Sekiranya anda risau untuk berhadapan dengan situasi tersangkut dalam kesesakan jalan raya menjelang apa-apa hari perayaan atau cuti umum, usah khuatir sahabatku. Sebab kesesakan jalan raya paling lama menjelang musim perayaan terutamanya ambang Syawal lebih kurang 16 jam sahaja.
Anda tahu tak kesesakan di mana yang paling lama di dunia pernah di rekodkan? Di China. Kesesakan jalan raya yang mengambil masa sehingga 11 hari sepanjang 120 kilometer membabitkan lebih 10,000 kenderaan di Lebuhraya Beijing-Tibet pada tahun 2010!
Punca utama penyebab kesesakan lalu lintas yang dahsyat ini adalah disebabkan kerja-kerja di atas jalanraya yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan. Mereka cuba untuk mengurangkan kesesakan tapi end up kesesakan berlaku dengan lebih teruk lagi.
Ads
Selain daripada itu, punca lain yang menjadi faktor penyumbang kesesakan selama 11 hari itu juga adalah disebabkan pemandu yang tertidur dalam kenderaan! Anda bayangkan, kesesakan yang berlaku hingga menyebabkan ada pemandu yang tertidur akibat kepenatan yang amat sangat sewaktu kejadian.
Ads
Menurut sumber berita, kesesakan yang berlaku di Utara Beijing banyak melibatkan trak yang mengangkut arang batu dan makanan ke Beijing. Kesesakan bermula pada awal bulan Ogos tahun itu apabila ada beberapa bahagian jalan sepanjang lebuhraya itu dalam proses pembinaan.
Ads
Walaupun kesesakan pada mulanya dapat dikawal apabila beberapa kerja-kerja pembinaan dapat diselesaikan, namum berlakunya kemalangan di lebuhraya berkenaan, langsung menyebabkan kesesakan berlarutan menjadi 30 kilometer panjang sebelum akhirnya menjadi 120 kilometer.
Kalau anda yang berada di tempat kejadian, apa tindakan anda?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
KUALA LUMPUR – 16 Oktober 2017 – Data daripada Hotels.com menunjukkan bagi tahun kedua Langkawi menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi pantai paling popular dalam kalangan pelawat dari Malaysia, manakala Phuket, yang menduduki tempat ketiga, tersenarai sebagai destinasi luar negara paling popular bagi mereka yang ingin menikmati keindahan pantai yang mengasyikkan pada bulan Disember ini.
“Pelawat dari Malaysia menghargai masa yang diluangkan bersama dengan keluarga mereka, dan cuti sekolah pada bulan Disember ialah musim percutian paling sibuk dalam setahun. Data kami menunjukkan minat yang ketara terhadap pelancongan ke luar negara pada tahun ini, menyebabkan peningkatan dalam pencarian pelbagai destinasi pantai seperti Bali dan Krabi,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.
10 pantai paling popular – Destinasi pantai hujung tahun paling dicari oleh pelawat dari Malaysia
Penarafan 2017
Destinasi
Penarafan 2016
1
Langkawi
1
2
Port Dickson
2
3
Phuket
3
4
Krabi
5
5
Bali
9
6
Pattaya
6
7
Pangkor
4
8
Koh Samui
8
9
Cherating
7
10
Boracay
10
Cuti-cuti Malaysia Langkawi mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pantai paling popular yang dicari oleh pelawat dari Malaysia. Kemudahan beli-belah bebas cukai dan kegemilangan sejarahnya sejak sebelum zaman Mahsuri membolehkan pulau peranginan ini mengekalkan daya tarikannya sebagai destinasi sesuai untuk hiburan seisi keluarga.
Pulau ini juga menempatkan beberapa hotel pemenang anugerah Hotels.com tahun ini. The Andaman, antara pemenang anugerah hotel paling mesra keluarga sedunia Hotels.com bagi tahun 2017, dikelilingi kehijauan hujan berusia 10 juta tahun dan lingkaran batu karang Teluk Datai yang indah.
Port Dickson ialah destinasi pantai hujung tahun kedua paling popular dalam pencarian pelawat dari Malaysia tahun ini, yang menawarkan pelbagai jenis penginapan gaya pusat peranginan dan vila-vila mewah. Vila terapung dan kolam renang persendirian Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan percutian di kawasan tepi pantai yang terletak hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Bali semakin popular Pulau Bali di Indonesia mencatatkan peningkatan populariti yang begitu ketara tahun ini. Pulau ini menggamit kehadiran pengunjung Malaysia dengan tempat penginapan gaya resort yang berkualiti tinggi, pusat-pusat hiburan malam yang mengujakan dan warisan kebudayaan yang gilang-gemilang.
Sejumlah 22 pusat peranginan di Bali memenangi anugerah Loved by Guests (LBG) Hotels.com bagi 2017. Sebanyak 13 daripada hotel ini terletak di Ubud, pusat warisan kebudayaan Bali, yang menempatkan kuil dan pusat seni krafnya. Salah satu pemenang LBG, Tejaprana Resort & Spa, menyediakan vila persendirian yang tersembunyi dalam kehijauan hutan tropika, 4km dari Ubud.
