10+ Lokasi Mesti Singgah Kalau Korang Sampai Ganu. Ini Cadangan Untuk Yang Baru Pertama Kali Jejak Darul Iman

Share

Terengganu Darul Iman negeri yang indah permai dan cantik menawan. Ibu negerinya, Kuala Terengganu pernah diangkat menjadi lokasi yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.

Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling 'menyeronokkan' untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana.

Jika anda orang luar dari Terengganu, dan tidak tahu lokasi menarik mana ingin anda tuju, ikuti panduan dan info daripada saudara Ashraf Danial


Kali terakhir aku pergi Terengganu pada tahun 1999. Lama tak? So, aku memang excited dengan trip kali ni.

  • Perjalanan sangat jauh. LPT macam tiada penghujung. LPT 2 ada bahagian jalan yang tak rata. Betullah apa orang cakap. Nak speed sangat pun tak boleh.
  • Pantai Batu Pelanduk dekat Kuala Abang sangat Instagramable. Tempat adanya batu-batu yang cantik tu, tak luas mana. Masa kami sampai tak ramai sangat orang. So boleh pose dengan tenang.
  • Jeti Kuala Besut sangat jauh dowh. Sob.
  • Pulau Perhentian sangat cantik. Snorkeling points semua awesome. Long beach dia pun best.





  • Suasana sekitar Pantai Mangkuk dan Pantai Penarik dekat Setiu pun menarik. Restoren celup tepung banyak gila. Sempat singgah satu, NL Celup Tepung. Best.
  • Drawbridge Terengganu segak. Berpeluang tengok masa jambatan tu diangkat. Ada kot dalam empat kali ulang alik jambatan tu. Haha
  • Miami beach dekat Seberang Takir pendek je tapi menarik untuk ambil gambar. Boleh nampak drawbridge dari sini.
  • Masjid Kristal perlu diselenggara dengan lebih baik. Kawasan sekitar tak terjaga. Sayang.
  • Sempat singgah di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Ramai betul makhluk tuhan di sana. Tak jadi turun di public area. Kami berhenti di benteng batu berhadapan dengan airport. Kami panjat benteng batu yang tinggi tu. Bila sampai atas, MasyaAllah. Pemandangan laut yang sangat cantik. Kebetulan dah nak sunset. Awesome!
  • Pasar Kedai Payang tak sah kalau tak sesakkan. Dekat luar jem. Dekat dalam apatah lagi. Penjarakan fizikal memang ke laut. Kami menyelam tak lama. Dalam setengah jam je. I don’t like going into crowded places. Gittew!
  • Nasi dagang aku tra makang dekat Restoren Mokteh Nasi Kerabu, Wakaf Tembusu. Aku bukan peminat nasi dagang tapi yang Mokteh punya ni memang sedap.
  • Kenapa timing lampu isyarat dekat Kuala Terengganu lama gila dowh? Kalau kena yang hijau, bestlah. Bila time merah, alamak tuan. Aku sempat baca Yassin (ditipu).
  • Di Terengganu aku perasan, ramai wanita menunggang motosikal. Baik yang muda mahupun sedikit tua.
  • Keropok lekor mesti kena belikan. Kami beli di area Marang. Keropok Lekor 008 Kelulut.
  • Kami balik KL guna jalan pantai sampai ke Kuantan. Singgah sebentar di Teluk Bidara, Dungun. The view is just awesome. Tak ramai orang. Memang cantik.
  • Dekat Paka, berderet kedai jual kuih Akok. Aku singgah beli. Sedap.
  • Destinasi akhir Kemaman. Dah penat. Danial pun nyenyak tidur. So, kami tak singgah mana-mana pantai yang ada. Singgah solat je dekat salah satu masjid di sana.







Overall, aku enjoy trip ke Terengganu ni. Tapi secara peribadi, aku akan ke sana lagi bila aku nak bercuti ke pulau. Next plan, nak ke Pulau Lang Tengah. InsyaAllah.

Jom cuti-cuti Malaysia~

Oleh
Husna