UBER Ke Cafesserie Cafe, Cari Kopi.
– Ambil UBER Dari Cafesserie Cafe Ke PrideInn Flamingo (Area Shanzu).
– Releks dan berehat.
Hari kelima: 25.06.2024
– Check Out PrideInn Flamingo.
– Ambil UBER Ke Haller Park.
– Ambil UBER Dari Haller Park Ke Nyali Center.
– Ambil UBER Dari Nyali Center Ke Airport.
– Balik Naik Kenya Airways Ambil Masa 45minit – 1jam Ke Airport Jomo.
Hari keenam: 26.06.2024
– Rehat di rumah saudara. Santai-santai sahaja.
Hari ketujuh: 27.06.2024
– Nairobi National Park, driver naik Land Cruiser ambil di rumah saudara.
– Separuh hari Nairobi National Park.
Hari kelapan: 28.06.2024
– Maasai Market Cari Souvenir.
– Sewa Kereta Nak Ke Naivasha.
– Makan Di Olerai House Naivasha.
– Menginap di rumah saudara.
Hari kesembilan: 29.06.2024
– Cresent Island, cari haiwan bersama ranjer hutan.
– Buffalo Mall.
Hari kesepuluh : 30.06.2024
– Balik Ke Nairobi.
– Singgah shopping di Spinner Web.
– Lunch Di Sarit Centre.
JUMLAH KESELURUHAN PENERBANGAN KE AFRIKA
– Tiket Return Air Arabia Flight KL- Nairobi (Transit 20jam Di Dubai) RM9230 untuk 2 orang
– Yellow Fever RM450/Person
– Insurans RM145/Person
– Kenya ETA RM165/Person
– Simcard Dubai 8gb RM160S
– Simcard Safari Kenya 8gb RM40
– Lewana Hotel RM240
– CityBlue Creek Hotel RM257
– PrideInn Flamingo Hotel (All Board) RM836
– Olerai House RM320/Person
– Haller Park RM35/Person
– Narobi National Park RM540/Person
– Cresent Island RM155/Person
– Mombasa-Narobi Kenya Airways RM250/Person
– Souvenir RM580
– UBER Mombasa RM70
– UBER Nairobi RM85
– UBER di Dubai RM360
– Train ke Mombasa RM140/person
– Sewa kereta RM730 Toyota Voxy (3 Hari)
– Minyak kereta sewa RM240
– Sewa bot Cresent Island RM110
– Makan & coffee RM500
Nota penting:
Email Kedutaan Malaysia
Buat Kenya ETA Bayaran RM165 (https://www.etakenya.go.ke/en)
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...