Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.

POKHARA, Nepal

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave,Devi’s Fall dan Sarangkot. Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking.Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.

KANDY, Sri Lanka

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya. Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.

DHAKA, Bangladesh

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana. Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram.

Ads

DA NANG, Vietnam

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi. Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart? Tepuk dada tanya selera.

TONLE SAP, Cambodia

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.

Ads

INLE LAKE, Myanmar

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar NegaraInle Lake merupakan penempatan atas air yang dihuni oleh orang asal Myanmar. Ia terkenal kerana aktiviti harian masyarakatnya seperti menangkap ikan, menuai rumpai dan menanam tomato di ladang terapung. Inle sesuai dikunjungi pada bulan September dan Oktober kerana penduduknya meraikan Festival Hpaung Daw U Pagoda. Pada ketika itu, banyak aktiviti menarik yang dijalankan. Antara yang menjadi perhatian ialah perlumbaan bot tradisional.

KHAO SOK NATIONAL PARK, Thailand

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Khao Sok National Park terletak di Wilayah Surat Thani. Ia merupakan pusat pemuliharaan hidupan liar terbesar di Thailand. Dianggarkan lebih kurang 5% spesies mamalia menghuni di dalam taman negara ini. Keterujaan juga pasti terasa sebaik sahaja mengunjungi Khao Sok National Park kerana ia mempunyai bentuk muka bumi dan persekitaran yang cantik seperti gunung batu kapur, hutan tebal berusia jutaan tahun dan tasik yang tenang.

Ads

DILI, Timor Laste

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah,kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun,ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunungganang.Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.

KOCHI, India

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Ekonominya yang sedang pesat membangun dan infrastrukturnya yang hampir sempurna menyebabkan Kochi tersenarai sebagai lokasi percutian penting di India. Banyak tempattempat menarik yang boleh dilawati sama ada di bandar, kampung ataupun pantai.Semuanya mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Antaranya ialah Backwater of Kochi, Athirappilly Falls, Cherai Beach, Bhoothathankettu dan Chendamangalam.

LOMBOK, Indonesia

10 Lokasi Percutian Pilihan Di Luar Negara

Lupakan sebentar kisah remaja lelakinya yang gemar membawa lari anak dara orang dan luangkan sedikit masa untuk bercuti di pulau ini kerana ia adalah destinasi percutian yang menakjubkan.
Ombaknya yang kuat dan dasar lautnya yang indah sering menjadi pilihan buat peluncur air dan penyelam skuba. Tidak cukup dengan itu, pulau yang boleh diakses dari negara kita dengan menaiki pesawat Air Asia ini juga kaya dengan air terjun yang cantik seperti Sindang Gila, Tiu Kelep dan Betara Lenjang.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI