11 Hari, 120 Kilometer, 10000 Kenderaan! – Kesesakan Jalan Raya Paling Teruk Pernah Direkodkan Di Dunia!

Share

Sekiranya anda risau untuk berhadapan dengan situasi tersangkut dalam kesesakan jalan raya menjelang apa-apa hari perayaan atau cuti umum, usah khuatir sahabatku. Sebab kesesakan jalan raya paling lama menjelang musim perayaan terutamanya ambang Syawal lebih kurang 16 jam sahaja.

Anda tahu tak kesesakan di mana yang paling lama di dunia pernah di rekodkan? Di China. Kesesakan jalan raya yang mengambil masa sehingga 11 hari sepanjang 120 kilometer membabitkan lebih 10,000 kenderaan di Lebuhraya Beijing-Tibet pada tahun 2010!

Punca utama penyebab kesesakan lalu lintas yang dahsyat ini adalah disebabkan kerja-kerja di atas jalanraya yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan. Mereka cuba untuk mengurangkan kesesakan tapi end up kesesakan berlaku dengan lebih teruk lagi.

Selain daripada itu, punca lain yang menjadi faktor penyumbang kesesakan selama 11 hari itu juga adalah disebabkan pemandu yang tertidur dalam kenderaan! Anda bayangkan, kesesakan yang berlaku hingga menyebabkan ada pemandu yang tertidur akibat kepenatan yang amat sangat sewaktu kejadian.

Menurut sumber berita, kesesakan yang berlaku di Utara Beijing banyak melibatkan trak yang mengangkut arang batu dan makanan ke Beijing. Kesesakan bermula pada awal bulan Ogos tahun itu apabila ada beberapa bahagian jalan sepanjang lebuhraya itu dalam proses pembinaan.

Walaupun kesesakan pada mulanya dapat dikawal apabila beberapa kerja-kerja pembinaan dapat diselesaikan, namum berlakunya kemalangan di lebuhraya berkenaan, langsung menyebabkan kesesakan berlarutan menjadi 30 kilometer panjang sebelum akhirnya menjadi 120 kilometer.

Kalau anda yang berada di tempat kejadian, apa tindakan anda?

Oleh
Epul