Kalau sebut Kluang, Johor mesti korang teringat kopi yang pekat dan melekat tu kan? sebenarnya bukan sahaja kopi yang sedap ada kat Kluang, malah banyak lagi tarikan lain yang korang boleh singgah bila berkunjung ke sini.
10 tempat ini antara yang menarik boleh korang lawati bila datang ke Kluang, Johor.
UK Farm Agro Resort
Hanya 18km dari bandar Kluang, yang nak feeling macam bercuti ke luar negara seperti NZ, ini tempatnya. Merupakan ladang penternakan dan pertanian yang setanding dengan ladang berstatus antarabangsa, kawasan ini sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Ada mini zoo dan pelbagai tanaman segar yang boleh korang lihat di sini.
Kluang Mall
Kat Kluang pun ada mall yang tak kurang hebatnya. Terletak di tengah pusat bandar Kluang, mall ini turut mempunyai store jenama terkenal seperti H&M, Uniqlo dan banyak lagi. Nak tengok wayang atau bermain boling pun ada kat sini.
Galeri Terompah Mastor
Galeri yang terdiri dari pelbagai bentuk dan warna terompah. Dengan tujuh bentuk reka bentuk terompah, masing-masing menggunakan cat terang dan berwarna-warni untuk membangkitkan perasaan gembira pemakainya. Lebih dari seribu terompah dibuat setiap bulan untuk memenuhi keperluan pelanggan di dalam dan luar negara. Galeri Terompah Mastor amat digemari peminat terompah dan mereka yang suka untuk memiliki barangan bercirikan Jawa Klasik.
Ads
Gunung Lambak
Merupakan salah satu lokasi pendakian yang terkenal di Kluang, kalau dapat sampai ke puncak, korang mesti teruja sebab korang boleh tengok seluruh bandar Kluang dari puncak tersebut.
Gunung belumut
Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak 32 km dari Bandar Kluang iaitu melalui jalanraya Kluang – Mersing, 137 km dari Bandar Johor Bahru. Korang yang nak sampai ke puncak perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau berjalan melalui denai. Kat kaki gunung ini terdapat aliran air terjun yang sederhana tinggi dan airnya memang sejuk dan nyaman.
Kluang Rail Coffee
Ads
Kalau datang Kluang tak singgah sini memang tak lengkap. Kopitiam yang terkenal dengan bancuhan istimewa kopinya membuatkan korang teringat-ingat. Selain kopi ada juga makanan lain yang turut dijual kat sini. suasana juga sangat menarik untuk diabadikan bersama yang tersayang.
ZenXin Organic Park
Buat penggemar sayuran organik, tempat ini untuk korang. Merupakan ladang organik pertama di Malaysia, ladang ini turut menawarkan lawatan taman dan perkhidmatan pemandu pelancong untuk pengunjung.
Kluang Street Art
Ads
Terletak di Lorong belakang Jalan Teo Siew Khor, terdapat lebih kurang 24 mural yang dilukis pada sekitar 100 meter dinding bangunan. Ini juga salah satu tempat yang korang kena singgah kalau datang ke Kluang.
Laman Kreatif Kluang
Terletak tak jauh dari Kluang Rail Coffee, tempat ini terkenal dengan hasil kreatif lukisan mural untuk tatapan umum. Dah sampai sini jangan lupa untuk OOTD tau!
Kredit: Daily Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dahulu, Gunung Jerai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah.
Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri jelapang padi. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dari kaki gunung ke puncak. Anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak destinasi ini boleh dilalui menggunakan kenderaan.
Gunung Jerai memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah. Ada juga pengujung yang menggelar lokasi ini sebagai ‘Switzerland Kedah’.
Ini perkongsian foto dan trip ke puncak Gunung Jerai oleh sumber FB Mohd Anas Anas
Sedikit review percutian singkat ke puncak Gunung Jerai, Daerah Yan yang merupakan daerah paling bahagia berdasarkan pengalaman kali pertama chegu ke sini sebab ramai yang bertanyakan..
Kalau dari Highway kita boleh gunakan susur keluar Gurun terus je kaki Gunung Jerai. Sebelum sampai ke tapak kaki Gunung Jerai banyak gerai-gerai yang menjual air nira nipah dan jagung rebus tepian jalan sebelum sampai tapak kaki Gunung (nota utk pelancong luar kedah)
Sebelum naik ke atas pastikan kenderaan peribadi anda diselenggara dan dalam keadaan baik, paling utama brek berfungsi dengan baik.
Sesiapa yang berhajat nak bermalam pastikan membuat tempahan di agoda atau booking.com terlebih dahulu. Rate semalam berubah-ubah. Tarikh 7june Rm250** untuk 2 katil single (sentiasa berubah-ubah harga bilik)..view yang sangat cantik berlatar belakangkan sawah padi dan pantai murni. Anda juga boleh terus call direct dengan pejabat pengurusan The Jerai Hill Resort untuk tempahan, sekali sarapan pagi untuk 2 orang.
Kembali semula bab perjalanan. perjalanan ke puncak dari bawah sepanjang 10km dan memakan masa hampir setengah jam perjalanan dari bawah ke atas puncak.
Keadaan jalan yang baik tetapi agak ‘menyeramkan’ sebab berliku-liku sebelum sampai ke puncak. Mulanya agak cuak memandu untuk sampai ke atas sana, tapi berbekalkan tawakal terus sampai ke atas.
Bab makan jangan risau kerana dipuncak atas ada cafe yang jual kek-kek manisan..coffe tea dan sebagainya. Makan kek smabil menyaksikan pemandangan indah sekitar gunung Jerai pun boleh juga makan di restoran kat atas tetapi harga agak mahal.
Saat pertama kali sampai di puncak terus kerinduan terhadap bumi Switzerland terubat. Hilang sat memori Swiss sebab kat atas ini teramat cantik. Penuh bunga hyndregea memang cantik sangat-sangat. Boleh la gunung Jerai ini diberi jolokan Swiss Kedah habaq hang.
Berdoalah agar cuaca yang elok dan tidak berkabus untuk menyaksikan bumi Yan berhamparkan sawah padi dan laut yg sangat indah tak terkata terutama pada waktu menjelang senja. Kalau berkabus agak sedikit malang untuk menyaksikan keadaan sekitar daerah Yan.
Suhu di atas puncak lebih kurang 19 darjah celsius, suhu ala-ala Zermaat Swiss ya hahahah. Tapi Zermatt sejuk lagi la.
Ada banyak lagi tempat menarik seperti muzium perhutanan negeri Kedah. Telaga Tok Sheikh, sejarah batu kapal dan ada ladang Strawberry ya di atas sana.
Kalau bertandang musim durian dapat la merasa durian segaq dari dusun di Gunung Jerai. Sempat juga merasa kali ni.
Ada yang berjalan kaki naik ke puncak, ada yang mengayuh basikal. kedeqat depa cukup kuat. Naik kereta pun rasa letih dah oii.
Tetapi percaya la, keadaan di puncak Gunung Jerai sangat menarik dan cantik nak mampuih oii, sumpah tak boleh lupa lagi. Keadaan yang tenang dan segar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain. Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup.
Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.
Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).
Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.
Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.
Kawasan ladang ternakan kelulut bukan sekadar lokasi menyedut madu dari sarannya sahaja. Hari ini ramai pengusaha ladang madu kelulut turut menjadikan perusahaan mereka itu sebagai produk pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong tempatan dan asing. Pengunjung dibenarkan datang untuk melihat sendiri sarang kelulut dan menyedut madunya selain membeli produk madu dengan tawaran harga lebih murah daripada di pasaran.
Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya terletak di Alor Setar, Kedah, Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya ada tarikan tersendiri untuk menarik pengujung. Dengan pemandangan sawah padi dan Gunung Keriang dari jauh, terdapat pelbagai keistimewaan tersedia terutamanya landskap unik buat 'si kaki gila bergambar'.Sambil membeli madu, pengujung juga boleh berehat di ruang luar disediakan sambil mengambil angin. Ladang ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 9 pagi hingga 7.30 malam.
image via google | FB Madu Kelulut Ori Dukun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jambatan Kawarau Gorge destinasi bersejarah di Queenstown, New Zealand dan menjadi tarikan pelancong untuk aktiviti bungee jumping.
Bagi anda yang hobinya kembara dan menikmati keindahan alam, tidak akan rugi datang ke New Zealand lagi-lagi jika anda penggemar aktiviti lasak seperti ini. Kebanyakkan yang merancang ke New Zealand pasti sudah masukkan aktiviti bungee jumping ini sebagai ‘impian’ yang perlu dilakukan bagi melengkapi percutian di sini.
Jambatan Kawarau Gorge ini juga menjadi sebahagian daripada laluan Queenstown yang membolehkan pejalan kaki dan basikal untuk melintasi sungai ini.
Terletak 43 meter (141 kaki) dari atas Sungai Kawarau merupakan ‘tempat popular di dunia’- bungee jumping yang tertua di New Zealand yang sudah beroperasi sejak tahun 1988 lagi. Perintis bagi aktiviti ini ketika itu adalah AJ Hackett dan Henry Van Asch yang menjadi individu pertama terjun lelabah dari Jambatan Kawarau Gorge pada tahun 1988.
Pengunjung yang tidak berhasrat untuk melakukan aktiviti gila ini, anda boleh menjadi penonton sahaja di dek pemerhati atau menaiki bot menyusuri sungai.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...