10 Peraturan Ketat Pelancong Perlu Patuh Kalau Teringin Melancong Ke Korea Utara

Share

Tidak banyak yang kita tahu mengenai negara Korea Utara yang berjiran dengan Korea Selatan. Ini kerana Korea Utara mengamalkan dasar tertutup kepada negara luar.

Sungguhpun begitu, Korea Utara masih menerima permintaan pelancong luar untuk melawat negara mereka. Namun pelancong perlu membuat permohonan dan mengikut beberapa prosuder yang ketat sebelum diterima untuk melancong ke negara yang diketuai oleh Kim Jong Un ini.

Menurut portal Muslimtravelbug, pelancong perlu diberitahu tentang syarat ini terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki di Korea Utara. Kalau anda sanggup dan boleh ikut, maka teruskan impian anda untuk ke sini.

1. Mesti menggunakan panduan perjalanan Kerajaan Rasmi
Para pelancong harus menggunakan panduan perjalanan rasmi dari pemerintah. Demikian itu, setelah tiba di lapangan terbang, pelancong akan segera disambut oleh pemandu, yang akan mengiringi anda dengan setia setiap langkah perjalanan. Bermula dari bilik hotel sehingga kembali lagi ke bilik hotel.

2. Jangan bercakap tentang politik dan agama
Setelah anda menjejakan kaki ke Korea Utara, anda “haram” sesekali mengukapkan hal politik. Bukan itu sahaja, pelancong juga dilarang untuk bercakap dan melakukan perkara yang berkaitan dengan agama di ruang awam. Contohnya, berdoa di tempat awam atau berkunjung dengan tulisan suci tertentu.

3. Mesti menggunakan visa pelancong
Memohon visa pelancong ini hanya boleh sekali. Visa pelancong termasuk pakej lengkap, yang mengandungi panduan perjalanan rasmi dari kerajaan, hotel atau penginapan, perbelanjaan perjalanan, dan perbelanjaan makan. Di samping itu, negara asal pelancong juga mesti mempunyai hubungan diplomatik dengan Korea Utara. Visa ini harus ditanda tangan oleh Kedutaan di negara tersebut.

4. Penggunaan wajib syarikat penerbangan Korea Utara


Terdapat dua akses untuk memasuki Korea Utara, iaitu melalui udara dan kereta api. Bagi pelancong dari Amerika Syarikat dan Israel, satu-satunya pengangkutan yang dibenarkan adalah menggunakan penerbangan Kyoto dan transit Air di Beijing, China.

5. Pelancong dilarang daripada memanggil 'Korea Utara'
Satu lagi peraturan yang tidak kurang anehmha adalah semua pelancong dilarang memanggil negara itu dengan “Korea Utara”. Nama yang dibenarkan adalah 'Republik Demokratik Rakyat Korea' atau disingkat DPRK.

6. Pengembara dilarang menggunakan mata wang Korea Utara
Mata wang yang dibenarkan untuk pelancong ialah Euro, Yuan, Korea Selatan, dan Dolar Amerika Syarikat. Selain daripada matawang ini anda tidak menggunakannya jadi anda terpaksa menukarnya terlebih dahulu.

7. Dilarang berbicara secara negatif mengenai negara, rakyat, atau pemimpin Korea Utara


Bercakap negatif mengenai Korea Utara adalah pekara yang sangat membawa maut. Sekiranya ditangkap, kerajaan Korea Utara boleh menganggapnya satu kesalahan besar. Sebanyak mungkin di setiap tempat di penjara, pelancong asing harus selalu memuji Korea Utara.

8. Pelancong tidak boleh mengambil gambar


Pelancong sebenarnya dibenarkan membawa kamera. Walau bagaimanapun, jangan berharap untuk mengambil gambar seolah-olah semasa lawatan di negara lain. Terdapat beberapa tempat yang sangat privasi dan haram diambil gambar atau dirakam. Mengambil gambar orang berjalan tidak dibenarkan. Walaupun anda mahu mengambil gambar patung, mesti menangkap seluruh badan. Sebelum pelancong meninggalkan Korea Utara, akan ada pegawai yang menyemak foto yang ditangkap oleh pelancong.

9. Tiada internet di sana
Apabila memasuki Korea Utara, jangan mengharapkan untuk menggunakan telefon bimbit mereka. Penggunaan internet juga sangat terhad. Internet hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan dari kerajaan Korea Utara sahaja.

10. Beli cenderahati hanya di kedai yang diluluskan
Akhir sekali, pelancong tidak dibenarkan membeli cenderahati. Anda hanya boleh melawat tempat rasmi dan kedai yang diluluskan kerajaan. Terdapat beberapa barang yang hanya boleh dibeli di Korea Utara. Anda boleh semak dengan kedutaan masing-masing.

Oleh
Husna