Ramai tahu tentang haiwan jinak ini yang tidak takut ketika kita menyelam di lautan. Malah saban tahun penyu akan kembali walau sejauh mana dirinya mengembara jauh untuk bertelur.
Namun tahukah kita di mana sebenarnya terletaknya makam penyu apabila tiba ajal mereka. Rupanya lokasi unik ini terletak di Pulau Sipadan, Sabah dikenali sebagai Turtle Cave.
Dengan berkedalaman 23m dan 100m dalam panjang mendatar, Turtle Cave terletak di Pulau Sipadan, Sabah. Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, gua ini juga mempunyai dua cabang gua di mana salah satunya dipanggil ‘Turtle Tomb’.
Ia merupakan tempat persemadian untuk penyu (khususnya spesies penyu hijau [green turtle]). Namun bukan harus cuba-cuba untuk ke sini sebaliknya perlu mengambil kursus khas walau kita ada pengalaman 10 tahun dalam skuba diving. Sebabnya, adalah untuk keselamatan.
Ads
Seorang pengguna Facebook iaitu Joe Joe berkongsi di fb Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mengenai gua unik ini, beserta dengan teorinya bahawa gua ini ‘mungkin’ pernah menjadi penempatan manusia.
Pulau Sipadan ada sebuah gua iaitu dipanggil Turtle Cave berkedalaman 23m, 100m dalam panjang mendatar dan di dalamnya ada dua cabang gua salah satunya dipanggil "Turtle Tomb" (tempat persemadian penyu hijau atau green turtle) cabang yang kedua dipanggil" Triangle" berkedalaman 28m, dalam mendatar lebih kurang 15m.
Ads
Teori daripda Joe Joe (JoeStarzz):
Pada asalnya "berkemungkinan" gua ini adalah gua penempatan manusia pada zaman purba atau zaman batu dan Pulau Sipadan ini adalah sebuah gunung sebelum berlakunya banjir besar pada suatu ketika dahulu.
Ads
Di dalamnya ada terdapat sebuah lorong pintu gerbang berketinggian lebih kurang 18m sepertinya manusia zaman dahulu lebih tinggi berbanding manusia zaman sekarang, dan ada terdapat banyak bilik-bilik, dinding pintu gerbang ada terdapat dua warna berbeza warna diatas berwarna putih dan dibawah berwarna coklat itu adalah kesan paras air pada suatu ketika dahulu sebelum ditenggelami sepenuhnya.
Peringatan!!!
Untuk menyelam masuk ke dalam Gua Penyu (Turtle Cave), penyelam skuba itu haruslah mengambil kursus khusus "Full Cave Course", kursus khas ini boleh diambil dengan RAZOR sebuah organisasi selaman teknikal, kalau di Daerah Semporna Sabah ada seorang Course Director PADI dan juga Instructor RAZOR Roihan Han yang boleh mengajar Sidemount, taknikal skuba dan banyak lagi kursus khas yang boleh dipelajari, walaupun penyelam skuba itu mempunyai lesen selam skuba tidak bermakna dia boleh masuk kedalam gua begitu saja dia perlulah ada kursus khas yang perlu di ambil, selam skuba tinggi resikonya apatah lagi selam skuba memasuki gua dasar laut. Sumber/ gambar : Joe Joe
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Alang-alang sampai di Miri,Sarawak masukkan destinasi Long Bedian dalam itinerari percutian anda. Long Bedian merupakan salah satu kawasan rumah panjang yang masih kekal dengan adat resam akar umbinya dan penduduknya jarang berhijrah ke bandar.
Long Bedian hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan lebih 200km dari bandar raya Miri. Selain itu, kampung berkenaan juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspres dari pekan Marudi ke Long Lama, sebelum menggunakan laluan jalan balak dari Long Lama ke Long Bedian.
Kejayaan dan perkembangan rumah panjang ini menarik perhatian ramai pihak sehinggalah mendapat perhatian dari keturunan Diraja untuk datang melawat. Dengan semangat kemasyarakatan yang ditunjukan, Orang Kayan iaitu penduduk di Long Bedian telah mewujudkan satu program komuniti pelancongan dengan membina chalet persisiran sungai yang bersambung dengan rumah panjang tersebut.
Pengunjung yang datang ke sini sentiasa dialukan untuk merasai pengalaman kehidupan di Long Belian. Lawatan ke Long Bedian menjanjikan pengalaman menyusuri sungai, menyediakan rangkaian laluan hutan yang menyeluruh serta penjelajahan menggunakan bot untuk menyaksikan pemandangan air terjun yang sangat menakjubkan.
Biarpun, prasarana infrastruktur tidak sempurna seperti di kawasan lain, namun masyarakat di sini yakin kesungguhan penting dalam membangunkan kawasan tersebut agar tidak terus mundur dan ketinggalan.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sarawak sememangnya memilik banyak produk pelancongan menarik untuk diteroka. Selain terkenal dengan Kampung Budaya Sarawak, ada banyak lokasi indah untuk diteroka oleh kita semua. Antara yang menarik termasuklah Puncak Bukit Batu Selabat di Muara Tebas.
Bukit Batu Selabat kian terkenal di kalangan pendaki dan juga bagi yang meminati keindahan alam semulajadi. Terletak di Kampung Selabat, Muara Tebas jarak dari pusat bandar Kuching adalah lebih kurang 25km dan mengambil masa kira-kira 30 minit dengan menaiki kereta untuk sampai ke kampung tersebut.
Pendakian dari kaki bukit (Kampung Selabat) menuju ke puncak mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam mengikut stamina dan kelajuan masing-masing. Selain daripada pendakian hingga puncak Bukit Batu Selabat, pendaki juga boleh menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam serta boleh juga berkhemah di puncak Batu Selabat (terdapat 1 tapak khas di puncak bukit dengan bilangan yang terhad bagi yang ingin berkhemah).
"Dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Jangan lepaskan peluang untuk ke Arong Serait Waterfall untuk bermandi-manda menikmati ketenangan. Jom ke Arong Serait. DAri Bukit Batu Selabat, pendaki boleh memilih untuk meneruskan aktiviti ke Arong Serait Waterfall dengan trek sejauh lebih kurang 1 jam 30 minit bagi "beginner hikers".