Perkara terbaik untuk mendapatkan percutian impian adalah dengan mengetahui jenis pengalaman yang anda dambakan. Sebelum anda mula menempah tiket, berbincanglah bersama teman atau beberapa ejen pelancongan untuk mengetahui destinasi-destinasi yang sesuai dengan bajet anda. Jika anda sudah mempunyai lokasi, ikuti tip ini untuk membantu anda bercuti dengan bajet yang ada.
1. Melancong ketika luar daripada musim
Anda boleh periksa tarikh-tarikh yang dijangka luar dari musim di pusat ejen pelancongan. Selalunya, tarikh-tarikh yang tidak ramai orang bercuti adalah paling murah.
2. Berkongsi
Apabila anda melancong bersama teman, pastikan anda tidak kisah untuk berkongsi bilik. Menempah satu bilik semestinya lebih murah berbanding menempah dua bilik berasingan. Di tempat penginapan nanti, anda boleh meminta ekstra bantal atau tilam.
3. Tempahan awal
Mulai sekarang, anda sudah boleh menempah tiket lebih awal untuk percutian pada masa akan datang. Anda boleh mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah jika anda menempah hari ini untuk bertarikh melancong pada tahun hadapan! Tetapi ada juga penerbangan yang menawarkan tiket murah ketika promosi dan seeloknya anda sentiasa periksa agenda promosi mereka setiap masa.
Untuk menempah penginapan yang bersih dan berpatutan, muat turun app OYO Rooms di sini.
Ads
4. Fleksibel
Jika anda mahu lebih murah, anda boleh menaiki kenderaan awam seperti bas atau keretapi untuk melancong asalkan anda mampu bertahan berjam-jam di atas jalan. Anda bukan saja banyak berjimat tetapi boleh melihat keindahan di setiap perhentian.
5. Tempahan berpakej
Percutian akan menjadi lebih murah apabila apabila anda menempah percutian berpakej. Misalnya, tempahan tiket penerbangan merangkumi penginapan, kenderaan dan makanan. Malah, anda tidak perlu risau untuk keluar wang kerana semuanya sudah dibayar awal ketika anda menempah tiket.
Ads
6. Penginapan berdapur
Selalunya, wang percutian lebih banyak dihabiskan untuk sesi makan-makan. Bukan semua destinasi mempunyai harga makanan yang murah lebih-lebih lagi jika mereka tahu anda seorang pelancong. Sebaiknya, tempah hotel atau apa saja penginapan yang ada menyediakan dapur. Memasak boleh menjimatkan wang makan anda.
7. Perbincangan dengan ejen pelancongan
Anda perlu rajin melayari Internet dan menghubungi ejen kerana mereka sentiasa membantu anda untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk pelancongnya.
Ads
8. Pilih pertukaran wang asing termurah
Jika anda melancong ke luar negara, elak menukar mata wang anda dalam saat terakhir. Tanya pendapat rakan di mana lokasi ejen tukar mata wang asing yang boleh memberi pertukaran yang baik dan menguntungkan sebelum anda berlepas.
9. Kereta jimat minyak
Bagi anda yang memilih untuk memandu kereta sendiri, pastikan anda menggunakan kenderaan yang jimat minyak. Kenderaan jenis kompak dan hibrid adalah pilihan terbaik saat melancong. Tip untuk lebih penjimatan adalah dengan mengurangkan kelajuan, mengurangkan tahap penghawa dingin dan tidak membawa banyak muatan.
10. Satu beg memadai
Elak membawa banyak barangan di mana kesudahannya anda tidak memerlukannya ketika melancong. Barang-barang untuk membersihkan diri biasanya ada disediakan oleh hotel. Elak membawa seluar atau baju yang tebal tetapi sebaiknya pakai siap jika anda melancong ke negara sejuk. Jika tidak, bawa baju nipis sudah mencukupi.
Melancong versi bajet murah ini sangat membantu dan mungkin boleh dikongsi bersama teman. Ayuh, buktikan pada teman bahawa anda tetap boleh melancong dengan wang poket anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lagi dua minggu ni dah nak cuti panjang sempena tahun baru cina. Siapa yang ambil cuti hari Isnin, dapat cuti lima hari bermula dari hari Sabtu sampai hari Rabu.
Tapi jangan excited sangat nak bercuti tau. Sebelum anda keluar rumah untuk bercuti panjang, pastikan anda buat lima perkara ini dulu.
?? Pastikan semua plug elektrik dah dicabut dari socket (kecuali peti ais)
?? Pastikan kepala gas dicabut dari tong gas
?? Periksa dan tutup semua kepala paip air (Tutup maincock)
?? Hantar haiwan peliharaan anda ke pet hotel atau tumpangkan di rumah jiran/kawan/keluarga
?? Pasang lampu di kawasan rumah yang gelap
Lima perkara ini tak wajib anda ikut tapi sebagai peringatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti masalah litar pintas, rumah banjir, haiwan mati atau kediaman anda dikotori najis atau dimasuki perompak. Paling takut, berlaku kebocoran gas dalam rumah, kan?
Jadi, malang tak berbau. Sebelum terkena, sediakan payung sebelum hujan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak lama lagi kita dah nak sambut puasa, dan selepas sebulan daripada tu, kita semua akan bercuti panjang untuk sambut perayaan aidilfitri. Mesti best kan dapat bercuti terutama lagi cuti raya. Dapat jumpa orang tua dan sanak saudara di kampung. Siapa yang tak excited apabila tibanya cuti raya.
