Sambil kita bersiap sedia mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2017, Hotels.com mengumumkan sepuluh destinasi Tahun Baharu paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini.
Destinasi seperti Bangkok, Hong Kong dan Taipei, yang terkenal dengan sambutan Tahun Baharu yang meriah dan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni, merupakan tiga destinasi hujung bulan Disember paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini, dengan angka kunjungan yang melonjak tinggi.
“Disember ialah musim percutian rakyat Malaysia, memandangkan sambutan Tahun Baharu adalah serentak dengan musim cuti sekolah. Berasaskan data kami, terdapat peningkatan besar dalam perjalanan luar negara oleh pelancong Malaysia tahun ini, menyebabkan pertambahan ketara dalam jumlah pencarian destinasi serantau seperti Hong Kong dan bandar raya Eropah seperti Paris dan London,” kata Pengarah Serantau China, India dan Asia Tenggara Hotels.com, Jessica Chuang.
Selamat Datang, 2018 – Destinasi hujung tahun paling popular bagi
pelancong Malaysia
Penarafan 2017 | Destinasi | Penarafan 2016 |
1 | Bangkok | 1 |
2 | Hong Kong | 4 |
3 | Taipei | 3 |
4 | Singapura | 2 |
5 | London Ads | 6 |
6 | Tokyo | 8 |
7 | Paris | 18 |
8 | Seoul | 7 |
9 | Bali | 9 Ads |
10 | Osaka | 14 |
Pertunjukan bunga api dan pengiraan detik tahun baharu
Bangkok mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi Tahun Baharu paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini. Ibu kota Thailand ini masyhur dengan aktiviti hiburan dan kebudayaan ambang tahun baharu yang menarik di Silom dan pertunjukan bunga api yang mengagumkan di tebing Sungai Chao Phraya. Terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari pusat-pusat hiburan dan keriangan yang popular di Bangkok, Novotel Bangkok Platinum Pratunam menarik perhatian pengunjung yang celik teknologi, dengan kelengkapan berteknologi tinggi dan bilik yang canggih lagi selesa.
Hong Kong naik dua anak tangga untuk menjadi destinasi hujung tahun kedua paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini. Pesta pengiraan detik Tahun Baharu penuh glamor diwarnai pertunjukan bunga api berirama yang menerangi Pelabuhan Victoria, yang merupakan mercu tanda terkenal bandar raya. Hotel InterContinental Hong Kong, menjanjikan pemandangan pertunjukan bunga api yang menakjubkan kepada tetamunya dari tingkap dan balkoni hotel. Hotel serba mewah ini terletak di tepian air kawasan Pelabuhan sebelah Kowloon.
Keindahan musim salju
London merupakan destinasi hujung tahun kelima paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini, manakala Paris melonjak 11 anak tangga untuk berada di tempat ke tujuh. Dengan pelbagai pasar percutian hujung tahun yang berwarna-warni, Disneyland Paris yang mempesonakan dan Champs-Élysées yang dihiasi dengan indah, Paris menjadi destinasi paling sesuai untuk menikmati pengalaman musim dingin bersama keluarga di Eropah. Sementara itu Le Meurice, yang dianggap sebagai antara hotel paling anggun di dunia, terletak berhampiran Marché de Noel Paris, karnival perayaan bermusim yang popular di ibu kota Perancis ini.
Pengalam Musim Sejuk: Destinasi Musim Dingin paling popular bagi pelancong Malaysia
Penarafan 2017 | Destinasi |
1 | London |
2 Ads | Tokyo |
3 | Paris |
4 | Seoul |
5 | Osaka |
6 | Sapporo |
7 | Amsterdam |
8 | Beijing |
9 | New York |
10 | Milan |
Rakyat Malaysia juga melancong ke bandar-bandar utama di Jepun untuk mengalami keindahan salji. Tokyo dan Osaka menawarkan pengalaman percutian bandar dan budaya yang hebat, manakala Sapporo pula merupakan titik tumpuan peminat sukan musim sejuk untuk memulakan pengembaraan bermain ski atau papan salji. Terletak hanya 20 km dari kawasan pusat bandar, resort ski Sapporo Teine sudah lama menjadi destinasi percutian musim sejuk terkenal – malah kota ini juga menganjurkan Olimpik Musik Sejuk 1972. Pusat bandar Sapporo dilitupi salji tebal setiap tahun, dengan purata salji tahunan 6.3 meter. Pemenang Anugerah Paling Disukai Tetamu Hotels.com tahun ini, JR Tower Hotel Nikko Sapporo menawarkan penginapan terbaik untuk meneroka daya tarikan pusat bandar, yang digelar Pintu Masuk ke Hokkaido.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI