Nampak istimewa Kekunang Tering Chalet bila ada tree house macam ini, sesuai untuk anda yang cintakan pemandangan semula jadi yang indah.
Dan jika pantai menjadi pilihan untuk beriadah, apa kata terokai destinasi tepi pantai di Pahang Darul Makmur.
Kelebihan Kekunang Tering Chalet
Kekunang Tering Chalet ini terletak antara bandar Pekan dan Rompin, boleh dikatakan penginapan wow kerana kedudukan di tepi laut dan reka bentuk bilik berkonsepkan rastic.
Paling rare ada tree house di sini dan ia sesuatu yang jarang-jarang ditemui di mana-mana resort atau chalet di negara ini terutama di tepi pantai.
Pasti jatuh cinta dengan lokasi ini dengan pasir pantainya yang putih bersih dan angin sepoi-sepoi menyapa pipi tidak syak lagi ia pilihan tepat – destinasi yang mendamaikan seolah-olah berada di private island!
Tip Kalau Sampai Ke Tempat Ini
Tipnya, jangan lupa bawa kamera untuk merakamkan saat-saat indah alam semula jadi jauh dari kota, terutama pengalaman menakjubkan apabila berpeluang melihat saat matahari terbit, aduh memang sukar digambarkan!
Ads
Ketika air surut pada waktu malam pula, apa lagi boleh saja berjalan ke tengah laut sehingga kira-kira 100 meter dari pantai sambil melihat karangan dan tapak sulaiman. Bayangkan jika kunjungan ada ketika bulan purnama, suasana itu tentu dikenang dalam lipatan memori anda selamanya.
10 Keistimewaan Kekunang Tering Chalet
Berikut 10 keistimewaan Kekunang Tering Chalet yang pasti menggamit kehadiran sesiapa sahaja yang mencintai alam semula jadi.
1) Berkonsepkan eco-chalet unik – lokasinya di tepi pantai persendirian jauh dari kesibukan kerana tidak berada di zon pelancongan di mana hanya chalet itu sahaja yang berada di pinggiran pantai kawasan Tanjung Batu di Nenasi.
2) Panorama alam yang memukau – kelebihannya kerana dapat menyaksikan keindahan matahari terbit yang jarang terdapat di tempat lain kerana kedudukannya tepat aras matahari terbit.
Ads
3) Lokasi sesuai untuk pasangan pengantin tak kiralah yang baru atau lama kerana tentunya dapat meluangkan masa bersama, juga keluarga yang mahu menginap di The Loft atau camping di tepi pantai.
4) Caretaker 24 jam – Dikenali sebagai Pak Nan, beliau sentiasa bersedia membantu dan menjaga keselamatan penyewa, orangnya ramah dan berpengalaman luas dengan keadaan persekitaran untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan.
5) Pantai bersih, cetek dan tidak tercemar – sesuai bagi aktiviti pantai dan memancing. Jika penggemar aktiviti memancing laut dalam, boleh menyewa bot di kawasan di sekitar Nenasi untuk memancing di tengah laut yang dipenuhi ikan kelas A seperti layaran, haruan tasik, kerapu, merah dan tenggiri.
Ads
6) Lokasi tumpuan penunggang motosikal berkuasa tinggi – dari dalam dan luar negara, peminat aktiviti ini melalui jalan pesisir pantai. Kebetulan lokasi ini berada di jalan utama Semenanjung Malaysia antara Kelantan ke Johor Bahru.
7) Berdaftar dengan warmshowers.org iaitu organisasi bagi komuniti pengembara berbasikal dunia dan chalet ini menjadi hub persinggahan utama di jalan terpencil antara Pekan ke Rompin sejauh 87 kilometer.
8) Ombak besar – Lokasi tumpuan penggemar panorama yang begitu mengasyikkan, bukan untuk surfing atau meluncur air tetapi sekadar memerhati keindahan alam ketika air pasang terutama semasa musim tengkujuh yang ombaknya boleh mencecah lebih tiga meter.
9) Harga mampu milik – pelbagai pilihan penginapan dengan harga berpatutan untuk semua golongan sama ada Tree House, dan Tube Cabin yang berkongsi bilik air dan tandas, atau The Loft yang lengkap dengan kemudahan itu. Malah ia juga menjadi tumpuan peminat aktiviti camping dengan bayaran minimum.
10) Weekand escape zone – sunyi dan tenang dengan persekitaran kawasan chalet seolah-olah berada di pulau asing, hanya ditemani deruan ombak dan kicauan burung. Ya benar tiada gangguan!
Hah, kalau sampai Rompin, boleh lah anda terus ke sini ya! Baru puas hati dapat tengok view pantai yang cantik dan bermalam di tempat rare.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya hati tidak tenang?
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Ada setengah-setengah daripada kita sangat bahagia jika dapat hidup bersendirian, jauh daripada orang ramai. Mereka tidak kisah digelar ‘anti sosial’ hanya perlu hidup ditemani keluarga atau kenalan yang rapat sahaja. Jika anda tergolong dalam individu yang sedemikian, ini idea untuk membina kediaman yang unik untuk berada dalam lingkungan hidup sendirian yang tenang.
Jalan Sutera adalah rangkaian laluan perdagangan yang menghubungkan China dan Timur Jauh dengan Timur Tengah dan Eropah. Ditubuhkan ketika Dinasti Han di China secara rasmi membuka perdagangan dengan Barat pada tahun 130 SM.
Ia merupakan laluan penting perdagangan suatu ketika dahulu. Antara 8 bandar purba yang termasuk dalam Laluan Sutera ini ialah Xi’an (China), Merv (Tukmenistan), Samarkand (Uzbekistan), Balk (Afghanistan), Istanbul (Turki), Ctesiphon (Iraq), Taxila (Pakistan) dan Damsyik (Syria) yang pernah menerima tempias ekonomi suatu ketika dahulu dan hari ini terus kekal utuh sebagai kota yang menarik diterokai.
Dalam pada itu, catatan penggambaraan Fais Taib yang sebelum ini meneroka Azerbaijan, kota indah meneruskan penerokaan di Tbilisi, Georgia yang merupakan jiran Azerbaijan dan termasuk dalam Laluan Sutera.
Baca perkongsiannya :-
Caucasus Trip
Tbilisi ,Georgia
Merentasi Negara ke 2 trip kali ini iaitu Georgia. Kemasukan ke sini melalui jalan udara menaiki Buta Airways. Syarat kemasukan ke sini untuk rakyat Malaysia hanyalah memerlukan sijil vaksin sahaja.
Mata wang disini menggunakan Georgia Lari ( 1 GEL = RM1.20), harga barang di sini biasa-biasa sahaja lebih kurang harga barang di Malaysia. Populasi di sini mempunyai 3.2 Juta rakyat dan hanyalah 9% beragama Islam selebihnya Kristian Ortodok.
Georgia, berada di pesisir Black Sea dan di antara Banjaran Greater Caucasus dan Lesser Caucasus. Bentuk muka bumi yang bergunung- ganang dan dek kerana kami datang pada musim winter kebanyakan kawasan dilitupi salji tebal memutih.
Sesetengah kawasan kelihatan seperti kita berada di country side of Scotland.
Reka bentuk bangunan dari era medieval dan Eropah tersusun indah di setiap sudut bandar. Sangat cantik bak di alam fantasi Narnia dan filem Game of Thrones kerana kebanyakan bangunan, rumah, Chapel dan Cathedral mereka dari era Medieval.
Georgia juga terletak di Laluan Sutera dan kami sempat singgah di salah satu underground bazaar berciri medieval yang menjual wine.
Walau pun berjiran dengan negara Azerbaijan, tetapi rakyat mereka sangat berlainan. Di sini, orang orang agak kasar mungkin kerana nenek moyang mereka dari berasal dari era medieval dan barbar.
Georgia salah satu keunikan dunia. Pack your bag & come here!
Kredit : Fb Fais Taib
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahu atau tidak rupanya terdapat beberapa buah negara yang kecil dan mempunyai bilangan populasi sedikit tetapi sangat terkenal di mata dunia.
Malah keistimewaanya negara ini sering menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati percutian mewah di sini.
Ayuh kita lihat lima negara terkecil di dunia dan apa keistimewaanya di sebaliknya.
1. Vatican City
Vatican City merupakan negara terkecil di dunia yang hanya mempunyai keluasan 0.44 kilometer persegi. Ia juga dikenali sebagai sebuah negara yang menganut sistem pemerintahan Teokrasi iaitu berlandaskan agama.
Negara itu juga hanya mempunyai 1,000 penduduk dan dikenali sebagai ‘enklave’ kerana ia terletak di dalam negara lain iaitu Itali.
Kawasan vatican juga menjadi destinasi pelancongan yang tidak pernah sepi dengan pengunjung dari seluruh dunia. Sebagai tanda sempadan dengan Itali, Vatican dikelilingi oleh tembok-tembok di sekitar Rome.
2. Monaco
Siapa sangka Monaco adalah salah satu negara terkecil di dunia dengan hanya berkeluasan 2.02 kilometer persegi. Meskipun kecil namun jumlah penduduknya lebih padat iaitu 30,000 orang.
Monaco masih termasuk dalam benua Eropah dan dikelilingi oleh negara besar lain seperti Perancis dan menghadap Lautan Mediterranean.
3. Liechtenstein
Terletak di Eropah, negara terkecil berikutnya adalah Liechtenstein yang berkeluasan 160 kilometer persegi, dengan populasi penduduk hanya 37,000 orang.
Negara itu dipimpin oleh seorang perdana menteri dengan majoriti penduduk beragama katolik Rome.
Kehidupan masyarakat di Liechtenstein sangat dipengaruhi daripada negara sekelilingnya memandangkan kebanyakan penduduknya berasal dari Jerman, Switzerland dan Austria.
4. Nauru
Nauru adalah antara lima negara terkecil di dunia yang terletak di Australia. Keluasannya juga hanya berukuran 21 kilometer persegi dengan 9,540 penduduk.
Sebelum ini Nauru pernah bergelar sebagai sebuah negara kaya kerana mempunyai lombong fosfat yang digunakan untuk membuat bahan letupan.
Bagaimanapun disebabkan pelbagai faktor geografi Nauru mengalami pelbagai perubahan dan kerosakan sehingga menjejaskan penghasilan fosfat.
5. Tuvalu
Tuvalu atau Kepulauan Ellice terletak di antara Hawaii dan Australia, lebih tepat di Lautan Pasitik. Negara itu hanya memiliki keluasan 26 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk hanya 10,000 orang.
Bagaimanapun, semakin ramai yang berpindah keluar daripada kepulauan itu disebabkan paras air laut yang terus meningkat apatah lagi kedudukan Tuvalu terletak di tanah rendah.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...