Tempat bercuti

Sesekali kena juga cari tempat bercuti bersama keluarga, buat hilang penat mencari rezeki. Nak-nak anda yang sudah bekeluarga, waktu ini lah pun dapat rapatkan hubungan dengan cara melihat tempat orang.

Namun sebelum bergerak ke sesuatu tempat, anda kena cari info menarik yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dibuat di sana nanti. Macam nak camping ke, main sungai atau sekadar melihat pemandangan.

Okay, jom ‘jelajah’ mata menerusi gambar dan info kali ini, mungkin ada salah satu yang sesuai untuk anda bawa keluarga tersayang.

1. Beli belah di Genting Highlands Premium Outlets

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

Genting Highlands  Premium Outlet , Pusat Premium Premium di puncak bukit pertama membawa kemewahan  membeli belah ke tahap yang lebih tinggi dengan jualan pertama sejak dibuka.

2. Berkayak buluh bersama teman di Tadom Hill

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

Perjalanan sekitar 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari KLIA, Tadom Hill Resort kini semakin viral dan popular apabila semakin ramai yang terpegun dengan kecantikan Tadom Bamboo Camp yang baru beroperasi sejak akhir Disember 2015. Hampir keseluruhan struktur resort ini dibina dengan buluh dan ia menjadi identiti unik tempat ini. Lokasi ini juga popular sebagai salah satu tarikan ‘glamping’ iaitu trend ‘perkhemahan mewah’ atau glamorous camping.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

 

 

Jika tidak berkesempatan untuk menginap di sini, anda boleh membeli day pass dan mandi-manda di Tadom Groove, sebuah tasik yang bersih, indah dan selamat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh. Terdapat juga papan buluh setinggi 5 meter ke air, beserta tali ‘tarzan’ yang membolehkan anda bergayut. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma.

  • Alamat: Tadom Hill Resorts, 42700 Banting
  • Harga Tiket: RM18 (untuk aktiviti mandi tanpa penginapan), Sewaan khemah dan chalet bermula sekitar RM40 – RM260 /malam (bergantung pada jenis penginapan)
  • Waktu Operasi: 8:00 – 18:30 setiap hari

3. OOTD di Fig Tree Hill, Pulau Pinang

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit pemanduan dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

  • Alamat : Jln. Kenari, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
  • Laman Web: figtreehill-resort.com

4. Jungle tracking Casabrina Villa, Pahang

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

 

 

Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu. Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel 6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta alam yang mengutamakan keselesaan.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

 

 

Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.

  • Alamat : Jalan Tras, Mukim Tras 27600 Raub, Pahang.
  • Laman Web: casabrina.net

5. Backpacker di The Container Hotel, Kuala Lumpur

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

Ads

 

Di Container Hotel Kuala Lumpur anda dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah suai menjadi bilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

  • Alamat : Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Laman Web: containerhotel.my

6. Scuba Diving Seaventures Dive Resort, Sabah

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5 star Dive Resort.

  • Alamat : Booking Office, G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu, Sabah 88000
  • Laman Web : seaventuresdive.com

7. Scadanavian di Canopy Tribes, Johor

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

 

 

Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, di sini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baru.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti, berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV. Tempat-tempat menarik yang berdekatan termasuk Crocodile farm, Ostrich Farm dan Bird Park yang menjadi rumah kepada 270 spesis burung tempatan exotik.

  • Alamat : 7815, Jln Lombong, Batu 8, Kota Tinggi, 81900 Johor.
  • Instagram : Canopy Tribes

8. Treasure Hunt di Caravan Serai, Pahang

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

 

 

 

Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai , dan dikelilingi bukit-bukit hijau. Anda boleh pilih untuk bermalam dibawah bintang di dalam kemah Delux Safari atau merehatkan diri di dalam bilik Caravan Suite.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

 

 

 

 

 

 

Antara aktiviti yang disediakan adalah treasure hunt, team building, karaoke, volleyball dan berenang di Riverpool.

  • Alamat :  Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
  • Instagram: Caravan Serai

9. Rombongan Kak limah dalam Bustel Klebang, Melaka

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

 

Biasanya kita risau tertidur dalam bas takut terlepas tempat yang patutnya kita berhenti. Tetapi kali ini anda boleh tidur dengan lena di dalam Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

Diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.

  • Alamat : Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia
  • Instagram : Bustel Klebang

10. Cowboy Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy. Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.

10 Tempat Bercuti Menarik Patut Pergi, Sesekali Kena Healing Buat Hilang Penat

Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga. Tempat ini juga menampilkan berbagai aktiviti yang menarik seperti paintball, flying fox, rapelling, go kart dan memanah.

Antara destinasi pelancongan yang berdekatan adalah Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang.

  • Alamat : Eagle Ranch Resort, 544, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson
  • Laman Web: eagleranch.com.my

Nampak tak, banyak tempat menarik sebenarnya. Jadi nanti anda boleh lah rancang percutian awal-awal dengan keluarga tersayang.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI