Mahu atau tidak kuta harus biasakan diri dengan norma baharu untuk tahun-tahun mendatang. Segalanya tidak akan kembali normal dalam waktu terdekat. Buat masa sekarang mungkin kita tidak dapat 'terbang'. Namun LIBUR jangkakan penerbangan rentas negara akan mula kembali berfungsi semula mungkin sekitar penghujung tahun ini.
Akan gaya cara kita menaiki pesawat tidak lagi sama.
Sebagai langkah berjaga-jaga, ini ada beberapa tip untuk anda menjaga dan memastikan kebersihan diri ketika di dalam pernerbangan.
Setiap kali anda sentuh komponen yang ada di dalam pernerbangan anda, pastikan anda menggunakan hand sanitizer sebagai langkah untuk basmi kuman dan menjaga kebersihan diri agar tiada bakteria yang melekat pada tubuh badan.
Jika anda tiada hand sanitizer, tak menjadi malasah cuma sebaiknya basuh tangan di akhiri dengan hand sanitizer lebih bagus. Pastikan anda basuh tangan selama 20 minit untuk mengelakkan daripada kuman merebak.
Di saat sebegini lebih baik anda ambil vitamin C setiap minggu atau sebulan sebelum travel untuk pastikan imunisasi kita semakin kuat dan teguh untuk melawan bakteria asing yang cuba hinggap di badan.
Selalunya orang akan guna ‘poket’ ini untuk menyimpan sampah dan bahan terbuang. Jadi elakkan diri dari membuka atau menggunakan poket di hadapan sit tempat duduk anda.
Sebaiknya lap segala benda dengan anti-bakteria wipes seperti meja tray, tingkap screen tv dan apa sahaja yang anda tempat tertumpunya bakteria.
Walaupun perjalanan anda mengambil masa yang agak lama dan boleh anda merehatkan tetapi pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya agar imunisasi lebih kuat.
Kekurangan kelembapan di udara di dalam pesawat boleh mengakibatkan dehidrasi. Bekal air kosong atau mineral dan sentiasa minum air.
Jika orang di sebalah anda kurang sihat seperti batuk atau selesema, segara minta bantu dari pramugari untuk tukar tempat duduk anda yang lebih selamat.
Jika anda bosan kerana perjalanan anda lama, elakkan dari menyentuh muka kerana kuman senang merebak terutamanya bahagian mulut, hidung dan mata.
Paling penting, jangan lupa bawa topeng muka ke mana sahaja anda berada dan pakailah ia sepanjang perjalanan anda.