100% Fabrik PTFE, Tahan Lasak Untuk Cuaca Ekstrem, Payung Gergasi Di Masjid Nabawi Ini Direka Oleh Syarikat Jepun Taiyo Kogyo

Share

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah dan haji, pasti amat merindui Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang menempatkan makam Nabi Muhammad SAW. Amat jarang mendengar orang bercerita hal-hal dunia di dua masjid ini kerana kesemuanya sibuk beribadah selain membaca Al-Quran di saat masa terluang. Saat berbicara mengenai Masjid Nabawi, pasti ramai yang tahu mengenai payung gergasi yang ada di luar perkarangan masjid berkenaan. Lebih menarik ia sebenarnya dicipta oleh sebuah syarikat dari Jepun, Taiyo Kogyo dengan melalui proses pembuatan yang sangat ketat.

Baca perkongsian dari Zunita Ramli yang menetap di Jepun mengenai info menarik ini.

Rasanya ramai antara kita pernah nampak payung gergasi dekat Masjid Nabawi di Madinah, kan?

Tapi mungkin ramai tak tahu payung gergasi yang sangat cantik ni dibuat oleh salah sebuah syarikat Jepun, iaitu Taiyo Kogyo.

Sebenarnya amat mencabar nak buat payung ni.

Pelbagai standard ketat yang digariskan oleh Arab Saudi, seperti payung ni hendaklah ringan, cukup besar tapi boleh dibuka dan ditutup setiap hari dengan cepat, tahan sinaran UV dan cukup kuat untuk tahan cuaca ekstrim di Timur Tengah.













Akhirnya, semua standard ketat ini dapat direalisasikan.

Mempunyai saiz lebih kurang 25.5m setiap sisi, 250 buah payung gergasi di Madinah Haram Piazza ni meliputi keluasan lebih kurang 143,000 meter persegi. Ini bermakna, keluasan payung ni melebihi keluasan lantai masjid ni sendiri.

Struktur membran ‘suspension’ guna 100% fabrik PTFE, bermakna ianya ringan tetapi kuat. Bayangkan 1meter persegi, beratnya hanya sekitar 900g & ketebalan hanya 0.6mm! Jadi tak hairanlah kalau payung ni memerlukan 3 minit je untuk buka dan tutup setiap hari.

Hebat kan?

100% fabrik PTFE bermakna payung ni tak mudah terbakar, mempunyai ketahanan yang tinggi untuk tahan keadaan cuaca ektrim di Timur Tengah. Kombinasi design ini juga menjadikan suhu bawah payung ini dapat dikurangkan sekurang-kurangnya sehingga 8°C.

Menariknya, corak kompleks yang menghiasi payung serta bahagian hiasan yang ada pada payung ni juga menggunakan penyaduran emas tulen ya.

Tapi kenapa syarikat Jepun ni dipilih?

Sebenarnya Taiyo Kogyo adalah syarikat yang sangat berpengalaman dalam pembuatan membran. Ditubuhkan pada tahun 1922, kepakaran yang mereka ada memang tak dapat dipersoalkan lagi lah, hampir 100 tahun tu. Taiyo Kogyo ni juga adalah syarikat yang pertama bina arena membran pertama di dunia dan merupakan yang pertama di dunia yang buat membran bawah laut.
.
#CatatanZunitaDiJepun
p/s: Special thanks to Kaiji Wada for the info about this post.
//
Tambahan info in case ada yang confuse:-
Kontraktor utama projek Medina Haram Piazza: Kumpulan Saudi Binladin (Presiden: Pengurus Besar Projek Eng. Bakr Binladen: Eng. Talaat Mously)
Konsep dan reka bentuk seni bina: SL Rush (Jerman)
Pembuatan sistem payung besar, pemasangan di lokasi: Liebherr (Jerman)
Pembuatan khemah payung besar: Taiyo Kogyo Corporation (Jepun)

Projek ni membabitkan beberapa kontraktor dari banyak negara, let alone the tiles & everything. Semuanya dari negara-negara & syarikat yang berprestij untuk hasilkan yang terbaik. Harap bermanfaat inshaAllah. Sumber : FB Zunita Ramli

Oleh
almaswa Haji Che Ros