Selalunya jika kita bercuti ke Melaka, tempat wajib singgar semestinya Bandar Hilir. Terasa tindak lengkap percutian jika tidak menjejakkan kaki terlebih dahulu di sekitar lokasi bersejarah tersebut.
Namun, akan datang, Ayer Keroh dikenal pasti sebagai destinasi wajib persinggahan pengunjung ke Melaka menerusi Kajian Rancangan Kawasan Khas Pelancongan yang dilaksanakan bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Ramai pelancong lebih gemar untuk datang ke Ayer Keroh bagi menikmati hidangan asam pedas yang sinonim dengan Melaka yang banyak ditawarkan di restoran dalam kawasan berkenaan selain memilih untuk bermalam di kawasan itu untuk mengelakkan kesesakan di bandar utama.
Ads
Ads
Pelbagai usaha dirangka bagi memastikan kawasan tersebut terus menjadi tumpuan di samping mengekalkan kebersihan dan keindahan. Antara usaha yang diambil bagi mencapai sasaran berkenan ialah meningkatkan kerja-kerja pengindahan landskap di samping pelaksanaan projek pencahayaan di kawasan sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh serta memastikan kemudahan di situ diselenggara dengan baik.
Pihak berkuasa tempatan perlu mempelbagaikan aktiviti termasuk pada sebelah malam, selain memastikan penginapan, tempat makan bagi kemudahan pelancong mencukupi serta memastikan keadaan di kawasan ini kekal bersih dan indah.
Ads
Menerusi Kajian Rancangan Kawasan Khas Pelancongan itu, satu Jawatankuasa Koridor Ayer Keroh turut diwujudkan dengan mengadakan perbincangan dengan semua operator pelancongan untuk mengenal pasti permasalahan dan menambah baik mutu perkhidmatan. Antara usaha lain dilakukan ialah menggiatkan promosi pelancongan ke Zoo Melaka yang merupakan tumpuan utama pengunjung ke Ayer Keroh dengan memperkenalkan Dinosour World dan International Bird Show dengan kerjasama daripada syarikat swasta pada awal tahun hadapan.
Image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap kali kita check in ke hotel, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah nak baring sepuas-puasnya di atas katil. Tanggapan kita mestilah bilik hotel berkenaan bersih, tersusun dan cantik kan?
Tapi jangan tak tahu, ada sesetengah hotel yang tidak mengamalkan S.O.P yang betul tentang pengemasa bilik mereka. Perkongsian daripada Maya Ariffin di Facebook mendedahkan ada segelintir housekeeper yang culas berkenaan kebersihan di bilik hotel.
Maya yang sebelum ini pernah berkerja di dalam industri perhotelan menasihatkan supaya semua alas tilam yang disediakan diletakkan ke bawah lantai sebelum checkout daripada mana-mana hotel.
Semua alas yang dimaksudkan adalah cadar tilam, sarung bantal, selimut atau sarung selimut dikumpulkan di atas lantai bilik air. Biarkan dalam keadaan basah adalah lebih baik bagi mengurangkan risiko kain yang kering itu digunakan untuk mengelap cawan minuman.
Tapi Kenapa?
Maya menjelaskan mengapa tindakan sedemikian wajar diambil adalah kerana S.O.P apabila seseorang tetamu hotel telah checkout, kesemua alas yang digunakan harus ditukar tetapi ada segelintir housekeeper membiarkan sahaja alas yang kelihatan bersih tanpa ditukar baru.
Memang kelihatan bersih tetapi sebenarnya alas tersebut itu adalah alas yang telah digunakan oleh tetamu sebelumnya.
Meskipun tidak menuduh mana-mana syarikat atau individu, tetapi Maya menasihatkan adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah penjagaan dilakukan bermula daripada kita, ‘Konsep dia simple je, kau buat untuk orang lain, satu hari orang lain pula return the favor tanpa kita sedar’, ujar Maya dalam posting Facebook beliau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda tahu tak Taman Eko Rimba Kledang Saiong? Kalau tanya pada diorang yang tinggal dekat Ipoh, mungkin tahu lah kan Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni dekat mana, sebab taman eko rimba dekat je dengan ibu negeri Perak tu.
Ada orang pernah tanya pada Libur, apa lagi tempat-tempat yang best nak jalan-jalan dekat Ipoh. Yela, Ipoh memang dah banyak produk-produk pelancongan yang menarik tapi diorang nak cari satu tempat yang boleh lepak dalam sehari dua, mandi sungai, bbq, main gitar sambil nyanyi-nyanyi. Ala, tempat yang boleh buat short-vacay, dapat dalam semalam pun jadi!
Jawapan Libur, ada! Memang ada satu tempat yang menarik kalau korang nak buat aktiviti-aktiviti macam tu di Ipoh dan tempatnya – Taman Eko Rimba Kledang Saiong lah! Menarik tempat ni dan kita perlu mempopularkan tempat-tempat ni untuk manfaat kesejahteraan kawan-kawan travel kita mencari lokasi short-escape.
Okay, meh Libur sharekan dekat korang sikit benda-benda menarik yang ada dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni. Tempat ni, terletak di Daerah Kinta dan berkeluasan lebih kurang dalam 2,188 hektar. Tak jauh pun dari bandar Ipoh, lebih kurang dalam 5 kilometer je nak pergi. Sebab tu, Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni popular untuk yang tinggal sekitar Ipoh.
Jarak perjalanan 5 kilometer, berapa minit sangat la nak drive kereta tu. Kalau korang jenis yang bawa kereta-kereta mahal, jangan risau kereta korang rosak. Nama je Taman Eko Rimba Kledang Saiong tapi jalan raya yang menghubungkan tempat ni dengan jalan besar cukup selesa – Myvi pun lepas.
Boleh la bawa family atau kawan-kawan korang yang nak cuti sekejap-sekejap dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni tapi ada sikit la bayaran yang dikenakan. Dulu percuma, sekarang je kena bayar dalam RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Pelancong asing RM5. Okay la, tak adalah mahal sangat nak masukkan?
Bayaran RM2 paling mahal tu pun, kalau korang nak tahu, kemudahan asas yang disediakan untuk pengunjung pun berbaloi tau. Cerita betul ni, bukan cerita berbayar – jangan sangka Libur buat promotion pulak dekat tempat ni. Tapi memang okay pun fasilitis yang diorang siapkan dekat sini, haha. Antaranya tempat letak kereta, tandas, tempat persalinan, tempat BBQ, kafeteria, laluan pejalan kaki, trek berbasikal, tapak berkhemah, pondok wakaf, surau serta papan tanda informasi.
Tarikan yang ramai kata berbaloi untuk datang adalah Taman Nepenthes atau Taman Periuk Kera. ada lebih kurang 77 spesis periuk kera yang ada dekat taman ni. Banyaknya? Kenapa banyak sangat? Sebabnya, Taman Nepenthes ini adalah tempat pemuliharaan dan pemeliharaan spesis-spesis periuk kera yang ada di negara kita. Kalau tak ada tempat ni, habis la cucu cicit kita tak dapat tengok periuk kera dah. Dapat tengok dekat YouTube je nanti.
Kalau korang nak masuk ke Taman Nepenthes ni, ada cukai pintu korang kena bayar. RM5 pukul rata untuk semua orang dan RM2 untuk pelajar atau budak-budak sekolah. Okay what? Diorang jaga cantik kot tempat ni. Bagi muka sikit la untuk diorang jana ekonomi diorang sikit. Hehehe. Tapi kalau korang tanya Libur, Libur masuk taman ni bila ada mak ikut sekali je. Kalau tak ada, hehehe kitorg lepak luar jela.
Okay, kita masuk balik cerita Taman Eko Rimba Kledang Saiong tadi. Aktiviti – kalau korang nak lepak bermalam dekat sini, Libur cadangkan korang camping sebab ada tapak khemah disediakan untuk berkhemah. Ada satu kawasan lapang yang boleh muat lebih kurang 100 orang nak camping. Kalau korang pergi dalam tiga, empat orang satu khemah, best sangat la.
Korang pernah camping dalam hutan tak? Kalau tak pernah, pengalaman tu korang kena cuba sebelum terlewat usia dah nak try. Perasaan camping dalam hutan ni memang syiok. Bunyi unggas, bunyi pokok, sejuk, selesa. Semua ada! Lagi-lagi pagi lepas subuh tu korang jangan tidur. Bunyi burung memang best kalau korang dengar, sambil-sambil langit membiru matahari nak sampai. Syahduu beb..
Cumanya korang kena tahu satu benda penting ni, kalau korang nak camping dekat sini, korang kena minta kebenaran daripada Jabatan Hutan Daerah Kinta/Manjung dulu. Ini no telefon diorang, 05-3661 228. Korang kena minta izin dulu, kalau tak tiba-tiba Ranjer hutan tengok ada orang camping tak tentu pasal, kena tembak dengan senapang gajah. Hehehe tak ada lah, gurau je. Tapi memang prosedur nak camping kat sini, korang kena roger Jabatan Hutan Daerah Kinta/Manjung dulu.
Selain khemah, apa lagi yang korang boleh buat adalah trekking dekat bukit dalam kawasan Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni dan berbasikal. Berbasikal ni kalau korang ride dengan anak-anak – the best bonding time ever within your family! Tak tipu. Mesti korang akan jadi the best parent untuk anak-anak korang.
Ada juga sungai dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni. Boleh la nak mandi sungai dekat sini sambil-sambil berkelah, sambil bbq. Sebut pasal bbq, Libur ada sebut tak dekat sini ada tempat bbq? Dekat sini ada tempat bbq tau! Korang bawa je peralatan apa yang ada, datang sini buat bakar-bakar. Pun layan tau untuk release tension.
Satu pantang larang yang korang kena tahu bila datang dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni, korang tak boleh nak petik, bawa balik sebarangan pokok yang ada dekat sini. Bukan ada hantu ikut balik ke apa, tapi memang undang-undang tak membenarkan korang berbuat macam tu. Come on, jagalah alam sekitar sikit. Untuk keselesaan orang lain juga nanti kan? Hehe. Lagi satu yang korang tak boleh buat adalah memancing. It’s a big no-no bila datang ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni sebab diorang nak jaga populasi hidupan air dekat sini.
Info best untuk bakal mempelai yang nak melangsungkan perkahwinan, tak nak try ke buat majlis korang dekat sini? Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni boleh diadakan majlis perkahwinan. Class kau jah kalau kahwin dekat sini, kahwin dalam hutan, gitteww.. Makcik jiran sebelah rumah nanti pun mesti soksek-soksek cerita pasal kau kawin dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong. Hahaha!
Okey lah. Cukup setakat tu je Libur bercerita ni. Nanti kalau ada cerita lain dan tempat-tempat lain, Libur kongsikan lagi dekat korang semua. Kalau ada yang nak ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni roger-roger la ya! Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Indonesia antara negara jiran yang sering menjadi tumpuan pengembara dari Malaysia. Tempat-tempat yang menarik dan juga makanan yang enak menjadi kerinduan para wisata yang ingin ke bercuti ke serata negara yang terkenal dengan julukan Zamrud Khatulistiwa ini.
Namun setelah pandemik, pintu sempadan ditutup bagi mengurangkan penularan virus Covid-19. Baru-baru ini selaras dengan situasi semasa di seluruh dunia, kerajaan Indonesia juga sudah membuat kelonggaran dan telah mengumumkan pembukaan semula FREE VISA khas bagi negara ASEAN.
KEMASKINI SOP KEMASUKAN PELACONG ASING KE INDONESIA PER 8 APRIL 2022
Kerajaan Indonesia telah memaklumkan pembukaan semula FREE VISA khas bagi warga ASEAN je. Korang boleh terus gerak gi Indonesia macam sebelum pandemik, senang kan?
Selain itu, kerajaan juga telah menambah fasiliti Visa on Arrival (VoA) dari 23 negara menjadi 43 negara non ASEAN.
VoA dan free visa ini boleh didapat dari mana-mana lapangan terbang antarabangsa yang telah dibuka untuk international flights, so tak semestinya masuk via Bali. Korang boleh je masuk via Jakarta atau Surabaya jugak.
Dalam masa dekat, kerajaan mencadangkan pembukaan semula airport Kuala Namu (Medan), Yogyakarta dan beberapa bandar lain untuk international flights, kena sabar sikit lagi je.
So, apa yg korang perlu siapkan kalau nak melancong ke Indonesia? Harini saya nak bagitau SOP kemasukan pelancong asing per 8 April 2022
Sebelum berlepas korang kena buat/beli:
Flight ticket
Hotel booking – sila pastikan korang tempah hotel dengan CHSE Certificate; ia nya adalah certificate kebersihan dan pematuhan SOP Covid dari Kementerian Pelancongan Indonesia.
Insurance – covering Covid dengan minimum coverage USD 25,000
Certificate of vaccination – fully vaccinated (2 dos) minimal 14 hari sebelum hari perlepasan
RT-PCR test – ambik sample max 2 x 24 jam sebelum schedule flight berlepas
Thermal check. Kalau suhu badan > 37.5 C atau ada simptom, staff airport mungkin minta korang buat PCR test. Kalau everything normal, boleh teruskan proses imigrasi & baggage claim.
Voila! Boleh terus gerak ke hotel dan mulakan percutian di Indonesia
SOP DOMESTIC FLIGHT INDONESIA
Kalau nak travel ke bandar/pulau lain macamana pulak? Kena buat test antigen atau PCR lagi?
Setakat harini (8 April 2022), kerajaan mansuh kewajiban ujian saringan Covid bagi sesiapa yang dah ambik vaksin 3 dos. So, korang tak diwajibkan buat apa-apa saringan.
Buat yang tak ambik booster macam mana? Boleh je terbang domestik kat Indonesia, tapi kena buat ujian RTK max 24 jam sebelum jadual berlepas. Banyak klinik dekat Bali ataupun bandar lain yang buat RTK & PCR test.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!