Bila nak keluar bercuti ni, semestinya kita mengharapkan satu percutian yang menenangkan dan tak ada sebarang masalah. Everything is going smooth as planned.
Tapi tahu tak yang anda sebenarnya sedang bawa time bomb ? dalam percutian tu? Bila-bila masa bom tu boleh ‘meletup’ dan menjejaskan percutian.
@#$%^&.. Punah harapan nak snap gambar Instagram!
Time bomb ? yang saya maksudkan adalah kereta yang tidak diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalan untuk bercuti. Kenderaan yang tak diselenggara dengan baik akan membantutkan perjalanan sekiranya berlaku kerosakan di atas jalan raya. Kereta rosak, mood pun spoil.
So tanpa melengahkan masa, mari kita kongsikan panduan mudah bagaimana anda perlu check kereta sebelum memulakan perjalanan bercuti.
Check bunga tayar dan angin tayar
Bunga tayar yang tidak elok akan membahayakan pemanduan sewaktu perjalanan, lebih-lebih lagi ketika jalanraya yang basah selepas hujan. Silap gaya, kereta boleh berpusing di tengah jalan. Angin tayar juga sangat penting. Tayar yang lebih atau kurang angin akan menyebabkan pemanduan tidak stabil dan tidak lancar seperti biasa.
Minyak hitam dan minyak auto
Benda ni jarang orang ingat nak check sebab dah ada label dekat atas cermin depan tu kan? Sampai limit je terus pergi servis, tak gitu? Jangan macam tu kawan-kawan. Check juga minyak enjin sebelum memulakan perjalanan jauh sebab kita tak tahu sama ada enjin kita ada leaking atau tidak. Mana la tahu tiba-tiba ada leaking, masakk..
Ads
Minyak brek
Minyak brek ni kebiasaannya tempoh penukaran dia tak sekerap minyak hitam tapi masih kena check juga ya. Minyak brek yang kurang akan memberikan cengkaman yang tidak sempurna pada cakera brek dan membahayakan pemanduan sekiranya anda perlu membrek secara mengejut.
Minyak power steering
Check minyak power steering kalau-kalau ada kebocoran dan sebagainya. Minyak power steering yang kurang boleh mengakibatkan pemanduan tak selancar yang sepatutnya. Steering jadi berat.
Air coolent
Ads
Periksa air coolent kereta anda berada di takat yang mencukupi. Jangan biarkan air coolent berada di paras rendah kerana ia akan menyebabkan radiator kereta anda kekurangan air dan gagal menyejukkan enjin. Enjin overheat, siap sedia la dua tiga ribu nak overhaul enjin kereta ya.
Air Bateri
Bab penjagaan air bateri ni selalu menjadi masalah kerana selalu terlupa nak check air bateri tu ada ke tak ada. Kalau sesiapa yang rasa macam malas nak check selalu boleh pakai bateri sel kering tapi tak sebegitu tahan lama dan mahal berbanding sel basah. Sel basah murah dan tahan lebih lama tetapi kena selalu check air bateri, takut-takut kering. Sebelum memulakan perjalanan jauh tu check dahulu bateri. Tak adalah nanti kereta tak boleh nak start. Kan dah mengganggu mood percutian, betul tak?
Air wiper
Periksa takat air wiper kereta anda. Air wiper ni tak ada lah mengganggu mana-mana komponen kereta yang penting sekiranya habis, tapi bila burung dah berak atas cermin kereta, satu kerja jugak nak bersihkan kalau air wiper tak ada, betul tak?
Ads
Periksa lampu
Okay bahagian ni pun penting. Periksa kesemua lampu kereta anda seperti lampu depan, fog light, lampu signal kiri kanan, double signal, lampu brek lebih-lebih lagi lampu brek ketiga. Yang ini banyak kereta yang mati. Lampu kereta yang menyala bukan sahaja melancarkan pemanduan anda tetapi menyenangkan orang lain untuk kekal alert dengan kenderaan anda. Safety first ya!
Periksa tayar spare
Tayar spare ni kesian dia, duduk terperuk dekat belakang bonet tu tak ada siapa kisah. Tapi bila tayar bocor ke apa, mula menggagau cari dia dekat belakang. Haha. So, periksa juga tayar spare ya kawan-kawan. Check tekanan angin dan bunga dia sekali. Bak kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan.
Periksa recovery tools kereta anda
Last but not least, periksa peralatan untuk menukar tayar kereta anda. Mesti ada jack, besi pemutar jack tu, triangle hazard dan, pembuka lug nut tayar. Jack tu kalau rajin di minyak kan sikit supaya lancar bila kita nak gunakan sewaktu menukar tayar. Pastikan semua peralatan tersebut berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan anda.
Itu sahaja 10 panduan mudah penjagaan kereta untuk anda sebelum memulakan perjalanan jauh untuk bercuti.
Tip bonus, sediakan juga first aid kit atau fire extingusher, just in case..
Okay? Pastikan kereta dalam keadaan baik dan selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Merupakan kali kelima berkhemah dan juga camping pertama buat tahun 2023, Sheila Marzuki memilih Stellar GoldenHill yang terletak di Cameron Highlands sebagai tapak perkhemahan dia dan keluarga.
Port baru yang bukan sahaja mempunyai tapak perkhemahan, malah anda juga boleh memilih untuk glamping atau bermalam di dalam caravan kat sini. Cuaca sejuk membuatkan Sheila dan keluarga cukup selesa di sini ditambah pula dengan pemandangan indah bukit- bukau yang cantik.
Biasanya kalau nak setup khemah pasti memerlukan tenaga dan mengeluarkan peluh tapi menurut Sheila camping di Stellar GoldenHill sedikitpun dia tidak mengeluarkan peluh. Malah cuaca ketika mereka camping sekitar Februari yang lalu juga baik.
Ikuti pengalaman Sheila dan keluarganya camping di sana:
Camping Pertama 2023 di Stellar GoldenHill, Cameron Highlands
Assalammualaikum
This is our 5th camping and first for 2023
Lokasi: Stellar Goldenhill, Cameron Highlands.
Date: 23-25 Feb 2023
Rate: RM 60/head/night
Tent: Family Village L 2.0 by Payung.camp
Alhamdulilah, cuaca selama 3 hari kami di sini sangat cantik. Siang suhu paling low 22°, malam 17°, tengah malam hingga pagi mencecah 13°. First time pacak khemah tak berpeluh. Santai-santai saja kawanku, pergi mana laju-laju (nyanyi ke)
Tempat bersih comes with water heater
Toilet 4
Tapak berbatu kecik2 (kwsn tent jd bersih)
Kawasan berpagar dan security
Plug Point di toilet saja
Surau tak ada
Sink dkt area tapak
Digi & Celcom terbaik
Pesanan: Yang tak tahan sejuk, tolong la bawa baju, stokin tebal, selimut tebal ya. Berasap-asap mulut sejuk dia
Overall kami 2 keluarga sangat puas hati InshaAllah, will be back again soon
Walaupun kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga hujung tahun ini, namun harapan untuk travel tetap membara di dada.
Buat masa ini apa yang dilakukan adalah melihat saja foto kenangan sepanjang percutian beberapa tahun lepas.
Ini dapat melepaskan kerinduan untuk check-in di mana-mana destinasi impian.
Jika pandemik ini sudah berakhir kelak, pastilah kita tidak akan lepas peluang untuk pergi bercuti.
Justeru ada beberapa perkara dalam percutian new norm perlu ambil tahu sebelum anda memulakan perjalanan.
Ini lima perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk bercuti menurut goabroad.com:
1. Insuran Mengembara
Segelintir merasakan perkara ini sebagai satu hal yang remeh atau pembaziran. Tetapi, bayangkan jika sesuatu yang berlaku seperti kemalangan, masalah kesihatan atau kematian yang berlaku terutama ketika berada di negara orang.
Oleh itu, insuran mengembara dapat pembantu bagi mengatasi situasi sebegini. Disarankan agar pilih polisi insuran yang bukan sahaja memberi pelidungan rawatan hospital, malah turut memberi pelindungan perubatan bagi Covid-19.
2. Bekalan Cecair Sanitasi Tangan & Tisu Lembap
Sebagai persediaan atau memastikan tangan anda benar-benar bersih dan bebas kuman, sebaiknya bawa bersama cecair sanitani tangan atau tisu lembap sebagai persediaan.
Bukan sahaja memastikan tahap kebersihan kawasan atau objek yang disentuh, tetapi perkara itu juga dapat membantu penularan sebarang penyakit berjangkit.
3. Elak Sentuh Muka
Umum mengetahui salah satu perkara yang boleh menyebabkan penularan virus Covid-19 selain melalui udara ialah menyentuh bahagian wajah seperti mata, hidung dan mulut dengan tangan.
Anda dinasihatkan agar menggunakan cecair sanitasi atau tisu lembap selepas menyentuh sebarang permukaan seperti tombol pintu, meja, kerusi atau pintu lif. Pastikan tisu yang telah digunakan itu dibuangkan di tempat yang sepatutnya dan tidak terdedah kepada individu lain.
4. Kena Ingat Perlu Jaga Jarak
Disebabkan penularan virus Covid-19 boleh berlaku dengan pantas, sebaiknya jaga jarak anda dengan individu lain terutama ketika berada di tempat awam. Sekiranya anda ingin menyertai perhimpunan awam atau berada di kawasan terbuka, pastikan anda memakai pelitup muka dan tetap kekal jaga jarak antara satu sama lain.
5. Periksa Tahap Kesihatan
Penjagaan kesihatan amat penting terutama ketika ingin mengembara. Sekiranya anda mengembara dalam keadaan tidak sihat, pastikan bekalan ubat ada dibawa bersama termasuk pelitup muka.
Amalkan sikap bertanggungjawab dengan cara melindungi individu lain agar tidak dijangkiti berbanding ‘obses’ melindungi diri daripada dijangkiti daripada orang lain.