Ramai ibubapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata pasti pening berfikir apa yang perlu dilakukan kalau ingin keluar travel bersama-sama cahaya mata baharu mereka.
Mereka mesti tidak sabar untuk keluar bercuti bersama yang tersayang dan anak. Asal dapat cuti, peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan.
Tapi, keluar bercuti bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada meraka yang mempunyai anak-anak kecil. Dugaannya dan cabaran, hanya tuhan sahaja yang tahu.
Merancang percutian bersama anak yang masih kecil mesti teratur supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan bahagia. Ibubapa pun tidak stress.
Di sini kita kongsikan sedikit tips and tricks daripada Iera Zafirah Abd Rahim untuk mereka yang ingin membawa anak kecil keluar bercuti.
1. Sediakan keperluan anak secukupnya. Sediakan kelengkapan mereka dahulu sebelum kelengkapan diri sendiri seperti susu, botol susu, minyak angin, krim ruam, lampin dan pakaian.
2. Bawa pakaian extra sepasang dua. Lampin anak kecil kadangkala bocor selain daripada mereka suka main dengan makanan dan comotkan baju.
Ads
3. Asingkan sedikit barang-barang asas ini tadi sebagai hand carry atau baby bag. Bawa baby bag ini kemana sahaja kita pergi bersama anak kecil.
4. Bawa stroller. Stroller ini penting sewaktu keluar travel bersama anak kecil. Cuba dapatkan stroller yang compact, mesra travel, ringan dan tahan lasak. Benda ini akan memberi kemudahan kepada kita dan keselesaan untuk anak. Tak perlu kita dukung anak sepanjang masa.
5. Anak kecil akan mudah bosan. Untuk elakkan perkara ini berlaku, selitkan tempat atau aktiviti yang menarik untuk anak-anak bermain dalam itinerary percutian kita.
6. Untuk perjalanan jauh menaiki kapal terbang, request bassinet (akan dikenakan surcaj) untuk anak kecil. Bassinet ini memudahkan anak kecil tidur dalam flight sebab kerusi kapal terbang tidak sesuai untuk saiz badan mereka. Request awal dengan syarikat penerbangan sebab tidak semua kerusi dalam kapal terbang ada menyediakan kemudahan bassinet.
Ads
7. Trick berguna sebelum penerbangan – biar anak kecil kita kenyang, penat bermain dan kurang tidur. Sebaik sahaja berlepas, anak kecil kita akan tidur lena berjam-jam sepanjang penerbangan.
8. Bawa kudapan kegemaran anak dalam flight. Anak kecil mudah meragam apabila perut mereka lapar.
Ads
9. Bawa sedikit alat hiburan kepada mereka. Bagi ibubapa yang tidak amalkan penggunaan gadget kepada anak, ketika dalam penerbangan, gadget mungkin boleh diberikan pengecualian.
10. Jangan tinggalkan first aid untuk anak. Anak kecil kebiasaannya mudah demam apabila pergi ke negara yang berlainan musim daripada Malaysia. Bawa ubat demam, batuk dan selsema untuk anak.
Apa-apa pun, bila bawa anak kecil ini, kita sebagai ibubapa kena sentiasa alert dengan masa rehat anak, makanan, pakaian dan lampin yang selesa. In Shaa Allah, anak akan okay dan happy, even though terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Meragam sikit-sikit tu perkara biasa, anak kecilkan? Inilah namanya cabaran travel dengan anak kecil ni. Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau ada yang membayangkan suasana nak tidur dalam bas dalam keadaaan selesa, anda patut cuba sebuat hotel bertaraf mewah di Jalan Pantai Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Perak.
Tempat yang diusakan oleh usahawan muda, Syafiq Rozman ini cukup memuaskan hati sesiapa sahaja yang menginap dengan dekorasi yang indah di dalam bas.
Keistimewaan Pangkor Bus Resort
Dikenali sebagai Pangkor Bus Resort, pandangan mata anda pasti terpesona melihat dekorasi yang dihias indah di dalam setiap bas.
Idea penubuhan destinasi percutian itu tercetus selepas Syafiq tertarik dengan trend Bustel yang pernah terkenal satu ketika dahulu di Pantai Klebang, Melaka.
Ceritanya, dia lihat konsep tidur dalam bas memang menarik. Jadi, dia bekerjasama dengan Koperasi Telekom Malaysia Berhad untuk membangunkan tanah seluas 1 hektar demi mencipta kelainan.
Sebanyak 16 buah bas terpakai dibeli dari pusat hub bas lama di Rawang, Selangor. Nak bawa semua bas ke pulau bukan satu kerja mudah. Enjin terpaksa dikeluarkan terlebih dulu supaya bas lebih ringan sebelum dibawa menggunakan roro (tongkang) ke Pulau Pangkor.
Selepas itu, pemilik Besla Sdn Bhd itu membelanjakan kos hingga RM80,000 untuk mengubah suai kenderaan terbabit.
Bukan sahaja dilengkapi dengan infrastruktur seperti katil, sofa dan meja makan, malah terdapat televisyen, peti ais dan tab mandi.
Kemudahan dewan juga disediakan bagi membolehkan seminar atau mesyuarat diadakan. Menariknya, premis tersebut terletak bersebelahan dengan pantai sahaja!
