10 Perkara Yang Boleh Anda Buat Bagi Mudahkan Urusan Travel Dengan Anak-Anak Kecil

Share

Ramai ibubapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata pasti pening berfikir apa yang perlu dilakukan kalau ingin keluar travel bersama-sama cahaya mata baharu mereka.

Mereka mesti tidak sabar untuk keluar bercuti bersama yang tersayang dan anak. Asal dapat cuti, peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan.

Tapi, keluar bercuti bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada meraka yang mempunyai anak-anak kecil. Dugaannya dan cabaran, hanya tuhan sahaja yang tahu.

Merancang percutian bersama anak yang masih kecil mesti teratur supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan bahagia. Ibubapa pun tidak stress.

Di sini kita kongsikan sedikit tips

and tricks daripada Iera Zafirah Abd Rahim untuk mereka yang ingin membawa anak kecil keluar bercuti.

1. Sediakan keperluan anak secukupnya. Sediakan kelengkapan mereka dahulu sebelum kelengkapan diri sendiri seperti susu, botol susu, minyak angin, krim ruam, lampin dan pakaian.

2. Bawa pakaian extra sepasang dua. Lampin anak kecil kadangkala bocor selain daripada mereka suka main dengan makanan dan comotkan baju.

3. Asingkan sedikit barang-barang asas ini tadi sebagai hand carry atau baby bag. Bawa baby bag ini kemana sahaja kita pergi bersama anak kecil.

Stroller yang Iera gunakan ini kecil dan tahan lasak. Mudah digunakan sewaktu travel trip.

4. Bawa stroller. Stroller ini penting sewaktu keluar travel bersama anak kecil. Cuba dapatkan stroller yang compact, mesra travel, ringan dan tahan lasak. Benda ini akan memberi kemudahan kepada kita dan keselesaan untuk anak. Tak perlu kita dukung anak sepanjang masa.

5. Anak kecil akan mudah bosan. Untuk elakkan perkara ini berlaku, selitkan tempat atau aktiviti yang menarik untuk anak-anak bermain dalam itinerary

percutian kita.

6. Untuk perjalanan jauh menaiki kapal terbang, request bassinet (akan dikenakan surcaj) untuk anak kecil. Bassinet ini memudahkan anak kecil tidur dalam flight sebab kerusi kapal terbang tidak sesuai untuk saiz badan mereka. Request awal dengan syarikat penerbangan sebab tidak semua kerusi dalam kapal terbang ada menyediakan kemudahan bassinet.

Lenanya Adriena tidur dalam bassinet. Mudah ada bassinet ini untuk anak kecil.

7. Trick berguna sebelum penerbangan – biar anak kecil kita kenyang, penat bermain dan kurang tidur. Sebaik sahaja berlepas, anak kecil kita akan tidur lena berjam-jam sepanjang penerbangan.

8. Bawa kudapan kegemaran anak dalam flight. Anak kecil mudah meragam apabila perut mereka lapar.

9. Bawa sedikit alat hiburan kepada mereka. Bagi ibubapa yang tidak amalkan penggunaan gadget kepada anak, ketika dalam penerbangan, gadget

mungkin boleh diberikan pengecualian.

10. Jangan tinggalkan first aid untuk anak. Anak kecil kebiasaannya mudah demam apabila pergi ke negara yang berlainan musim daripada Malaysia. Bawa ubat demam, batuk dan selsema untuk anak.

Apa-apa pun, bila bawa anak kecil ini, kita sebagai ibubapa kena sentiasa alert dengan masa rehat anak, makanan, pakaian dan lampin yang selesa. In Shaa Allah, anak akan okay dan happy, even though terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Meragam sikit-sikit tu perkara biasa, anak kecilkan? Inilah namanya cabaran travel dengan anak kecil ni. Selamat bercuti!

Oleh
Epul