Sabah yang terkenal dengan julukan Negeri Di Bawah Bayu bukan sahaja terkenal kerana mempunyai Gunung antara yang tertinggi di Asia Tenggara, malah pulau-pulau yang ada di negeri ini terutamanya yang terletak di Semporna Sabah juga sangat cantik dan indah untuk dijadikan destinasi percutian.
Bagi yang sukakan aktiviti air dan juga dekat dengan alam seperti snorkeling, selam skuba, mendaki dan sebagainya, pulau-pulau ini adalah lokasi yang perlu korang explore.
Ini 10 pulau ada di Semporna Sabah yang cantik dan mengagumkan untuk korang teroka!
Antara pulau yang indah di Semporna.
Rumah atas air yang dilihat dalam gambar merupakan rumah suku kaum bajau laut atau lebih dikenali sebagai Palau.
Merupakan salah satu daripada 8 pulau di Taman Marin Tun Sakaran.
Pulau Bohey Dulang mempunyai puncak yang tertinggi di Taman Marin Tun Sakaran
Jika mendaki bukit pulau ini, korang akan dapat menikmati pemandangan yang sangat indah keseluruhan pulau yang membiru, sejauh mata memandang.
Merupakan pulau terkecil di Taman Marin Tun Sakaran.
Lokasi snorkeling terbaik! Air laut yang jernih membolehkan korang melihat dasar laut dengan jelas!
Terkenal dengan coral dasar laut yang cantik dan mengagumkan!
Terkenal dengan terumbu karang yang cantik.
Lokasi snorkeling yang terbaik!
Pulau Timba-Timba terkenal dengan keindahannya.
Air laut yang bersih dan jernih bagaikan cermin sampai korang boleh melihat terumbu karang di dasarnya!
Aktiviti utama di pulau peranginan ini ialah snorkeling, scuba diving dan freediving!
Pulau Mataking adalah pulau persendirian milik penuh Reef Dive Resort yang dengan penginapan chalet kelas tinggi.
Mereka juga menawarkan pakej menyelam di sekitar pulau ini dan pulau berdekatan
Merupakan pulau besar yang indah di Semporna.
Sememangnya salah satu tempat yang sangat sesuai untuk percutian yang menarik!
Jauh daripada kesibukan kota!
Ada yang mengatakan Pulau Mabul adalah salah satu destinasi fotografi-makro terbaik di dunia!
Menyelam scuba adalah aktiviti utama di sini.
Korang berpeluang menjumpai kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, ‘pipefish’ dan belut ular semasa menyelam
Aktiviti lain?
Snorkeling, kayak laut, bola tampar pantai serta berehat di kolam renang!
Pulau Kapalai merupakan salah satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Hidupan laut yang unik dan pelbagai di terumbu karang di dasar laut menjadikan pulau ini sentiasa menjadi destinasi popular di kalangan para ‘penyelam’.
Merupakan destinasi menyelam skuba antara yang terbaik di dunia!
Bersandarkan keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia, Pulau ini antara senarai 77 bentuk muka bumi yang ajaib di dunia!
Luangkan masa anda mengunjungi dan merasai sendiri keajaiban Pulau Sipadan, Semporna!
Sumber: Xplore Sabah