Terengganu Darul Iman negeri yang indah permai dan cantik menawan. Ibu negerinya, Kuala Terengganu pernah diangkat menjadi lokasi yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.
Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling ‘menyeronokkan’ untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana.
Begitu juga dengan Tasik Kenyir, bagi anda yang bukan kaki pancing, tetapi teringin untuk bercuti di Tasik Kenyir, jangan malu dan segan untuk ke sini. Tasik Kenyir punya tarikan aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur. Pelbagai jenis penginapan juga disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot, kalian berpeluang untuk menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun pasti memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Teringin nak cuti-cuti Terengganu? Ikuti perkongsiaan daripada saudari Aziera Dianza yang berkesempatan bercuti ke negeri ini di daerah Kuala Terengganu dan juga Tasik Kenyir. Memang puas hati trip sebegini.
(Itenary Kuala Lumpur -Kuala Terengganu – Tasik Kenyir -Pantai Cherating)
4D3N Vacation 20 Aug 2020 – 23 Aug 2020 (PKPP). Terengganu Negeri Cantik, Budaya Menarik
Day 1
Sampi je Kuala Terengganu lepas subuh teros beratur di Nasi Dagang Atas Tol. Sarapan pagi di Nasi dagang atas tol
Ada 3 Cawangan
1. Atas Tol
2. Padang Negara
3. Losong
Dibuka seawal 630am-12tnghari.. Makanan murah n sedap..
Ads
Checkin Baiduri Homestay Kuala Berang
RM200
– 5 Bilik Tido (1 Bilik Aircond)
– 3 Bilik Mandi (Ade water heater)
Homestay yang sangat lengkap dan selesa
Air Terjun Sekayu (Sekayu Waterfall)
Tiket masuk RM2
Kena jalan sejauh 800m untuk naik keatas.. Nak mandi kt bawah pun boleh.. Tp view atas lg menarik..
Pasar Payang
Port untuk membeli keropok, batik Terengganu.. Mcm2 ada disini.. Tp terasa rindu suasana pasar payang yg dulu.
Drawbridge Kuala Terengganu
Boleh bergambar disitu dengan view jambatan yang menarik.. Boleh jugak membeli makanan di Terengganu Food Trucks, Dataran Drawbridge.
Sekati Emas Boat Tour
Kami menaiki boat dari Jeti Bot Penambang Pasar Kedai Payang
Ads
Dewasa : RM30
5-12 Tahun : RM15
4 Tahun Kebawah : FREE
Route :
Pulau Sekati-Taman Tamadun Islam-Masjid Kristal-Pulau Duyong-Kg Cina-Pasar Kedai Payang -Drawbridge KTganu
Tempoh tour :
1 jam – 1 jam setengah
Schedule :
Pagi – 6.45am (sunrise), 830am,1015 & 1130am
Ptg – 2pm,330pm,5pm, n last trip 630pm (sunset)
Medan Ikan Bakar Kuala Ibai
Better booking dulu kalau nk makan kt sini..
Day 2
Breakfast di Kedai Makan Seri Lawit Corner. Harga sangat murah. Pelbagai pilihan nasi minyak nasi kerabu nasi dagang nasi lemak. Roti canai kuih muih pun ada.
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) Tasik Kenyir. Menempatkan sebanyak 18 ekor gajah yang mempunyai penjaga dikenali sebagai Mahut. Aktiviti menarik memberi gajah makan, memberi gajah susu & melihat gajah mandi. Kenyir Elephant Conservation Village mempunyai pelbagai fasiliti asas seperti Surau, Tandas, Bilik Persalinan, Ruang Rehat, Mini Kafeteria dan Kiosk Jalan. Tarikan yang menarik disitu ialah Jambatan Gantung (Canopy Walkway) sepanjang 600 meter dengan 5 Menara Tinjau dan 6 Platform.
