10 JAMBATAN TERTINGGI DUNIA

Share

 

Jambatan-jambatan ini dibina tinggi di puncak bukit, tebing tinggi, dan antara lembah merentasi sungai atau lembah. China negara paling banyak bina jambatan tinggi lebih dari 100 meter. Daripada 100 jambatan tinggi di dunia, lebih 80 adalah milik China. Tinggi jambatan dikira dari permukaan sungai atau lembah di bawah jambatan. Berikut 10 jambatan tertinggi di dunia.

 

10. Jambatan Sungai Dimuhe (360 meter tinggi)

Ia jenis jambatan gantung berhampiran Liupanshui, Guizhou, China. Dengan dek jalan raya 360 m tinggi, iambatan ini adalah sebahagian daripada laluan Lebuhraya G56 Hangzhou-Ruili antara Liupanshui dan Bijie dan dibuka pada tahun 2016.

 

9. Jambatan Sungai Beipanjiang (366 meter tinggi)


Ia adalah jambatan gantung 366 meter tinggi. Ia sebahagian laluan Lebuhraya Guanxing berhampiran Xingbei Town (Xinbeizhen),daerah Zhenfeng , Wilayah Guizhou, China. Jambatan ini sepanjang 388 meter. Ketika dibuka pada 2003, ia adalah jambatan tertinggi di dunia. Ia memegang gelaran tersebut sehingga pembukaan Jambatan Pipa Hegigio Gorge pada tahun 2005.

 

8. Jambatan Sungai Baling (370 meter tinggi)


Merupakan jambatan gantung di daerah Guanling , wilayah Guizhou, China. Jambatan ini merentas Lembah Sungai Baling dan dibuka kepada awam pada 23 Disember 2009. Jambatan ini sebahagian daripada laluan Lebuhraya Shanghai-Kunming G60 antara Kunming dan Guiyang dan mengurangkan masa perjalanan merentasi lembah sungai dari satu jam ke empat minit sahaja. Panjang jambatan gantung ialah 1,088 m manakala mempunyai panjang keseluruhan 2,237 m.

 

7. Jambatan Baluarte (390 meter tinggi)


Terletak di Mexico, jambatan empat lorong seluas 20 meter lebar serta sepanjang 1,124 meter yang disokong 12 tiang, dengan dua daripadanya menjadi menara di atas tebing sungai Baluarte.
Ia menghubung jurang pergunungan Sierra Madre Occidental pada ketinggian 390 meter,jauh lebih tinggi daripada Menara Eiffel dan dibuka pada 2013.

 

6. Jambatan Paip Hegigio Gorge (393 meter tinggi)


Dengan ketinggian 393 meter, jambatan paip tertinggi didunia. Ia adalah jenis jambatan gantung sepanjang 470 meter merentasi Sungai Hegigio. Ia digunakan untuk mengangkut minyak petroleum dari ladang minyak Mananda Tenggara di selatan tanah tinggi Papua New Guinea. Ia menjadi jambatan tertinggi di dunia pada tahun 2005 dan kekal tertinggi sehingga pembukaan Jambatan Sidu River di China pada tahun 2009.

 

5. Jambatan Sungai Qingshui (406 meter tinggi)


Ia jenis jambatan gantung di Guizhou, China. Berada 406m di atas Sungai Qingshuihe, ia merupakan jambatan gantung ketiga tertinggi di dunia. Ia juga merupakan salah satu jambatan terpanjang dengan jarak 1,130 m. 

Dua menara setinggi 230 m dan 224 m tinggi menjadi sambungan utama menggunakan keluli untuk sokongan dan keutuhan jambatan. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya Guiweng. Ia memendekkan jarak perjalanan antara wilayah Weng’an dan Guiyang dari 160km ke 38km. Jambatan dibuka untuk trafik pada 31 Disember, 2015.

 

4. Jambatan Sungai Yachi (434 meter tinggi)


Ia jenis jambatan kabel di Guizhou, China. Ia juga merupakan salah satu jambatan kabel terpanjang yang terpanjang dengan jarak 800 m. Menara barat setinggi 258.2 m dan menara timur adalah 243.2 m menjadikan ia antara jambatan tertinggi di dunia. Ia melintasi Sungai Yachi antara wilayah Qianxi di Bijie dan Qingzhen di Guiyang. Jambatan ini sebahagian laluan di Guiyang ke Qianxi Expressway.

 

3. Jambatan Puli (485 meter tinggi)


Ia adalah jambatan gantung berhampiran Xuanwei, Qujing, China. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 menghubungkan Liupanshui dan Xuanwei dan dibuka pada bulan Ogos 2015. Jambatan dan lebuh raya mengurangkan masa perjalanan dari Xuanwei ke sempadan Guizhou dari empat jam ke hanya sejam. Jambatan melintasi aliran kecil di seberang jurang Sungai Gexiang.
Ia mempunyai ruas utama 628 meter dan panjang keseluruhan 1,040 meter. Dek jalan raya adalah 24.5 meter lebar dan kabel suspensi utama adalah 26 meter jarak setiap satu. Ia seakan sama dengan Jambatan Sidu, cuma kable berwarna merah.

 

2. Jambatan Sungai Sidu (496 meter tinggi)


Jambatan gantung sepanjang 1,222 m yang menyeberangi lembah Sungai Sidu berhampiran Yesanguan di wilayah Badong, Hubei, China. Ia dibuka kepada awam pada 15 November 2009. 

Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya G50 Huyu baru yang sejajar dengan Lebuhraya Nasional China 318, laluan timur-barat antara Shanghai dan Chongqing. Ia terkenal dengan dua menara berwarna kuning.

 

1. Jambatan Duge (565 meter tinggi)


Ia adalah jambatan kabel di Liupanshui,China. Pada 2016, jambatan ini adalah yang tertinggi di dunia dengan dek jalan raya yang terletak lebih 565 meter di atas Sungai Beipan. Jambatan ini melintasi sungai di sempadan antara Yunnan dan wilayah Guizhou.

Jambatan ini adalah sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 antara Qujing dan Liupanshui. Menara timur berukuran 269 m menjadikannya salah satu yang tertinggi di dunia. Jambatan ini terletak 1.34 km antara bandar Xuanwei di wilayah Yunnan dan daerah Shuicheng di wilayah Guizhou. Ia memendekkan perjalanan antara dua tempat dari lebih dari empat jam perjalanan ke kira-kira sejam.

 

Oleh
Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki