Makan

Mudah Sahaja Nak Cari Lokasi Makan Yang Halal & Sedap Di Macao Untuk Pelancong Muslim

Share

Jika travel ke negara luar, bagi pelancong Muslim soal makan pasti menjadi sedikit kerumitan kepada mereka. Memang orang boleh cakap ‘ ala..bawa la makanan segera atau paket makanan Halal dari negara untuk travel’. Tetapi bila dah berjalan tempat orang, kadangkala tekak teringin nak rasa makanan di negara tersebut bukan?

Baca percutian mesra muslim ke Macao

Di Macao, untuk mencari makanan Halal tidak menjadi satu perkara yang membebankan. Terdapat pelbagai pilihan premis makanan atau restoran buat pengunjung Muslim. Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong Muslim untuk menjamu selera apabila datang ke Macao ialah:

Lord Stow, Tart Telur Portugis

Bagi penggemar drama Hallyu, pasti maklum Macau antara destinasi penggambaran drama popular termasuk Princess Hour yang berlatarbelakangkan perkampungan nelayan di Coloane. Menariknya, keistimewaan Coloane tidak saja bergantung pada ketenangan dan kedamaian kehidupan masyarakat tempatan, bahkan keenakan Tart Telur Portugis paling popular di Macau, Lord Stow. Cuba lah!

Golden Peacock (Indian cuisine) – Mempunyai sijil Halal

Lokasi: The Venetian Macao, Level1, Shop 1037 | Waktu Operasi: 11:00am – 03:00pm (Makan Tengah Hari) 06:00pm – 11:00pm (Makan Malam)

Taste of India (Indian & Portuguese cuisine) – Mempunyai sijil Halal

Lokasi: Avenida Sir Anders Ljungstedt No.22AD, Vista Magnifica Court, Macao | Waktu Operasi: 12:00pm – 03:00pm (Makan Tengah Hari) 06:00pm – 11:00pm (Makan Malam)

Loulan Islam Restaurant (Xinjiang cuisine) – Mempunyai sijil Halal

Lokasi: Intersection of Avenida Almeida and Rua Cinco de Outubro, Macao | Waktu Operasi: 11:00am – 02:00am

Dong Lai Shun Muslim Restaurant (Beijing cuisine) – Mempunyai sijil Halal

Lokasi:  G/F, Kuong Fai Medical and Rehabilitation Centre, 484 R. Cidade de Coimbra, Alameda Dutor Carlos d’Assumpção, Macao

Green House (Vegetarian)

Loly Indonesian Food (Indonesian cuisine)

Lokasi: Berdekatan Kiang Wu Hospital , Edificio Pek Hoi Kok, 33 R. da Erva, Macau | Waktu Operasi: 11:00am – 10:00pm (Selasa – Ahad)

Indian Spice (Indian cuisine)

Lokasi: 39, Alameda Dr. Carlos D’Assumpcau, Vista Magnifica Court BG/RC , Macao

Indian Garden (Indian cuisine)

Lokasi: Berhadapan Taipa Central Park, Shop 18, Bloco 27, No.453,461 R/C, Rua de Seng Tou, Nova Taipa Garden.

Arabian Kebab

Lokasi: Berhampiran Macao Ginza Plaza. Shop M Centro Comercial Teatro Capitol, Travessa dos Anjos No. 45-51

Persian Arts

Lokasi: Nerhampiran Leal Senado Building. Rua da Felicidade No. 8, Macau

Oleh
Husna