Usahlah bersedih. Mahu atau tidak kita harus terima Hari Raya Aidilfitri tahun ini hanya boleh disambut di rumah sendiri sahaja.
Memandangkan penularan wabak Covid-19 masih berleluasa, Kerajaan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan tentang larangan aktiviti rentas negeri dan daerah sehingga 7 Jun ini. Maka dengan itu, rata-rata umat Islam tidak dapat menyambut Syawal di kampung halaman mereka. Agak suram seperti tahun sebelumnya, namun anda masih boleh menyambut lebaran bersama ahli keluarga dan kawan-kawan yang tinggal berdekatan dengan anda. Di sini, Tourism Selangor menyenaraikan 6 cara menjadikan perayaan Syawal tahun ini lebih bermakna seperti tahun-tahun terdahulu di samping orang tersayang:
Laungan Takbir
Takbir Raya by Harian Metro
Ketibaan Syawal yang penuh berkat harus disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat islam. Dikala tempoh pandemik, laungan takbir Aidilfitri boleh dilaksanakan bersama ahli keluarga yang berdekatan dan diketuai oleh ketua keluarga di kediaman masing-masing. Dengan hanya melaungkan takbir raya di rumah, ia juga menggambarkan kesyukuran atas kemenangan dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan.
Solat Sunat Aidilfitri bersama Keluarga
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah by meed_baron
Sering kali kita lihat kemeriahan lebaran di mana umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan berbaju raya, namun ianya berbeza tahun ini. Walaupun sesetengah masjid dibuka tetapi tidak semua berpeluang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dek kerana kekangan SOP hari raya. Usah sedih kerana anda masih boleh melaksanakan amalan sunah ini di kediaman anda bersama orang tersayang serta rakan-rakan yang berdekatan. Niat untuk menunaikan ibadah sunah ini adalah lebih utama.
Ads
Bergaya dengan Baju Raya
OOTD Raya by Yulia Fajrin
Sudah menjadi kebiasaan untuk seluruh umat Islam menyarung baju tradisional berbagai gaya pada pagi raya. Walaupun ziarah Hari Raya adalah dilarang semasa tempoh PKP, ianya tidak menghalang anda untuk memperagakan baju raya bagi meraikan kemenangan Ramadan. Di samping itu, pohonlah kemaafan sesama ahli keluarga secara fizikal mahupun maya dan duit raya usah dilupa!
Nikmati Hidangan Aidilfitri
Juadah Raya by Maskulin
Menikmati hidangan yang pelbagai serta kuih raya merupakan aktiviti yang sentiasa dinanti-nantikan sewaktu Aidilfitri. Lemang, ketupat dan rendang merupakan menu utama untuk dijamah semasa Hari Raya. Tidak lupa juga, variasi kuih raya mampu memeriahkan lagi suasana Syawal. Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan tradisional Negeri Selangor seperti Nasi Ambeng, Sate dan Pecal. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan tradisional Negeri Selangor, anda boleh layari https://selangor.travel/the-state-of-selangor-a-home-to-gastronomical-delights/.
Ads
“Snap Snap” Gambar Raya bersama Keluarga
Baju Raya by Master Printiing Studio
Sudah cantik dan segak berbaju raya, jangan ketinggalan untuk mengambil gambar. Jadikan raya tahun ini sebagai kenangan kerana ia juga merupakan sambutan raya yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Cari sudut-sudut terbaik di kawasan rumah anda untuk sesi fotografi raya bersama keluarga, atau jangan lupa ambil paparan skrin telefon bimbit semasa anda membuat panggilan video di pagi Syawal!
Dream Now, Travel Later
Poster PSD
Larangan rentas daerah dan negeri mungkin menjadikan suasana lebaran terasa agak suram pada sesetengah orang. Namun begitu, ini lah masa nya untuk anda “Dream Now, Travel Later”. Manfaatkan waktu terluang anda dengan menonton video-video terkini di laman YouTube rasmi Tourism Selangor seperti video-video promosi Kempen #PusingSelangorDulu, serta video-video VR dan Aerial View Experience melibatkan 9 buah daerah di Negeri Selangor. Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor diwww.selangor.travel bagi mendapatkan inspirasi untuk anda rangka perjalanan anda ke Negeri Selangor pada suatu masa kelak. Selamat menonton!
Ads
Tourism Selangor berharap, 6 cara ini mampu menceriakan suasana Hari Raya anda di rumah meskipun ada yang jauh dari kampung halaman. Syawal 2021 mungkin berbeza, tetapi ia pasti tetap memberikan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Gunakan inisiatif atas talian untuk berhubung dengan saudara-mara dan rakan taulan tahun ini.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Kredit: Selangor Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Minat dan budaya makan-makan ini bukan sahaja melibatkan hidangan tempatan tetapi juga sajian antarabangsa yang lazat. DubuYo, restoran masakan Korea asli di Malaysia dapat memenuhi selera penduduk tempatan. Restoran ini telah menyahut cabaran untuk membawakan cita rasa Korea ke negera kita.
