Pejam celik dah sembilan hari umat Islam berpuasa, paling ditunggu-tunggu bila tibanya bulan Ramadan adalah kemeriahan bazar yang ada. Setelah dua tahun negara dilanda pandemik, tahun ini nampaknya kembali meriah dengan kemunculan semula bazar Ramadan seperti sebelum pandemik.
Namun orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi tatacara operasi (SOP) yang telah ditetapkan ketika berkunjung ke bazar agar dapat menjamin kesejahteraan bersama. 10 Bazar kat Selangor ni paling best untuk anda kunjungi, jangan lupa untuk singgah!
Yang ni paling glamor, terkenal dengan kemeriahan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan, korang yang datang sini mesti rambang mata bila nak pilih juadah hidangan untuk berbuka.
Paling penting bazar Seksyen 13, Shah Alam ini menyediakan tempat letak kereta yang luas dan selamat. Antara juadah berbuka yang dijual di sini termasuklah Nasi Briyani Chef Amar yang viral tu. Makanan dan minuman lain juga banyak di jual di sini, so kalau datang Shah Alam, jangan lupa singgah!
Alamat: Tapak Pakir E1 E2 Stadium Shah Alam 40100 Shah Alam, Selangor
Bazar Taman Melawati juga antara yang popular di kalangan penduduk Selangor. Ruang letak kereta yang luas dengan menu yang pelbagai memang menjadi tumpuan ramai.
Jangan lupa cari kebab, nasi ayam, roti john, nasi kerabu dan banyak lagi juadah berbuka untuk hidangan petang nanti.
Alamat: Bazar Melawati, Jalan Negara, Taman Melawati, Selangor
Bazar Ramadhan USJ 4 mempunyai jumlah gerai yang menepati semua citarasa berbuka puasa anda. Selain itu, aroma ikan bakar yang menyapa anda ketika memasuki bazar pasti akan menggamit selera. Jika anda sedang mencari lauk-pauk untuk disajikan bersama hidangan nasi anda, terdapat banyak pilihan di sini untuk anda cuba.
Alamat: Jalan USJ 4/5, Usj 4, 47600 Subang Jaya, Selangor
Bazar Ramadan SS6/1, Kelana Jaya terkenal dengan pelbagai jenis gerainya. Antara hidangan mereka yang paling popular dan diperkatakan termasuklah nasi ambeng yang disertakan dengan ayam goreng, ayam soya atau rendang daging. Selain itu, sambal ikan cencaru, ayam percik, laksa Penang, sate, kebab, menu panggang, makanan Cina dan India halal, serta hidangan pencuci mulut tempatan.
Terdapat juga pelbagai gerai minuman di sini, seperti gerai jus tembikai, yang akan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.
Alamat : Jalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Bazar Ramadan yang terletak di Greenwood, Gombak ini juga menjadi kawasan pilihan mereka yang ingin merasai keunikan hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Antaranya, popia basah, nasi kerabu, ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai jenis kuih muih kegemaran anda.
Alamat : Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor.
Walaupun ada hidangan nasi yang mengenyangkan, anda juga harus nikmati hidangan pencuci mulut yang ditawarkan di bazar Ramadan Bandar Baru Selayang. Selain itu, hidangan ringan seperti apam balik, kuih-muih dan churros turut dijual di sini.
Alamat : Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.
Bazar Ramadan Simpang 4, Klang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana orang ramai dari segenap kawasan sanggup memandu ke sini bagi mendapatkan juadah berbuka puasa. Bukan apa, mereka sudah sedia maklum dengan keenakan makanan dan minuman yang dijual di sini. Selain itu, kesabaran juga penting kerana juadah-juadah disini dikatakan laris sehingga perlu beratur panjang. Namun pasti ianya berbaloi!
Alamat : Teluk Pulai (Simpang Empat) 41250 Klang, Selangor.
Terdapat beberapa bazar Ramadan di Bangi yang boleh anda kunjungi. Salah satu yang paling terkenal terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Terdapat banyak pilihan makanan dan minuman di sini, tetapi antara yang paling digemari ramai ialah nasi kerabu, ayam golek, dan popia basah.
Alamat : Seksyen 7 (Jln 7/7 B) 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Anda pasti akan berasa seronok mengunjungi bazar Ramadan Seksyen 17/1A, Petaling Jaya jika anda tidak pasti untuk berbuka dengan menu apa apa bulan puasa. Juadah seperti Roti john, ayam claypot, dan kuih tepung pelita antara juadah yang banyak boleh didapati di bazar ini. Pilih sahaja dari gerai mana!
Alamat : 92, Jalan 17/1a, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.
Bazar Ramadan TTDI tidak asing lagi bagi warga kota yang ingin mencari juadah lazat seperti nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang dan pulut udang. Ini kerana makanan yang dijual adalah berkualiti dan harganya juga berpatutan. Selain itu, lokasi bazar ini yang strategik juga menjadi salah satu nilai-tambah pada bazar ini.
Alamat: Jalan TTI Grove, 43000, Kajang, Selangor.
Selain senarai di atas, korang juga boleh kunjungi mana-mana dari 241 lokasi bazar Ramadan di sekitar Negeri Selangor sempena bulan Ramadan yang mulia tahun ini. Tapi jangan sampai membazir pula ya.
Kredit: Tourism Selangor