Meskipun aktiviti gunung berapi di Gunung Agung telah menjejaskan sentimen pelancongan sejak minggu lalu, jabatan pelancongan Bali mengisytiharkan pulau ini sebagai “selamat kecuali kawasan sekeliling Gunung Agung”. Kawasan popular seperti Ubud, Seminyak dan Legian tidak terjejas.
Negara Thai tetap menjadi pujaan Pelancong dari Malaysia gemar bercuti di pantai Thailand yang berhampiran, membolehkan Phuket, Krabi, Pattaya dan Koh Samui untuk tersenarai di 10 tempat teratas destinasi hujung tahun ini. Perjalanan ke bandar-bandar tepi pantai ini hanya satu hingga tiga jam penerbangan dari Kuala Lumpur, menjadikannya pusat percutian hujung minggu yang menarik.
Phuket juga merupakan destinasi yang popular untuk pelancong muda dari Malaysia yang gemarkan hiburan malam, dengan lampu-lampu yang terang benderang di Bangla Street hingga ke Pantai Patong yang meriah. Peningkatan popularity hotel butik di pulau ini, termasuk BYD Lofts Boutique Hotel & Serviced Apartments, menarik ramai pelawat berkumpulan.
Phuket, bersama destinasi menarik yang lain di Selatan Thailand seperti Krabi dan Koh Samui turut merupakan destinasi halal yang popular dalam kalangan pelancong dari Malaysia. Terdapat banyak restoran halal serta kemudahan dan hotel mesra umat Islam. Banyan Tree Samui menawarkan pilihan tempat makan halal, spa khusus untuk wanita dan vila tanpa alkohol.
“Pelawat dari Malaysia mencari destinasi pantai serantau yang menarik, dan Hotels.com teruja menunaikan hajat mereka untuk mengunjungi destinasi seperti Langkawi, Phuket dan Bali, dengan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami. Dengan 25 juta ulasan daripada pelanggan sebenar, Hotels.com juga mempunyai kefahaman dan maklumat yang diperlukan untuk membantu pelancong dari Malaysia merancangkan percutian tepi pantai yang menjadi impian mereka,” tambah Jessica.
*Data jumlah pencarian adalah berasaskan tempoh pencarian sehingga: 1 Jan – 15 September 2016 (data 2016) 1 Jan – 15 September 2017 (data 2017)
Tempoh Perjalanan: 25 November – 31 Disember 2016 (data 2016) 25 November – 31 Disember 2017 (data 2017)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang menjemput orang ramai untuk berkongsi gambar-gambar bersejarah Bukit Bendera untuk pameran foto sempena Festival Bukit Bendera 2019 yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 Julai.
Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Cheok Lay Leng berkata pameran itu akan menampilkan koleksi gambar-gambar Bukit Bendera pada masa lalu yang jarang ditemui termasuk gambar lawatan Ratu Elizabeth II ke Bukit Bendera pada 1972.
“Kami mahu semua orang menghayati sejarah silam dan kembali ke masa lalu mengenai keadaan Bukit Bendera ketika itu. Ramai orang menyimpan kenangan indah di masa lalu tentang Bukit Bendera, dan kami mahu mengembalikan kenangan itu,” katanya.
Selain pameran, lebih 20 acara dan aktiviti telah disediakan untuk festival selama empat hari itu termasuk ceramah, konsert “Music on the Hill”, bengkel fotografi, penerokaan pada malam hari dan berjalan kaki untuk meneroka denai alam semula jadi.
Festival Bukit Bendera yang terakhir diadakan pada 2018 menerima sambutan yang amat menggalakkan dan ia kemudian dijadikan acara tahunan. Semasa Festival Bukit Bendera pada 2018, Bukit Bendera mencatatkan kehadiran kira-kira 9,000 pengunjung bagi menyertai program selama sembilan hari.
Semua aktiviti dan program yang diadakan semasa festival itu boleh disertai secara percuma dan terbuka kepada orang ramai. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk acara, orang ramai boleh melayari Portal Bukit Bendera
Bukan setiap hari kita dapat dengar berita-berita yang membanggakan dan pengiktirafan yang diterima oleh Taiping sebagai bendar ketiga terbaik di dunia boleh membuatkan hidung kita ‘kembang-kempis’ berbangga dengan pencapaiaan tersebut.
Taiping menerima anugerah itu bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 di Berlin, Jerman baru-baru ni.
Apa yang buat Taiping layak menerima anugerah sehebat itu?
Jawapannya, sudah tentu usaha penduduk dan komuniti bandar Taiping itu sendiri yang membuatkan Taiping berjaya merangkul anugerah bandar ketiga terbaik dunia.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Abd Rahim Md Ariff turut menyeru supaya seluruh penduduk dan komuniti Taiping terus berusaha memastikan bandar Taiping ini sentiasa bersih, terpelihara dan terhindar dari kekotoran sampah serta kerosakan alam sekitar.
Selain daripada Taiping di tempat ketiga, Ljubijana di Slovenia dinobatkan sebagai pemenang pertama manakala Vancouver di Kanada memenangi tempat kedua.
Semoga dengan anugerah dan pengiktirafan ini, bandar Taiping akan terus maju jaya dan berjaya dalam merancakkan industri pelancongan di sana.
TAHNIAH TAIPING!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!