Harga Tiket Promosi
Ads
Warganegara (MyKad)
11 bulan kebawah : Percuma
1 hingga 6 Tahun : RM 5.00
7 hingga 12 Tahun : RM 15.00
13 Tahun Keatas (Dewasa) : RM 25.00
Makanan Gajah : RM5/bakul
Susukan Gajah : 500ml – RM5 / 1liter – RM10
Waktu operasi jam 9.00 pagi – 5.30 ptg
Lunch di Restoran Lembah Warisan. Bagi peminat masakan ikan air tawar boleh cuba masakan di restoran ni.. Ikan kelah n ikan patin pun ada. Sedap. Pilihan lain boleh cuba makanan di Warung Mr. Baung. 500m dri Lembah Warisan.
Jeti Pengkalan Gawi
Tiket parking kereta RM5
Kenyir Eco Resort. Di Tasik Kenyir kami menginap di Kenyir Eco Resort. Milik bumiputra. Resort atas air di Kenyir. Sangat selesa. Makanan sedap. Facilities lengkap. Setiap bilik ade aircond. Harga mampu milik.
Aktiviti disediakan di Resort
Berkayak n Jetski
Banana Boat
Berenang kt tasik
Karaoke + bbq
Fishing
Day 3
Menaiki boat ke Kelah Santuary. Kena berjalan sejauh 1600m utk ke Lubuk Kelah. Standby air minum. Kat atas ade gerai kecik utk bli jajan n makanan ikan.Mandi manda n lunch di Air Terjun Lasir. Wajib pakai safety jacket ketika mandi . Aktiviti Menarik Di Tasik Kenyir:
Kelah Santuary
Air Terjun Lasir / Saok
Taman Orked
Taman Herba
Hiking di Gunung Gagau
Melawat Gua Bewah n Gua Taat
Gua Taat terletak bersebelahan Gua Bewah.. Semasa air tinggi, pintu masuk gua tenggelam di dasar dan pengunjung kena menyelam untuk masuk.
Day 4
Singgah mandi manda di Pantai Cherating n balik ke KL
Tamatlah sudah percutian 4d3n kami. So kalau ada sebarang soalan n pertanyaan boley tanye hakak ye. Teruskan Support Industri Pelancongan Kita. Jom Cuti-cuti Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sri Lanka, negara yang menawarkan pelbagai destinasi menarik yang mempunyai pemandangan alam dan sejarah yang istimewa untuk diterokai.
Jika bercadang ke sana, ini ada perkongsiaan menarik daripada saudara Zain Asri untuk itinerari dan bajet ke Sri Lanka untuk 9 hari.
Day 1
KL ke Colombo flight malam
Day 2
Dambulla
Sigiriya Lions Rock
Day 3
Nuwara Eliya
Spice garden
Tea Factory
Day 4
Tea farm
Gregory Lake
Lover’s leap waterfall
St. Claire’s waterfall
Day 5
Train ride Nanu Oya ke Ella
Little Adam’s Peak
Day 6
Nine Arch Bridge
Rawana waterfalls
Kirinda Beach
Day 7
Udawalawe Safari
Hambantota
Matara Beach
Mirissa Beach (sunset)
Day 8
Indian Ocean whale watching
Coconut tree hill
Galle Fort
Day 9
Coastal Line train ride
Sightseeing Colombo
Pettah market
Red Mosque
Galle Face Green
Airport drop
BAJET
RM3000+ termasuk:
Flight pergi/balik
Luggage
Visa USD40
Transport private coach (share 13 org) termasuk driver, driver food/accommodation, toll, minyak, parking (share 13 org). Sri Lanka minyak mahal RM3.90 seliter.
Aktiviti dan entrance fee -+USD100 (Safari, Jeep, World Heritage Site, Whale Watching)
Hotel
Breakfast
INFO TRIP
Bajet bergantung kepada jumlah hari, boleh dapat murah lagi kalau naik public transport sepanjang masa, tinggal budget hotel dan tak lakukan apa-apa aktiviti atau tak masuk tempat lawatan berbayar.
