Cabaran fizikal, mental dan semangat ‘brotherhood’ antara elemen menarik yang akan dipapar dalam Maskulin Who’s Your Bro, satu lagi program realiti terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria.
Hasil kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, ‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal membawa penonton melangkaui batas fizikal dengan menawarkan perspektif baharu bagi genre realiti TV.
Who’s Your Bro Serlah Makna Sebenar ‘Brotherhood’ Antara Lelaki!
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies Nu Ideaktiv merangkap Editor Pengurusan Maskulin, Fiezreen Ahmad berkata Maskulin Who’s Your Bro bukanlah sebuah program skeptikal, dimana buat julungkalinya program ini bakal memberi perspektif baharu terhadap hubungan ‘Brotherhood’ antara lelaki secara realiti.
“Rancangan Maskulin Who’s Your Bro dilihat mampu menyampaikan nilai maskuliniti yang sejati dengan pengisian tentang kisah perjuangan, kesilapan yang diatasi bersama serta bagaimana sokongan rakan mampu membawa perubahan besar.
Ads
Malah, seramai 12 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang kerjaya, telahpun disenarai pendek dan akan dipasangkan menjadi duo dinamik, dalam mengharungi pelbagai cabaran yang bakal menguji daya ketahanan dan persahabatan sejati mereka sepanjang rancangan ini.
Maskulin Who’s Your Bro, Bukan Rancangan Realiti Tv ‘Klise’
Mengulas lanjut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari turut menzahirkan rasa teruja untuk memperkenalkan Maskulin Who’s Your Bro kepada para penonton.
Ads
“Program ini membawa naratif baharu dalam dunia realiti TV dengan eksplorasi kekuatan emosi, ketahanan diri, dan bagaimana hubungan brotherhood dapat mencetuskan perubahan.
“Kami percaya bahawa rancangan ini akan merentasi sempadan budaya dan generasi. Dengan produksi yang penuh dedikasi dan penyampaian visual dan naratif yang tidak klise,” ujarnya.
Malah, Idlan dan Fiezreen sepakat bahawa rancangan ini merupakan satu manifestasi sempurna! Dimana sinergi antara kandungan premium Astro dan wawasan strategik Maskulin digabungkan menjadi satu.
Ads
“Kolaborasi ini tidak hanya mengubah norma tetapi juga membuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang semangat persaudaraan lelaki. Bersama, kami mencipta platform yang meraikan kekuatan emosi dan fizikal secara holistik,” ujar mereka.
Senarai 12 Peserta Maskulin Who’s Your Bro Yang Bakal Berentap!
1. Ikmal Amry (Hero Drama)
2. Theeban G (Pelakon Aksi) 3. Nad (The Tank)
4. Dr Shazif (Doktor) 5. Irwan (Pakar Calisthenic) 6. Hakimi Noordin (Model)
Sekadar info, Maskulin Who’s Your Bro diilhamkan untuk mentakrif semula konsep maskuliniti dengan menonjolkan hubungan persaudaraan yang utuh, ketahanan emosi dan daya saing yang sihat antara lelaki.
‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah hampir 1.8 juta manakala kes kematian meningkat lebih 109,000 orang.
COVID-19 boleh membunuh lebih ramai individu berbanding jumlah korban ketika Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang meragut lebih 77 juta nyawa.
Amaran itu dikeluarkan pengarah hospital sementara untuk pesakit COVID-19 di Wuhan, wilayah Hubei yang dibangunkan ketika pandemik itu memuncak di bandar tersebut.
“Keadaan ini sangat berbahaya dan semua kuasa politik tidak boleh hanya mementingkan kepentingan mereka tanpa menghiraukan kehidupan orang biasa,” kata Pengarah Hospital Leishenshan, Wang Xinghuan.
Topeng Muka Sangat Penting!
Beliau turut mengulas tentang isu topeng muka yang dianggap sebagai isu budaya oleh segelintir pihak.
“Ketika saya bercakap dengan doktor di New York tentang perkara ini, seorang daripadanya menganggap penggunaan topeng muka adalah satu bentuk perbezaan budaya. Hong Kong Phoenix Television juga bertanyakan soalan sama. Saya mahu semua media berkongsi mesej ini. Penggunaan topeng muka bukan satu budaya kerana terdapat alasan saintifik untuk perlindungan dan ia telah diiktiraf,” jelasnya.
