Selalunya gambar percutian cantik memang jadi tarikan ramai orang untuk membelek album sosial media individu tersebut.
Kalau jenis yang suka menjadi perhatian, gambar-gambar cantik mungkin boleh menyebabkan akaun anda menjadi viral seterusnya boleh menghasilkan keuntungan atau membuat ‘duit’ tepi dengan segera. Tapi jika anda jenis tidak mengejar populariti tidak salah juga untuk menghasilkan gambar yang cantik ketika bergambar hanya untuk kenangan diri sendiri.
Bagi wanita, posisi gambar ketika bercuti yang sesuai dan cantik sahaja akan dimuatnaik ke media sosial. Kadangkala ‘sakit jiwa’ puas posing, tiada satu pun gambar atau foto yang berkenan di hati. Frsut rasa kan? Jangan risau, lepas ini try guna idea yang boleh anda simpan untuk kegunaan percutian akan datang. Lelaki yang suka bergambar pun boleh try posisi sebegini ya!
Sumber: Twitter @heyyoushinee | FB OOTD Hijab
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arab Saudi Benarkan Pelancong Asing Bukan Mahram Duduk Sebilik Selepas Lancar Visa Pelancong
Sebelum ini undang-undang untuk melancong ke Arab Saudi sangat ketat. Pelancong asing tidak dibenarkan sama sekali untuk menempah bilik berlainan jantina. Begitu juga penduduk tempatan terutama wanita dilarang untuk bebas melancong seorang diri.
Terbaru, Arab Saudi akan membenarkan lelaki dan wanita berbangsa asing berkongsi bilik hotel tanpa membuktikan hubungan mahram selepas melancarkan visa pelancongan baru bagi menarik pelancong. Satu lagi perubahan baru adalah wanita termasuk rakyat tempatan juga dibenarkan menyewa bilik bersendirian.
via CNN Saudi couple traveling_1570515462084.jpg.jpg.jpg_39492794_ver1.0_1280_720.
Tindakan itu dilihat memudahkan wanita yang mengembara bersendirian selain membolehkan pasangan yang tidak berkahwin menginap bersama ketika ke negara itu. Perkara itu dilaporkan akhbar Okaz dan disahkan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.
“Semua rakyat tempatan diminta menunjukkan pengenalan diri atau hubungan sesama mereka apabila mendaftar masuk ke hotel. Ini bagaimanapun tidak diperlukan untuk pelancong asing. Semua wanita termasuk dari Arab Saudi juga boleh menginap bersendirian asalkan memberikan pengenalan diri ketika mendaftar masuk,” katanya.
a_car_passes_in_front_of_the_main_entrance_of_al_koot_heritage_hotel_in_al_ahsa_saudi_arabia_july_8_2018._reuters.
Arab Saudi bulan lalu membuka pintunya dengan visa pelancong dari 49 negara dalam pada ia cuba memperkembang sektor berkenaan seterusnya mempelbagaikan ekonominya selain daripada pengeksportan minyak. Susulan itu ia turut membenarkan pelancong dikecualikan daripada menutup aurat penuh dan serba hitam, sebaliknya hanya perlu memastikan berpakaian sopan. Alkohol masih diharamkan.
Sumber: Harian Metro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teringin Nak Tengok Air Terjun Pelangi? Ini Sharing Kalau Korang First Time Ke Sg Lembing
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media.
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Ini sedikit tip dan panduan untuk anda yang bercadang ke Air Terjun Pelangi dikongsi oleh Fynaz Mohd
Korang yangg suka aktiviti hiking dan mencabar list siap-siap untuk next vacay korang. Selama 29 tahun aku duduk Kuantan baru aku tahu Sg Lembing rupanya cantik gilerrr! Ni aku cerita sikit kat korang untuk memudahkan korang nak pergi nanti.
Ni aku pergi tidur rumah kawan sebab dia memang kampung kat sana, so korang kena stay semalam kat sana ye, sebab kita akan bertolak awal pagi pukul 5.30 dah gerak,sana banyak chalet dan hotel lawa-lawa, korang boleh survey hat Mane korang nak. Transport akan datag amik kat hotel korang jam tepat 5.30, pastikan dah ready dah 5.30 tu pasal transport & tour guide dia nanti last ak cite & bagi contact no ok.
- 5.30 gerak dia bawak korang makan dulu,tapi situ memang penempatan dia chinese,so kedai-kedai memang banyak kedai Cina je, dia akan bawak korang makan kedai Cina,aku mkn roti je sebab aku was-was, so sparelah roti, megi n mineral water nanti siap-siap. Siap makan dia akan mulakan perejalanan untuk bawak korang pegi tengok sunrise dulu, so sementara menunggu sunrise tu boleh la korang bergambar dulu, pastikan memori telefon cukup.
- So next troskan perjalan ke rainbow waterfall 40 minit naik bus (kawan aku panggil bas transport tu) pegang kuat-kuat tau takut melambung keluar tak berhenti dah amik korang. Gurau…
- Hiking selama 45 minit nAk smpai ke waterfall tu, pastikan korang betul-betul ready tau sebab agak mencabar nak naik tu, kena panjat batu besar-besar jugak,smpai je sana fuhhhh lega!!!!! Sementara nak tunggu rainbow tu naik boleh kopi-kopi dulu rehat sambil makan megi,jgn risau guide korang yang sediakan makanan untuk korang kat atas sana nanti, tapi nasib baik aku bwaak epal dalam beg,sebab lapar giler lepas hiking makan megi tak cukup satu.
- Kalau rezeki korang baik pergi time hujan air terjun kuat sikit rainbow dia lagi lawa, so boleh la korang mandi-mandi situ air dia sejuk dan segar giler, ramai yang pergi tak mandi sebab takut sejuk, tapi aku nasihatkan korang tolonglah mandi, badan segar gilerrr wehh!! Nanti nak balik semula takda lah korang dah tak bermaya sebab dah kenyang kat atas tu.
- Dah balik korang boleh la singgah-singgah muzium sana,banyak muzium cantik-cantik untuk bergambar,tapi aku dah tak pergi,sebab dah tak larat. Sebelum balik yang pling penting jangan lupa singgah makan mee Jawa paling top kat sana pok yeh mee Jawa ,sedap boleh bagi 10/10 huhu MEE JAWA POK YEH!
- So itu sajelah nak share ok, kat bawah ni aku ada bagi sekali nombor untuk korang yang nak sewa transport n guide dia. Rm70 sahaja sekepala. Driver dia sangat baik dan betul-betul jaga kita. Servis terbaik bagi 10 bintang. Rainbow waterfall tourism association 0169224818(transport servis n tour guide).
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Hotel Terbaik Di Bandung, Budget Bawah RM150 Semalam & View Cantik
Bila sebut Bandung, ramai yang sudah sampai ke sini. Cuaca sejuknya ala-ala Cameron Highlands selain barangan cukup murah menjadikan ia lokasi wajib kalau ke Jakarta. Tambahan pula jarak lebih kurang 3-4 jam dari Jakarta membuatkan ramai yang singgah di Bandung.
Bila sampai di sini, tentunya kita mencari hotel murah pada harga berbaloi dan view yang cantik. Jom tengok lima hotel terbaik di Bandung pada harga kurang dari RM150 semalam atau lebih kurang 500 rupiah. Sumber : Islam Pos
Kollektiv Hotel
Blackbird Hotel
The House Tour Hotel
Triple Seven Bed & Breakfast
The Lou House
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI