Penjara dikaitkan sebagai tempat yang ngeri dan dikelilingi jeriji besi, tempat ditempatkan pesalah untuk segala kesalahan.
Tapi rupanya tak semua penjara menakutkan, ada yang mewah dan khabarnya lebih selesa daripada hotel. Mempunyai tilam empuk, ruangan yang selesa serta fasiliti lengkap seperti berada di luar.
Bukan itu sahaja, malah ia juga agak mewah bila turut dilengkapi dengan fasiliti seperti gim dan banyak lagi. Malah ada yang mempunyai keistimewaan yang mana orang luar boleh menemani pesalah di dalam penjara.
Ini 10 penjara mewah ada di dunia:
Penjara Bastoy, Norway
Penjara ini terletak di pulau Bastoy, Norway. Penjara ini dapat menampung 100 pesalah dalam satu masa. Di dalam penjara ini terdapat court tenis, stable kuda, kolam memancing, dan kawasan untuk berjemur yang super mewah.
HMP Addiewell, Scotland
Penjara ini memiliki sel yang selesa. Para pesalah juga dilayan dengan baik. Mereka diberi banyak latihan sehingga bersedia untuk kembali ke masyarakat setelah bebas nanti.
Otago Corrections Facility, South Island, NZ
Penjara ini mempunyai sel yang selesa untuk penghuninya. untuk narapidananya. Ada beberapa kelas yang dapat diikuti oleh penghuni di penjara ini iaitu diajarkan cara bercucuk tanam dengan baik dan juga kegiatan memasak.
Ads
Aranjuez Prison, Sepanyol
Penjara ini memberikan fasiliti yang sangat selesa untuk kanak-kanak yang menjadi banduan. Dalam tahun pertama di penjara, ibu bapa mereka diizinkan untuk menemani. Sel di penjara ini direka cantik dan selesa untuk kanak-kanak. malah ada ruang bermain khusus untuk mereka.
Champ-Dollon, Swiss
Bilik dalam penjara ini boleh memuatkan tiga orang penghuni. Tilam dan ruang dalam bilik memang cukup selesa. Ia seakan bilik hostel di universiti.
Ads
JVA Fuhlsbuettel, Jerman.
Penjara ini memiliki ruangan sel yang selesa. Pencahayaannya sangat cukup. Di dalam sel penjara ada juga katil, tandas peribadi dan sofa. Bukan itu sahaja, kat dalam penjara ini juga ada ruang tamu untuk penghuni bersantai.
Sollentuna Prison, Sweden
Bilik di penjara ini sangatlah selesa. Ada ruangan menonton TV, tempat bersukan dan beberapa fasiliti lainnya.
Ads
Halden, Norway
Penjara ini disebut sebagai penjara paling manusiawi di dunia. Sel di penjara ini sangat selesa dengan pencahayaan cukup. Penghuninya diberi kemudahan seperti TV yang boleh digunakan untuk menonton, ruangan gim, dan tempat rakaman muzik. Hebat kan!
Justice Center Leoben, Austria.
Penghuni di penjara ini ditempatkan dalam sebuah sel yang lengkap dengan bilik mandi dan ruang dapur peribadi. Ia juga turut dilengkapi dengan gim, taman rekreasi dan gelanggang bola keranjang.
Pondok Bambu, Indonesia
Penjara wanita Pondok Bambu ini mempunyai ruang yang cukup selesa untuk penghuninya. Dilengkapi dengan sofa empuk, pesalah juga turut mempunyai ruang untuk berkumpul dengan selesa.
Kredit: Brilio.net
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menjadi satu mimpi ngeri buat sesiapa sahaja yang berdepan kejadian kemalangan ketika melancong. Niat di hati untuik bersuka ria namun bertukar tragedi!
Itulah yang berlaku kepada sekumpulan pelancong yang sedang menikmati panorama alam indah di sekitar sebuah tasik. Kejadian malang tersebut berlaku Tasik Furnas yang terletak di Pulau Sao Miguel.
Ia merupakan sebuah tasik buatan dengan ukuran seluas 1.87 kilometer persegi. Tasik yang terletak di Tenggara Brazil itu juga dilaporkan mempunyai kedalaman 15 meter.
