Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta dalam aktiviti yang dilakukan pengusaha.
Bukan itu sahaja, ada setengah-setengah pusat pelancongan agro turut menawarkan kemudahan penginapan agar pengunjung mempunyai lebih kesempatan untuk menjelajah keseluruhan kawasan. Yang pastinya, aktiviti yang disediakan pastinya memenuhi kehendak ramai terutama buat mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Selain berlibur, lokasi ini juga dapat mendidik pengunjung dengan ilmu agro yang pelbagai.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti melawat ke kawasan ladang ternakan lembu atau kambing, di situ pengunjung bakal diberi pendedahan berkenaan cara menternak haiwan, melihat sendiri proses penyembelihan serta memerah susu. Jika di ladang buah-buahan pula, pengunjung boleh melihat proses penanaman pokok dan memetik buah. Acara paling istimewa pastinya pengunjung diberi kebenaran untuk merasa sendiri rasa buah-buahan yang ada di destinasi tersebut. Menarik bukan?
Ini lokasi pelancongan agro popular yang ada di Malaysia. Memang idea yang baik untuk bawa keluarga ke sini.
MAEPS Agro Tourism Park, Serdang, Selangor
Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor
Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang Perlis
Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Kedah
Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah
Pusat Memproses Madu Lebah FAMA, Kuala Nerang, Kedah
Ladang Mempelam Tobiar, Pendang, Kedah
Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands, Pahang
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pahang
Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Terengganu
Taman Pertanian Sabah, Sabah