1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan.
Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Ads
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.
Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Ads
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan.
Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Ads
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal.
Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi!
Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hal kebersihan sekarang ini menjadi keutamaan ramai daripada kita setelah negara dilanda pandemik COVID-19. Ada hikmah juga, ini semua berlaku.
Jika dahulu masih ramai yang tidak peduli tentang tahap kebersihan, hari ini kesedaran isu tersebut menjadi perkara utama. Ada yang bimbang untuk berada di kawasan yang sesak, apa lagi menggunakan fasiliti yang turut diguna orang lain, seperti tandas awam. Jika anda terdesak dan terpaksa menggunakan tandas awam ketika waktu kecemasan, ini perkara penting perlu anda praktikkan. Jangan lupa untuk didik dan beritahu orang yang terdekat agar penularan pandemik tidak lagi berlaku dengan meluas.
1. Paling utama, cuba elakkan penggunaan tandas awam jika tidak terdesak. Jika mahu keluar rumah, sebaiknya kawal pengambilan air.
2. Cuba cari tandas awam yang berkeluasan besar dengan banyak stall (ruang membuang air) kerana ia mempunyai peredaran udara yang lebih baik.
3. Sekiranya ada orang lain baru keluar dari tandas tersebut, cuba tunggu sekurang-kurangnya 60 saat sebelum masuk.
4. Lupakan soal meletakkan alas atau pelapik di atas rim tandas duduk. Ia hanya akan membawa risiko lain seperti kontaminasi jika anda menyentuh pelapik itu. Jika tidak membebankan, anda boleh sediakan sendiri kertas pelapik tandas pakai buang yang banyak dijual dipasaran ketika ini.
5. Sekiranya tandas duduk itu mempunyai penutup, turunkan penutup sebelum flush kerana ia membantu mengelak penyebaran toilet plume.
6. Pilihan tandas jenis cangkung lebih baik daripada tandas jenis duduk jika di tandas awam.
7. Elakkan mengeringkan tangan menggunakan tuala yang dikongsi atau dipakai semula. Sebaiknya gunakan tisu atau mesin pengering.
8. Keluar dari tandas secepat mungkin. Jangan ambil masa untuk berbual (atau merokok!) di dalam tandas. Jangan lupa gunakan hand sanitizer selepas itu, terutama jika ada memegang tombol pintu tandas.
Tidak kira apa pun situasi, kunci kebersihan dan keselamatan tetap sama, iaitu memakai topeng mulut serta kerap membasuh tangan apabila berada di luar rumah. Tetapi jika terpaksa, amalkan langkah-langkah ini bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahun baru menjelma lagi. Selalunya awal tahun, semangat dan azam kita lain macam dan berkobar-kobar. Menyimpan duit tepi adalah perkara ideal khasnya untuk anda yang kaki travel. Hujung tahun pasti anda dapat hasil daripada amalan tersebut.
Perkongsian daripada Safura Planner boleh juga kita praktikkan untuk mendapatkan wang dalam tangan berjumlah RM3,300 pada hujung tahun nanti. Tip ini diharap memberi inspirasi kepada masyarakat khususnya mereka yang berazam untuk menyimpan wang supaya lebih berdisiplin agar apa yang diimpikan boleh terlaksana.
Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Cara-cara simpan duit secara sempoi
Tahun depan dah boleh start buat. WAJIB!
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Dah boleh plan nak bercuti kat mana kan.
Kadangkala kita sudah merancang awal untuk bercuti ke luar negara atau mana-mana destinasi yang memerlukan kita menaiki kapal terbang pada hujung tahun atau tahun hadapan.
Tup..tup mengandung pula. Alhamdulillah, rezeki daripada Tuhan! Tapi tiket kapal terbang sudah dibeli awal, segala tempahan hotel atau agensi pelancongan sudah selesai. Macam mana sekarang? Boleh ke ibu hamil naik kapal terbang?
Sebelum bercadang untuk menaiki kapal terbang, berbincanglah dengan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan, terutamanya apabila anda menghampiri tarikh due date. Prosedur ini amat penting bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam kesihatan yang baik setiap masa.
Banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.
AirAsia
Adalah tanggungjawab ibu hamil untuk memaklumkan usia kehamilan semasa memilih tempat duduk dan di kaunter check-in. Antara syarat-syarat lain yang ditetapkan ialah:
Penumpang yang hamil mencapai usia 27 minggu perlu menandatangani borang Limited Liability Statement ketika proses check-in.
Bagi penumpang dengan kandungan mencecah 28 ke 34 minggu, penumpang perlu menyediakan surat kesihatan yang disahkan oleh doktor. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan usia kehamilan. Surat yang dibawa tidak boleh melebihi 30 hari daripada tarikh perlepasan. Penumpang juga perlu menandatangani borang Limited Liability Statement.
Penumpang dengan usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.
Malaysia Airlines (MAS)
Penumpang hamil yang disenaraikan di bawah perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor atau Jabatan Servis Kesihatan Malaysia Airlines sebelum berlepas.
Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa.
Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 36 minggu bagi penerbangan dalam Negara.
FireFly
Firefly membenarkan penumpang hamil untuk mengikuti penerbangan antarabangsa dan domestik dengan syarat-syarat yang berikut:
Penumpang yang hamil 36 minggu kebawah perlu mengesahkan kehamilan dan menandatangani borang ‘Release and Indemnity’.
Penumpang yang hamil dengan usia kandungan 36 minggu tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Penumpang yang hamil dinasihatkan untuk memahami syarat diatas serta mengesahkan kehamilan secara tepat semasa check-in.
Malindo Air
Penumpang dengan usia kehamilan 28 minggu perlu menandatangani borang ‘Release and Indemnity’ sebelum berlepas.
Penumpang dengan usia kehamilan 28 ke 35 minggu perlu menyediakan surat doktor yang mengesahkan tahap kesihatan. Surat doktor tersebut juga perlu bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Penumpang juga perlu menandantangani borang ‘Release and Indemnity’.
Penumpang yang hamil 35 minggu keatas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.