Tasik tersebut kini merupakan salah satu tarikan pelancong popular di Brazil. Setiap tahun ia dikatakan memerima kira-kira lima ribu pengunjung pada setiap hujung minggu. Manakala pada hari cuti umum pula ia boleh mencecah 30 ribu orang pengunjung!
Dalam kejadian ngeri yang berjaya dirakamkan lensa kamera tersebut merupakan yang kali pertama berlaku seumpamanya. Serpihan runtuhan gergasi yang runtuh telah menimpa dua buah bit yang membawa pelancong. Lebih mengharukan sehingga kini dilaporlan tujuh orang maut manakala 20 orang turut hilang.
Dalam rakaman video tersebut jelas kedengaran jeritan pelancong ketika batu itu terhempas ke atas bot. Akihat runtuhan itu, sebanyak dua buah kapal tenggelam dan gelombang air yang kuat.
Mangsa yang cedera dilaporkan kebanyakannya mengalami kecederaan patah tulang, cedera pada kepala dan juga muka.
Video tersebut merupakan rakaman yang dilakukan oleh pengunjung yang menaiki bot terletak lebih jauh dari runtuhan itu.
Runtuhan yang disifatkan sebagai seperti ‘domino’, dipercayai berpunca daripada hujan lebat.
Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk tempatan lebih awal pada hari tersebut untuk mengelakkan air terjun di kawasan itu yang mungkin terdedah kepada jumlah air yang besar.
Diharapkan misi menyelamat mangsa yang masih belum ditemui berjalan dengan lancar. Semoga kejadian ini dapat kita jadikan pengajaran di masa hadapan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Taman Tema terkenal Disneyland dan Disney City yang berkeluasan kira-kira 80.9 hektar dan terbesar di negara Asia Tenggara (ASEAN) bakal dibina di daerah Jasin pada tahun 2027.
Dalam laporan yang dibuat oleh Melaka Hari Ini, pembangunan taman tema yang pertama di ASEAN itu bakal menelan kos kira-kira RM2 bilion untuk pembinaannya. Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, ia adalah taman tema pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun.
“Setelah lebih 20 tahun, kita akan ada taman tema baharu walaupun tidak berapa besar tetapi saya rasa memadai dengan nama Disneyland yang dapat dibawa masuk.
“Ianya akan menambahbaik lagi sasaran kita untuk mempertingkatkan sasaran 20 juta pelancongan dalam masa tiga tahun dan kembali pada landasan yang asal iaitu 18.7 juta pelancong yang telah kita capai pada tahun 2019.
“Disneyland dalam perancangan, kita sedang rencanakan kemungkinan insya-Allah berada di dalam daerah Jasin, kita tak boleh maklum dahulu lokasi yang sebenar, keluasannya sekitar 150 hingga 200 ekar (60.7 hingga 80.9 hektar).
“Bukan hanya Disneyland tetapi juga ada cadangan pembangunan 22 kilometer sistem ‘Maglev’ bagi menghubungkan lokasi ‘hotspot’ pelancongan Melaka dengan nilai pelaburan 200 juta dolar bersamaan RM900 juta, secara keseluruhan projek ini boleh mencapai hingga RM2 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Cadangan 22KM Sistem Maglev untuk Menghubungkan Lokasi Hotspot Pelancongan dan Membangunkan Taman Tema Disneyland serta Disneycity di Negeri Melaka di sebuah hotel di sini, semalam.
LIBUR: Lagi meriahlah Melaka bila Disneyland dah siap. Memang best kalau dapat masuk ke taman tema ni, seharian macam tak cukup tambah pula dapat tengok pertunjukan bunga api pada waktu malam. Harga tiket agak mahal tapi berbaloi. Boleh menabung dari sekaranglah…Memang best!
Sumber: Melaka Hari Ini
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ini bukan tajuk untuk filem terbaru di hollywood tau. Ramalan ini telah didedahkan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) bahawa sebuah asteroid sepanjang 40 meter dijangka menghentam bumi pada 9 September ini.
Kajian ESA memberitahu, Asteroid 2006 QV89 itu akan berada pada jarak 6.7 juta kilometer (km) dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.
Menurut saintis di ESA, kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.
Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.
“Ia tidak mustahil berlaku. Ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.
Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.
Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.
Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.