Flight AA/Malindo ke Sri Lanka malam, sampai sana tengah malam. Private transport datang jemput kat airport pukul 2am. Kalau naik bas public transport tunggu kat airport, pagi baru ada bas. Alternatif lain boleh ambik Uber atau teksi airport yg beroperasi 24 jam, keluar airport belok kiri dan tunggu depan pejabat pos.
Kadar tukaran LKR100 = RM2.40
Sim kad boleh di dapati kat arrival hall airport. Harga bermula RM12, dapat 2GB data 20 min call.
Orang Sri Lanka baik, polite, mudah tersenyum dan sangat hormati orang luar.
Kat Sri Lanka ada orang Melayu, yg berhijrah daripada Nusantara beratus-ratus tahun dulu.
Sri Lanka sangat bersih dan humidity tinggi, jadi kat sini tak banyak habuk.
Public transport murah gile, tiket bas bermula RM1-RM2. Tiket train kalau stesen dekat, 30 sen je tambang,
Kami sewa private transport sepanjang berada kat sana, sangat efisien, ikut timing kita sendiri, jimat banyak masa dan dapat singgah banyak tempat walaupun tak de dalam itinerary.
Makanan halal boleh di dapati di setiap bandar (Colombo, Kandy, Nuwara Eliya, Ella, Mirissa) kerana terdapat penduduk Sri Lanka yang muslim. Tanya je orang kalau tak tahu. KFC kat sini halal kerana menggunakan halal certified supplier. Fast food lain saya kurang pasti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai yang suka air terjun tetapi kurang tahu lokasi menarik nak singgah bawa anak-anak, kan?
Salah satu lokasi menarik wajib anda singgah di Kelantan adalah Lalang’s Resort & Spa yang terletak di Jeli.
Air Terjun Cantik Di Chalet Unik Lalang’s Resort & Spa
Nak mudah lagi, cari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memang sekitar itu sahaja tempatnya.
Lalang merupakan tempat bertemakan alam semula jadi, cuaca yang sangat nyaman dan sejuk disini, jauh dari pembangunan dan udara nya sangat menyegarkan. Bila datang sini rasa tenang sangat.
Layan bunyi air terjun, resort pun unik, nampak klasik. Semua sudut terjaga rapi dan bersih dari sampah. Staff si sini pun ramah.
Harga berpatutan, chalet hanya Rm250/ untuk satu malam. Hah, air terjunnya panjang sangat. Jadi memang tak semak kalau nak mandi.
Untuk anda yang nak merasa air terjun, bolehlah pergi. Owh ya, masuk percuma saja kalau setakat nak bbq , berkelah dan mandi manda. Kalau nak tidur chalet baru kena bayar.
Lokasi:
Lalang’s Resort & Spa
PT 6293, Sungai Keding, Kampung Gemang, 17700 Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan menawarkan kursus dalam talian secara percuma kepada semua pemandu pelancong yang berhasrat untuk memperbaharui lesen mereka.
Kursus jangka pendek itu membabitkan langkah dan pelan yang boleh diambil oleh pemandu pelancong untuk mempromosikan perkhidmatan pelancongan mereka dengan norma baharu berikutan penularan COVID-19.
“Contohnya, MOTAC akan ajar mereka untuk keluarkan satu video teaser di platform mereka termasuk media sosial menerusi kepakaran bercerita mengenai tempat pelancongan mereka untuk merangsang bakal pelancong datang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau sekurang-kurangnya diberi kelonggaran selepas ini,” kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.
Bagaimanapun, mekanisme dan tarikh kursus dalam talian itu dimulakan, belum ditentukan lagi kerana memerlukan penglibatan beberapa pihak termasuk Institut Latihan pelancongan (ILP) dan persatuan pemandu pelancong.