Pada tahun ini, sempena meraikan ulang tahun keenamnya, DubuYo melancarkan gandingan Syupeo Ramyeon yang turut dikenali sebagai “ Super Ramyeon”. Ini merupakan gabungan dua resipi mi lazat yang pasti menambat selera mereka yang paling pemilih dalam soal makanan. Kedua-dua Syupeo Chicken Ramyeon dan Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan dalam sup berperisa yang bermutu tinggi dan bahan lazat bersama mi Korea kenyal yang pasti membuat kaki makan teruja.
Dicipta khas untuk memenuhi selera buat penggemar makanan Korea, Syupeo Chicken Ramyeon dihidangkan dengan ayam goreng rangup tetapi lembut bila digigit dan “dumpling” Korea yang enak. Manakala Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan bersama hirisan daging lembu Australia lazat dan cendawan enoki , pasti anda mahu lagi dan lagi.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Operasi Restoran Kumpulan TCRS, berkata,”DubuYo sentiasa mengutamakan keaslian sajian Korea kami, yang memaparkan cita rasa unik, budaya dan juga penduduk Korea kepada rakyat Malaysia,”
Selain daripada dua hidangan lazat ini, DubuYo juga menghidangkan Citron Dubu kecil percuma kepada pelanggan yang menggambil gambar diri mereka bersama risalah menu Syupeo Ramyeon dan berkongsi gambar tersebut dalam akaun Instagram atau Facebook. Ditawarkan untuk tempoh terhad, harga ala carte untuk Syupeo Chicken Ramyeon ialah RM20.90, manakala harga bagi set ialah RM23.90. Harga ala carte Syupeo Beef Ramyeon ialah RM22.90 bagi ala carte dan RM25.90 untuk set.
“Kami berharap untuk mengembangkan DubuYo menjadi restoran pilihan utama bagi orang ramai menikmati sajian asli Korea yang menjadi kegemaran mereka. Fokus kami terhadap kualiti dan keaslian yang telah membantu kami mencapai kejayaan setakat ini, kami juga berharap sokongan berpanjangan dari pelanggan serta membantu kami untuk terus menawarkan pengalaman menjamu selera yang baharu,” jelas Wong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan industri pelancongan merupakan antara yang paling terksesan dengan penularan gelombang ketiga Covid-19 yang sedang melanda negara kita. Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh Negeri di Malaysia, rancangan percutian terpaksa harus ditunda.
Malah tempahan awal penerbangan dan penginapan juga perlu ditangguhkan ke tarikh yang lain. Jadi bagaimana anda boleh ‘mengembara’ tanpa pergi bercuti dan melancong secara harfiahnya? Anda sebenarnya boleh menggunakan dunia digital untuk menikmati keindahan destinasi pelancongan tanpa perlu meninggalkan rumah menerusi cara-cara berikut seperti yang dikongsikan oleh Tourism Selangor!
Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi merancang percutian ke 9 Daerah di Negeri Selangor pada masa kelak.
Berkelah di halaman rumah bersama keluarga tersayang. Minum petang adalah idea yang baik!
Ikuti lawatan dalam talian atau online tour. Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta dengan lawatan maya ke Galeri Shah Alam dengan melayari laman web rasmi mereka di https://galerishahalam.com/video/ .
Tonton video promosi pelancongan terbaharu dari Tourism Selangor sempena Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” di saluran YouTube https://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0 dan langgani saluran YouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk dan acara pelancongan Negeri Selangor.
Memasak makanan tradisional Negeri Selangor yang mesti dicuba sendiri!
Khaskan satu diari percutian bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati. Senaraikan segala maklumat yang dapat diperolehi seperti masa, tempat, harga tiket penerbangan dan penginapan, keperluan pakaian, belanjawan dan seleksi restoran terutamanya jika anda mempunyai alahan atau mahukan restoran halal yang menepati mod pengangkutan anda.
Ambil ilham dari hotel 5 bintang dengan menghiaskan bilik tidur anda dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci untuk pengalaman penginapan mewah dirumah.
Tonton filem kegemaran bersama yang tersayang di rumah untuk memanfaatkan masa berkualiti bersama.
Cetak peta dunia dan tandakan destinasi yang anda pernah lawati dan yang anda ingin lawati pada masa hadapan. Anda juga boleh memulakan dengan peta Negeri Selangor!
Cari pakej pelancongan, hotel dan penginapan dalam talian dari masa sekarang untuk mendapatkan tawaran pada harga terbaik untuk rancangan percutian masa hadapan anda.
Dengan senarai ini, kini semua orang boleh bercuti tanpa perlu berjalan jauh dan meninggalkan rumah masing-masing. Pengalaman percutian boleh dinikmati dalam keselesaan di rumah, sambil menjamu makanan yang cukup enak dan bangun dari tidur di bilik mewah bak hotel 5 bintang. Tanpa anda sedari, idea-idea ini akan menemani anda sepanjang tempoh dua minggu ini lagi dan akan sekaligus memberi semangat kepada anda. Cipta memori terindah dengan hanya berada di rumah. Kongsikan senarai ini bersama rakan-rakan dan orang tersayang anda.