Jangan Ambil Mudah Pesakit Gejala Ringan
Xinghuan turut menjawab tentang punca pandemik tersebut semakin serius di New York yang menjadi pusat wabak di Amerika Syarikat. Beliau menyarankan kota metropolitan seperti New York perlu mengambil langkah lebih baik selepas ia mencatatkan lebih 6,000 kematian.
“Ia adalah kegagalan awal yang kami hadapi di Wuhan. Sebahagian pesakit yang mengalami simptom ringan dibenarkan pulang ke rumah dan menjalani pengasingan sendiri tanpa kami sedar ia adalah satu kegagalan besar. Oleh itu, kami mencadangkan hospital lapangan untuk turut menempatkan pesakit mengalami gejala ringan,” tambahnya lagi.
Nampaknya peluang terbuka untuk orang ramai membawa anak-anak beriadah apabila taman Tema Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun telah dibuka secara rasminya sejak 6 Mac lalu.
Pembukaan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Kedua-dua taman tema popular ini bagaimanapun hanya menghadkan kunjungan pelawat sebanyak 30 peratus dalam satu-satu masa bagi memastikan keselamatan mereka.
Dengan pelbagai penambahbaikkan pada ruang dan masa operasi lebih panjang, pengunjung tidak perlu gusar kerana kedua-dua taman tema ini mementingkan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Sunway Lagoon di Petaling Jaya, Selangor turut memperkenalkan dua pakej iaitu ‘2 Play Again’ dan ‘Playdate’.
Permintaan pakej staycation di Sunway Lost World of Tambun juga meningkat dan terdapat pelbagai pakej menarik yang boleh dipilih oleh pengunjung.
Pengarah Eksekutif Sunway, Calvin Ho berkata, pihaknya tidak sabar menantikan kehadiran pengunjung yang sudah tentu tidak sabar menikmati pelbagai permainan menarik di kedua-dua taman tema tersebut.
“Diharap kami dapat memberi pengalaman luar biasa dan terbaik kepada pengunjung dan akan terus menampilkan yang terbaik kepada pelanggan,” ujarnya.
Fenomena bulan pelbagai warna kerap muncul di ruang langit kita tidak kira di mana anda berada. Ada kala juga setengah-setengah fenomena jarang untuk dilihat dan menyebabkan ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk ke pelbagai destinasi yang boleh melihat fenomena menarik itu dengan lebih jelas.
Pada 31 Oktober 2020 ini, menurut beberapa portal berita dalam dan luar negara, akan muncul fenomena 'Blue Moon' atau Bulan Biru. Namun ada yang risau jika fenomena tersebut muncul dek percaya dengan kisah-kisah mitos yang pernah didengar. Bulan Biru, petanda buruk untuk umat manusia? Ini penjelasan lengkap daripada sumber Facebook Ini Sains Beb!
Pada 31 Oktober 2020 akan datang, dilaporkan akan berlaku fenomena 'Blue Moon' atau 'Bulan Biru'. Merujuk kepada screenshot di bawah, kita lihat ada yang beranggapan pada ketika itu Bulan akan kelihatan berwarna biru, iaitu satu peristiwa yang tidak pernah berlaku sejak sekian lama, dan akan diikuti dengan peristiwa buruk yang bakal melanda.
Benarkah? Sebenarnya 31 Oktober 2020 memang akan berlaku satu fenomena yang dinamakan 'Bulan Biru'. Walaubagaimanapun, ia tidak bermaksud cahaya bulan akan kelihatan biru, dan ia bukanlah peristiwa yang tidak muncul sejak sekian lama. Apatah lagi mengaitkannya dengan kemunculan hanya pada tahun-tahun terburuk bagi manusia.
Apakah sebenarnya 'Bulan Biru' ini?
'Bulan Biru' pada hakikatnya hanyalah gelaran yang diberikan kepada bulan purnama dengan kriteria tertentu. Ia berkait dengan ungkapan Bahasa Inggeris 'once in a blue moon' yang merujuk kepada peristiwa yang jarang berlaku. Terdapat 2 takrifan paling terkenal yang menyebabkan sesuatu Bulan purnama itu digelar sebagai 'Bulan biru'.
1) BERMUSIM: Bulan purnama ketiga di dalam satu musim. Di dalam tempoh satu tahun tropika, terdapat 4 musim. Setiap satu musim adalah sepanjang 3 bulan. Ini bermakna, satu musim kebiasaannya akan mempunyai 3 bulan purnama.
Jika satu musim itu mempunyai 4 bulan purnama, maka bulan purnama yang ketiga digelar sebagai 'Bulan Biru'. Contoh yang berlaku di tahun 2019:
Ekuinoks: 21 Mac 2019
Bulan purnama :~ 21 Mac 2019
Bulan purnama :~ 19 April 2019
Bulan purnama :~ 19 Mei 2019
Bulan purnama :~ 17 Jun 2019
Solstis: 21 Jun 2019
Dalam contoh di atas, sepanjang musim tersebut (di antara Ekuinoks sehingga Solstis), terdapat 4 bulan purnama. Maka, bulan purnama ketiga itu (19 Mei) dikenali sebagai Bulan Biru.
2) BULANAN: Bulan purnama kedua di dalam satu bulan kalendar masihi. Di dalam satu bulan kalendar masihi, kebiasaannya akan mempunyai satu bulan purnama. Tetapi jika di dalam satu bulan kalendar itu mempunyai 2 bulan purnama, maka bulan purnama kedua itu digelar sebagai 'Bulan Biru'.
Contoh terdekat 'Bulan Biru' mengikut takrifan Bulanan akan berlaku pada hujung bulan Oktober 2020 ini. Bulan purnama yang pertama telah berlaku pada 2 Oktober 2020 lepas. Ia akan diikuti oleh bulan pernama kedua di dalam bulan yang sama, iaitu pada 31 Oktober 2020. Ini digelar Bulan Biru!
image via google
Kenapa ada 2 takrifan yang berbeza?
Pada awalnya, 'Bulan Biru' merujuk kepada takrifan bulan purnama ketiga di dalam satu musim. Walaupun begitu, gelaran 'Bulan Biru' yang menggunakan takrifan bulan purnama kedua di dalam satu bulan lebih terkenal sekarang ini.
Ini terjadi akibat dari salah faham seorang penulis Astronomi iaitu James Hugh Pruett di dalam satu artikel yang disiarkan di dalam majalah Sky & Telescope pada tahun 1946 berkenaan 'Bulan Biru'.
Salah faham Pruett menyebut bahawa 'Bulan Biru' itu merujuk kepada Bulan purnama kedua yang berlaku di dalam satu bulan kalendar masihi. Kesilapan tersebut telah diperbetulkan kemudiannya, namun sudah terlambat kerana takrifan asalnya telah tersebar dan digunapakai secara meluas.
Rentetan dari kesilapan tersebut, mana-mana bulan purnama kedua yang berlaku di dalam satu bulan kalendar masihi dikenali sebagai 'Bulan Biru' sehinggalah ke hari ini.
Bagaimana dua bulan purnama boleh berlaku dalam satu bulan kalendar?
Kita tahu dalam setahun terdapat 365 atau 366 hari iaitu bersamaan dengan 12 bulan (month). Bilangan hari di dalam setiap bulan berbeza-beza (29 , 30 dan 31 hari dan kadang-kala hanya 28 hari). Kebiasaannya hanya terdapat 12 fasa Bulan purnama di dalam tempoh tersebut.
Walaubagaimanapun, apa yang kita perlu fahami di sini adalah, bulan melengkapkan 1 kali kitaran setiap fasa sekitar 29.5 hari. Dalam tempoh setahun, keseluruhan kitaran Bulan hanya mengambil masa 354 hari sahaja (29.5 hari x 12 bulan). Ini bermakna, ada ketikanya terdapat 13 bulan di dalam satu tahun. Ia bukan magik, ia hanyalah kiraan falak.
Bolehkah cahaya Bulan kelihatan berubah menjadi warna biru?
Sebenarnya boleh. Tetapi ia hanya boleh berlaku seandainya lapisan atmosfera Bumi dipenuhi dengan zarah-zarah besar seperti abu daripada letusan gunung berapi. Ini menyebabkan berlakunya serakan Mie (Mie scattering) di atmosfera sehingga menyebabkan cahaya Bulan kelihatan berwarna biru.
Ia dilaporkan pernah berlaku semasa letusan kuat gunung berapi Krakatau (1883), El Chichon (1983), St. Helens (1980) dan Pinatubo (1991).
Jadi jelas di sini menunjukkan bahawa pada 31 Oktober 2020, peristiwa 'Bulan Biru’ yang dihebahkan adalah tidak benar. Cahaya Bulan berubah menjadi warna biru tidak akan berlaku sekiranya tidak ada peristiwa yang mempengaruhi kandungan atmosfera ketika itu.
Hakikatnya, peristiwa 'Bulan Biru' ini bukanlah tak pernah berlaku langsung. Ia adalah fenomena yang memang boleh dicerap dari masa ke semasa tanpa elemen konspirasi atau membawa alamat malapetaka akan berlaku. Wallahu A'lam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...