10 Tempat Menarik Di Malaysia Untuk Healing, Suasananya Macam Di Luar Negara

Share

Masih mencari tempat menarik di Malaysia untuk bawa anak-anak pergi bercuti? Haa.. di sini ada beberapa tempat penginapan yang persekitarannya boleh membuatkan pengunjung berasa seperti di luar negara.

Jika pandai memilih lokasi yang tepat, pengalaman bercuti yang diperoleh pastinya seakan seperti berada di luar negara.

Ini antara hotel atau resort yang menarik di Malaysia, menjanjikan suasana seperti di luar negara.

1. Humble Hobbit Home, Sabah

Foto: HikersBay

Rasai pengalaman berada di perkampungan Hobbit hanya di Kundasang Sabah.Tidak perlu ke New Zealand untuk merasai pengalaman menginap di ‘The Shire’ yang diinspirasi dari filem The Lord of The Rings.

2. The Amanjena Resort, Melaka

Foto: amanjenaresort.com.my

Mungkin ramai yang belum tahu, Melaka juga punya tempat penginapan menarik dengan rekaan seni binanya yang unik sesuai buat anak muda ber’OOTD’ ketika bercuti.

3. Mountain Valley Resort Kundasang, Sabah

Foto: Have Halal Will Travel

Kalau nak persekitaran yang sejuk dan pemandangan indah terutama sekali pada waktu matahari naik dan terbenam, korang boleh pergi ke Mountain Valley Resort ini.

4. Eastern & Oriental Hotel, Pulau Pinang

Foto: Eastern & Oriental Berhad

Bagi individu yang gemar dengan seni bina yang unik inspirasi daripada bangunan bersejarah Inggeris, boleh kunjungi hotel yang berada di Pulau Pinang ini dengan harga serendah RM521.

5. Colmar Tropical Berjaya Hills, Pahang

Foto: colmartropicale.com.my

Tidak perlu diperkenalkan lagi, tempat tumpuan di Bukit Tinggi ini sering menjadi pilihan pelancong yang inginkan ketenangan dan suasana seperti di luar negara.

6. Sipadan Kapalai Dive Resort, Sabah

Foto: Smart Leisure & Travels

Sabah memang terkenal dengan pulau-pulaunya yang jernih dan cantik setanding luar negara. Maka, tidak hairanlah sekiranya pulau di Sabah ini digelar sebagai ‘Maldives Malaysia’.

7. Sixty Nine Avenue Residence, Johor

Foto: Airbnb

Homestay yang diinspirasi daripada rekaan Inggeris ini juga boleh dijadikan pilihan sekiranya korang berada di Batu Pahat, Johor.

8. Polumpung Melangkap View Camp Site, Sabah

Foto: YouTube

Ia adalah salah satu tempat menarik yang paling popular di Kudat kerana keindahan landskap dan kawasan sekitarnya. Tempat berkelah mesra keluarga yang terletak di sepanjang sungai dan pemandangan Gunung Kinabalu yang mengagumkan.

9. Alang’s Rawa Resort, Pulau Rawa Johor

Foto: LIBUR

Jangan tak tahu, Johor juga mempunyai tarikan pulau yang menarik di Pulau Rawa. Kejernihan air serta tempat penginapan yang unik sering menjadi pilihan pengunjung.

10. Mongolian Yurt Wind Padadise Lodge Kundasang, Sabah

Foto: TripAdvisor

Menawarkan penginapan yang luas di dalam khemah Mongolia, pada sebelah malamnya korang boleh menyaksikan keindahan langit malam yang sangat menakjubkan. Bawa tikar dan selimut, nikmatilah keindahan ini sepuasnya.

Ada yang menarik tak? Nanti anda boleh set dengankeluarga atau kawan-kawan untuk percutian hujung tahun ini.

 

Oleh
Nadia