Patuhi arahan PKP dan kekal berada di rumah. Anda mampu selamatkan diri anda dan orang sekeliling anda. Kami di Tourism Selangor prihatin akan komuniti dan seluruh rakyat Malaysia. #TourismSelangorCares
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Digelar Jelapang Padi Selangor, Sekinchan dan Sg Besar bukan sahaja terkenal dengan sawah padi, tetapi juga kaya dengan hasil bumi lain termasuk buah-buahan, sayuran selain menjadi lokasi penting hasil laut.
Tidak hairanlah dua lokasi di daerah Sabak Bernam ini menjadi lokasi pelancong dari ibu kota untuk menenangkan fikiran terutama pada hujung minggu, selain membebaskan diri daripada hutan konkrit. Malah, ia turut menjadi pilihan pelancong asing kerana menawarkan lokasi percutian menarik dan mendamaikan.
Kepada peminat sawah padi, pantai, kulinari & fotografi, tip percutiaan ini khas untuk anda! Cuti-cuti ala PKPB di Selangor sumber Mohd Helmi
Trip 2 Hari 1 Malam :6 hingga 7 Jun 2020
Lokasi: Jajaran Pantai Barat Selangor, Sekinchan & Sg.Besar, Sabak Bernam.
Sebelum ini sudah banyak kali melalui laluan ini untuk urusan kerja/ laluan en-route ke Pangkor. Tapi itu lah kali ni berbeza sebab musim menuai padi menggamit ke Sabak Bernam untuk tujuan bercuti bersama teman. Kos serba kongsi dapat jimat sikit.
HARI 1
Singgah makan tengahari di Warung Nasi Ayam Golek Ganu Kite di Sungai Buloh. The best of Nasi Ayam in the town. Kos hanya RM10 half chicken +RM1.50 nasi.
OTW singgah pula di Cendol Durian Borhan Kuala Selangor. Cendol yang meresap meleleh ke rongga mulut diiringi kemanisan duriannya. Ingat nak repeat keesokan harinya tapi niat batal sebab terlalu ramai orang hari Ahad. Kos RM8.
Tentatif utama pun bermula seawal jam 2. Baru je belok sikit je sekitar Parit 4 Sg.Burong, kami dah disajikan hamparan karpet semulajadi bernama padi. Terus teruja & berhenti kereta untuk bergambar.
Ah Ma House: Seterusnya ke rumah kedai nenek Ah Ma untuk membeli Kuih Kapit yang berderai di mulut RM20+ Fridge Magnet RM8 Rumah ini juga dijadikan mini galleri menempatkan barang-barang antik.
Rumah Atuk pula hanya berdepan dengan rumah nenek Ah Ma. Tak pasti kenapa rumah mereka asing-asing. Apa pun di sekitar dua buah rumah ini berlatarkan sawah padi nan hijau+kuning. Sayup mata memandang.
Ronda-ronda sekitar pekan Sekinchan
Check-in di Sekin Hotel And Resort, Sekinchan. Masa ni OYO buat promosi RM50/ Twin room puas hati sebab hanya beberapa langkah ke Pantai Redang. Hanya Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Kolam mandi dan menaranya masih ditutup. Berdepan betul dengan Jeti Nelayan Sekinchan.Layan sunset pantai memang A.
Mengakhiri makan malam di warung Ikan Bakar Abah, Sekinchan. Sedap ikan pari bakarnya.
HARI 2
Pagi-pagi selepas subuh, kami dah ke Pantai Redang, hanya di tepi bilik hotel untuk melihat sunrise. Gagal, cuaca tak berapa bagus.
Check out hotel sekitar jam 11 pagi.
Faridah mentarang bakar sekinchan, ya setelah mendengar perkhabaran keenakan mentarang bakar dari sosial media, janggal sekiranya ke Sekinchan tak ke sini. Memandangkan hari minggu dan kerana viral, agak lama kena menunggu giliran masuk kedai ni. Tapi berbaloi sebab Mentarang, Pepahat dan Sembilang dia memang terbaik. Layanan owner dan pematuhan SOP di sini juga pada tahap yang tinggi. Kos makan RM30/seorang. (Termasuk nasi dan air).
Bersiar-siar hingga ke Parit 9 kononnya nak cari Gulungan Jerami padi.Tapi tak jumpa. Mujur jumpa tepi kilang padi di Jalan Tali Air 5.
Singgah di Mango King.
Gallery Padi/Kilang Padi Pearl Rice Garden untuk membeli sekampit beras 5kg.RM13.Ada jenis yang tak dijual komersil di pasaran luar. Galeri ditutup sementara waktu sempena PKPB.
Bergambar di Padi Box dan Kafe N16.
Singgah di Mee Udang Banjir. Tunggu sejam tak sampai-sampai mee nya. Dapat air je. Mungkin udangnya berselindung di balik batu. Malas nak tunggu lagi.
Tamat percutian 2 hari 1 malam di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...