Tapi jangan excited sangat nak bercuti tau. Sebelum anda keluar rumah untuk bercuti panjang, pastikan anda buat lima perkara ini dulu.
Cabut plug electrik
Pastikan semua plug elektrik dah dicabut dari socket (kecuali peti ais). Ini untuk mengelakkan berlakunya litar pintas semasa anda tiada di rumah. Satu lagi tip, letak syiling atas air batu dalam peti ais anda. Sekiranya anda balik daripada bercuti seminggu kemudian, syiling tu ada di bawah air batu, maknanya pernah berlaku ketiadaan elektrik di rumah anda dalam jangka masa lama. Maknanya ada barang-barang dalam peti ais anda tidak lagi selamat untuk di makan.
Cabut kepala tong gas
Pastikan kepala gas dicabut dari tong gas. Ini wajib. Cabut terus kepala tong gas, jangan ada dakwa-dakwi lagi. Lebih baik mencegah daripada merawat. Kita tak tahu sama ada akan berlaku kebocoran atau tidak. So pastikan anda cabut semut kepala tong gas yang ada dalam rumah anda.
Tutup paip air
Periksa dan tutup semua kepala paip air (Tutup maincock). Kalau tak tutup, alamatnya beratus la bil air sampai dekat rumah waktu hujung bulan nanti. Lebih-lebih lagi kalau ada kebocoran dalam paip rumah anda. Mana la nak tahu kan? So adalah lebih baik kalau anda tutup terus maincock paip rumah.
Pastikan haiwan peliharaan selamat
Hantar haiwan peliharaan anda ke pet hotel atau tumpangkan di rumah jiran/kawan/keluarga. Jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian di rumah. Siapa nak bagi makan, minum dan nak uruskan berak kencing mereka kan? So sebelum rumah anda huru hara apabila balik bercuti nanti, hantar dulu haiwan peliharaan anda kepada penjaga.
Pastikan kawasan rumah selamat
Pasang lampu di kawasan rumah yang gelap adalah antara cara untuk mengurangkan risiko rumah anda dimasuki perompak semasa ketiadaan anda di rumah. Bukan bermakna kalau buka lampu, perompak tak datang terus. Tak. Tapi sedikit sebanyak perompak tak berani nak masuk semberono ke dalam rumah yang terang benderang.
Lima perkara ini tak wajib anda ikut tapi sebagai peringatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti masalah litar pintas, rumah banjir, haiwan mati atau kediaman anda dikotori najis atau dimasuki perompak. Paling takut, berlaku kebocoran gas dalam rumah, kan?
Jadi, malang tak berbau. Sebelum terkena, sediakan payung sebelum hujan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Indonesia, antara syurga percutian dek kerana negara itu dikurniakan banyak lokasi menarik untuk bercuti. Dalam pada anda bergembira di sana, jangan terlupa pantang larang yang Libur nak kongsikan ini. Bukan apa, Libur cuma harapkan percutian anda berjalan lancar, itu sahaja.
Pantang larang pertama yang perlu anda tahu sewaktu bercuti ke Indonesia adalah:
Jangan minum arak atau main daun terup di khalayak ramai
Jangan sesuka hati nak togak arak di depan kedai Fatimah Ayam Golek atau bermain daun terup di kedai Ramli Pecal Lele apabila anda berada di sana. Kedua-dua perkara ini adalah satu perbuatan yang buruk di mata masyarakat di sana sebab minuman beralkohol memabukkan dan bermain daun terup ni dikaitkan dengan berjudi. Undang-undang Indonesia masih mempunyai pengaruh Islam yang kuat. Jadi berhati-hati. Macam mana dengan Bali? Bali tu masuk cerita lain, haha.
Jangan bergurau tentang bangsa, agama atau etnik
Semua tahu, warga Indonesia terdiri daripada pelbagai suku kaum, bangsa, agama, etnik, budaya, kepercayaan dan pegangan hidup. Jadi, sekiranya anda melancong ke sana, belajar untuk menghormati kepelbagaian mereka dan jangan sesekali menghina bangsa atau agama kerana ia boleh berakhir dengan pergaduhan. Isu berkaitan perkara-perkara sensitif tidak sepatutnya dipandang enteng oleh setiap pelancong yang datang.
Jangan terlalu bergantung harap pada kad kredit
Kalau anda seseorang yang tidak suka bawa wang tunai, you need to say, Houstan, we got a problem. Sebab di Indonesia, tak banyak kawasan yang mempunyai akses untukpembayaran tanpa tunai dan sekiranya anda melancong di kawasan kebudayaan dan sebagainya, anda perlu membayarnya dengan tunai.
Jangan seludup dadah
Dadah adalah perkara yang serius di Indonesia dan jika anda tertangkap di sana kerana memiliki atau mengedar dadah, ucapkanlah selamat tinggal Malaysia. Anda akan dihukum mati dan hukuman ini juga tergunapakai untuk pelancong antarabangsa.
Jangan menumpang orang sesuka hati. Kalau boleh elakkan
Anda harus berhati kalau ada orang menawarkan pertolongan ketika dalam perjalanan seperti ajak tumpang kereta dan sebagainya kerana mereka mungkin mengharapkan sesuatu sebagai balasan daripada anda. Meskipun hitchhike ni nampak cool dalam movies, tapi sebenarnya dialam realiti, ianya tak. Banyak kes di mana pelancong telah dibawa ke tempat yang lebih jauh daripada destinasi dan diugut supaya memberikan mereka wang. Sekiranya anda bakal ke Indonesia, Libur harap anda dapat mengelakkan daripada berbuat lima perkara diatas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!