Ada Banyak Jenis Bilik
Setakat ini, terdapat 16 unit yang dibuka kepada pengunjung untuk menginap. Antaranya jenis Dorm Coach, Honeymoon Coach, Family Coach, Family Plus Coach dan Executive Coach.
Pantai berdekatan dengan resortnya juga lebih damai dan tidak sesak dengan orang ramai berbanding kawasan rekreasi lain.
Jika pengunjung mahukan aktiviti pantai seperti bermain ski, bot laju, berkayak dan pelbagai lagi, owner boleh sediakan tanpa sebarang masalah.
Haaa.. mungkin selepas ini dia akan tambah kafe berkonsepkan kapal terpakai sebagai tarikan pengunjung yang datang untuk melihat persembahan api dan kumpulan buskers di tepi pantai.
Nak merasa ke tidak? Kalau rasa sesekali nak tukar kelainan bercuti, boleh lah cuba tempat ini!
Lokasi:
Pangkor Bus Resort di Jalan Pantai Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selain bercuti dan tinggal di hotel atau homestay, rakyat Malaysia sekarang suka bercamping. Apatah lagi dengan kewujudan banyak campsite yang menawarkan fasiliti lengkap untuk yang mahu berkhemah membuatkan ramai memilih untuk bercamping.
Yang penting mempunyai kelengkapan lengkap untuk camping seperti khemah, peratalan memasak serta peralatan lain untuk memastikan keselesaan sepanjang perkhemahan.
Antara salah satu campsite yang sering menjadi pilihan camper adalah Hola Campsite yang terletak di Cameron Highlands. Kedudukannya yang terletak di tanah tinggi membuatkan suasana yang bakal camper perolehi sangat nyaman dan selesa.
Berada di tempat tinggi juga memberi peluang kepada camper untuk menikmati keindahan waktu malam dengan melihat deretan bintang di langit selain melihat sendiri matahari naik pada waktu pagi.
Memang seronok membaca pengalaman camper yang camping di sini, antaranya adalah Firdaus Arshad yang baru sahaja camping di Hola Campsite pada 11 hingga 13 Mei yang lalu.
Ikuti perkongsiannya!
Hola 2.0 campsite Tanah Rata.. 11/05/2022 – 13/05/2022..
Booked campsite untuk weekdays..
Tapak 2.0 hampir full.. 02.30 ptg smpi campsite..
Hampir 2 jam untuk setup khemah & drop semua peralatan..
Setelah belajar dari first setup camping di Lojing.. Alhamdulillah cuaca cantik.. Suhu dingin.. Dapat kabus tebal.. Malam pertama tidur di luar khemah atas camping bed.. 3.30 pagi dah bangun.. Sebab nak layan view waktu pagi.. 4.30 pagi try stargazer.. Alhamdulillah dapat captured gambar cantik..
video: layan sunrise
Hari kedua tengahari dah mula gerimis.. Kabus dah mula tebal.. Sangat-sangat tebal.. Suhu sangat sejuk.. Siap menggigil.. Bawa sampai ker senja.. Jarak 50m pun tak nampak disebabkan kabus.. Memang enjoy.. Malam kedua tak sanggup tidur luar.. Tak tahan terlampau sejuk..
Campsite Best, fasiliti terbaik!
Campsite HOLA sangat best.. Tandas bersih.. Siap ada water heater.. Tak perlu risau untuk mandi waktu malam & awal pagi.. Around 10.00 pagi akan ada pekerja kutip sampah & basuh bilik air.. 5 bintang
Nak rasa bercuti di tengah tasik yang nyaman dan menenangkan seperti bercuti di hotel 5 Bintang? Percutian di Razna Houseboat tentunya akan memberikan anda pengalaman lain daripada yang lain.
Walaupun hanya sebuah houseboat, namun fasiliti yang terdapat di houseboat ini memang VIP.
Selain dapat menikmati keunikan dan keindahan flora dan fauna di tasik terbesar di Asia iaitu Tasik Kenyir, menginap di Razna Houseboat yang mempunyai 3 tingkat ini juga akan memberikan pengalaman indah untuk dikenang.
Mempunyai 10 bilik termasuk satu bilik VVIP dan 2 bilik VIP, lengkap berhawa dingin, houseboat ini boleh memuatkan sehingga 35 orang penginap dalam satu masa.
Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Razna Houseboat adalah seperti bilik karaoke,dapur yang lengkap dengan kelengkapan, ditingkat paling atas pula dijadikan sebagai ruang santai dan ruang makan yang berkonsep terbuka.
Paling istimewa houseboat ini mempunyai gelongsor yang terus ke tasik serta kolam mandi untuk kanak-kanak di ruang hadapan bot. Nak bawa anak-anak memang sesuai sebab ada semua kemudahan yang disebut tadi.
Turut menyediakan perkhidmatan katering, tak perlu risau kerana pakej yang ditawarkan juga turut menyediakan makanan dan minuman. Apa yang perlu dibuat hanya menambah daripada cas asal sahaja. tapi kalau nak masak hasil tangkapan sendiri pun boleh juga.
Terdapat pakej-pakej menarik yang disediakan oleh Razna Houseboat seperti membawa para pelancong melawat ke tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir seperti Air Terjun Lasir, Taman Herba, Pulau Orkid, Taman Negara Terengganu dan Santuari Kelah.
Memang sesuai kalau suami kaki pancing datang bercuti ke sini bawa keluarga sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Kredit: FB Quinara & Razna Houseboat
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!