Selepas Langkawi mula dibuka kepada orang ramai, nampaknya kaki travel semakin tidak sabar menantikan lebih banyak lokasi pelancongan dibuka. Ini kerana aktiviti ini bukan saja mampu menjana pendapatan kepada negara dan peniaga tapi juga meredakan tekanan selepas bertahun-tahun tidak menikmati percutian akibat wabak Covid-19.
Dikongsi dari fb Amir Hassan, dirinya menyenaraikan 10 lokasi percutian indah dalam negara. Nampak agak privacy dan sesuai bagi pasangan pengantin baru yang inginkan suasana damai.
Dari 10 lokasi cantik di bawah ini, mana yang kalian pernah pergi. Kongsikan pengalaman supaya mudah kami memilih.
1. Rumah Kebun Semungkis
Rumah Kebun adalah rumah percutian yang terletak di Kampung Semungkis, Hulu Langat. Dikelilingi oleh pokok-pokok yang tumbuh mekar, di sinilah anda sekeluarga dapat menghirup udara bersih yang dapat mengembalikan kesegaran segenap tubuh badan setelah berbulan lamanya tenggelam dalam asap kota.
2. JapaMala Resort, Pahang
Terletak di dalam lokasi yang tersembunyi jauh dari kesibukan kota, JapaMala Resort yang terletak di Pulau Tioman ini adalah sebuah penginapan menakjubkan yang diselubungi oleh keindahan alam semula jadi rimba hijau.
3. The Banjaran Hotsprings Retreat, Perak
Berlatar belakangkan bukit-bukit batu kapur, The Banjaran Hotsprings Retreat adalah sebuah penginapan yang paling sempurna pernah anda temui. Kesemua penginapan yang ditawarkan adalah villa mewah yang terletak di dalam lokasi penuh privasi untuk anda menikmati percutian dalam ketenangan.
4. Tanah Aina Farouq, Pahang
Lagi satu destinasi percutian popular yang bertemakan Eco Tourism adalah Tanah Aina Farouq Raub Pahang. Anda boleh pilih untuk bermalam di dalam bilik persendirian atau jika anda lebih suka adventure anda boleh bermalam di dalam kemah yang disediakan.
5. The Kabin, Selangor
Kalau anda akan ke Pantai Remis Selangor, rugi kalau tak bermalam di The Kabin. Ia baru saja dibuka pada tahun 2014 dan tempat ini unik kerana ia merupakan hotel yang diperbuat oleh kontena lama yang telah diubah suai.
6. Seaventures Dive Resort, Sabah
Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.
7. Sekeping Serendah, Selangor
Mencari villa mewah dengan rekabentuk moden yang terletak ditengah-tengah hutan? teruskan pengembaraan anda ke resort Sekeping Serendah. Disini terdapat 10 pondok moden yang dibina di kawasan hutan tropikal seluas 5 ekar.
8. The Dusun Mantin, Negeri Sembilan
Jika anda ada peluang untuk ke Seremban, cari lah alasan untuk bercuti di The Dusun Mantin. Resort ini mendapat nama “The Dusun” kerana asalnya ia merupakan dusun durian. Pemiliknya menukar dusun ini kepada resort kerana mahu berkongsi keindahan dusun ini dengan orang ramai. Sampai ke hari ini, jika anda berminat, anda boleh mencuba durian yang tumbuh di dusun ini.
9. Farm Ville Cafe & Homestay, Selangor
Farm Ville Cafe & Homestay ataupun lebih dikenali sebagai Sekinchan Container Hotel adalah sebuah penginapan yang didirikan menggunakan kontena besi yang datang dalam pelbagai saiz dan disusun dengan kreatif. Daripada setiap penginapan kontena ini, anda dapat menikmati pemandangan yang meluas hamparan sawah padi yang penuh dengan kehijauan.
10. Homestay Rumah Sungai, Perak
Homestay Rumah Sungai adalah sebuah penginapan daripada kayu yang terletak di tepian sungai yang masih agak baru dibuka. Setiap penginapannya lengkap dengan ruang balkoni untuk anda melihat pemandangan air sungai yang mengalir serta menghirup udara segar daripada kawasan hutan.
Versi video 10 lokasi cantik utk percutian https://youtu.be/C6j63y31cTQ
Tips dapat harga hotel murah yang ramai tidak tahu @ https://denaihati.com/tips-dapat-harga-hotel-murah-yang…
Amir Hassan (follow ya)
Kami kaki #kembaraDH
bit.ly/denaihatitravel