Bagi yang gian untuk bercuti tetapi masih bimbang dengan penyebaran virus Covid-19, boleh menghabiskan masa senggang dengan melawat destinasi menarik hanya di Selangor.
Sebenarnya masih banyak lagi lokasi ‘rare’ dan viral boleh diterokai di Selangor dan anda tidak perlu keluar dari Lembah Klang ini untuk bercuti.
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan industri pelancongan Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”
Kempen ini mula diwar-warkan melalui landasan digital bermula pada 10 Jun yang lalu, susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Umum mengetahui, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas ekoran impak dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebahagian operator pelancongan perlu menutup operasi atau beroperasi tanpa keuntungan dan golongan yang bergantung pada industri pelancongan pula terjejas pendapatan, malah ada yang hilang mata pencarian.
Memahami situasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pendahulu dalam pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 yang telah diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 13 Julai lalu. Antara yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.
Pakej Bantuan Sektor Pelancongan ini turut merangkumi penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.
Ads
Penggunaan baucar ini adalah dalam bentuk pengembalian mata nilai dompet elektronik dan baucar eletronik sebanyak RM 200.00 seorang untuk penerima yang layak. Baucar ini perlu digunakan bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch ‘n Go e-Wallet dan aplikasi ‘marketplace’ Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro ‘Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’.
Penebusan subsidi baucar pelancongan ini akan membuka promosi jualan di kedua-dua landasan e-dagang tersebut bermula pada 8 hingga 31 Januari 2021 dengan tempoh sah-laku bagi pakej yang telah dibeli sehingga 30 Jun 2021.
Pihak Tourism Selangor juga mensarankan kepada para pelancong untuk mengamalkan norma baharu yang menekankan SOPs (Standard Operating Procedures) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa melancong ke Negeri Selangor.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor agar Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” dapat memberikan impak yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan domestik Negara, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.
Ads
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel atau di :-
Paris, kota cinta yang pastinya menggamit memori siapa yang pernah mengunjungi kota indah ini. Malah bagi yang belum berkunjung tiba, pasti menyimpul impian untuk mengumpul memori indah bersama orang tersayang.
Pada tahun 2019, kota Paris terpilih sebagai kota paling indah di dunia dari 50 buah kota yang disenaraikan mengalahkan New York, London, Vancouver dan lain lagi yang dilakukan oleh agensi pelancongan Kanda Flight Network.
Memiliki pesona menawan dan indah dari segi reka bentuk bangunannya, sebelum pandemik ia dikunjungi lebih 40 juta pelancong yang mahu melihat bangunan Eiffel Tower dari dekat.
Namun di sebalik keindahan kotanya, ada sesuatu tersembunyi di jalan bawah tanahnya kerana kemungkinan besar di bawah jalan yang kita bersiar-siar itu merupakan kubur besar yang dibuat di bawah tanah.
Dipetik dari fb John Mohamad yang berkongsi fakta ini, ia menempatkan enam juta mayat di kubu bawah tanah ini.
Dikenali sebagai Paris Catacomb yang menempatkan hampir 6 juta mayat ditanam dikawasan tersebut. Tempat ni dibina apabila kubur di kota Paris pada zaman Rom telah penuh.
Ada mayat yang terkeluar dari kubur,jadi banyak lalat yang hinggap dekat mayat, tahap kesihatan akan menurun kalau dibiarkan malah udara mula bau busuk. Jadi raja Louis XVI mengarahkan untuk selesaikan masalah ini, mayat tersebut ditanam didalam kuari batu kapur.
Kerja memindahkan kesemua mayat tadi dari tahun 1785 hingga 1787 dan ketika itu pekerja menyusun tengkorak dan tulang dengan cara tersendiri.
Harap, tak adalah yang tersampuk kalau ke sini ya. Tapi kalau jatuh cinta itu, tak mengapa. Sumber : FB John Mohamed
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anugerah “Best Airline Cabin Staff” antara title kategori utama dalam dunia penerbangan. Anugerah ini diambil kira dari segi keseluruhan prestasi krew kabin dan meliputi usaha keras seperti tekink, effisiensi, perhatian beserta karakter lembut seperti attitud, kemesraan, dan lain-lain. Penerbangan di Asia menguasai posisi atas dalam kategori ini. Jom lihat Top 20 uniform krew kabin terbaik dunia.
Buat anda yang suka untuk mengetahui dan melihat sejarah sesuatu tempat dengan lebih dekat berbanding membaca di buku dan google di internet, anda boleh merancang percutian ke Kemboja pada 7 Januari setiap tahun kerana rakyat Kemboja akan menyambut Hari Kemenangan atau Victory Day sebagai memperingati kemenangan tertumbangnya rejim Khmer Rouge pada 1979.
Sewaktu pemerintahan rejim Khmer Rouge ini telah berlaku pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Kemboja. Dianggarkan lebih 1.7 juta rakyat Kemboja terbunuh akibat kekejaman rejim Khmer Rouge yang mahu mengubah negara Kemboja menjadi negara komunis. Kejam kan?
Ini 10 fakta yang anda perlu tahu berkenaan dengan sejarah tersebut:
Berbeza dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di tempat lain, di mana kumpulan etnik tertentu disasarkan sebagai mangsa tetapi di Kemboja, pembunuhan beramai-ramai rakyat negara itu tidak mempunyai pengecualian dan turut melibatkan doktor, guru, golongan minoriti, orang yang mempunyai pendidikan, kanak-kanak dan juga bayi!
Pol Pot menghendaki negara itu kembali kepada cara hidup yang ‘cukup-diri-sendiri’ di mana wang tidak mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Ini membawa kepada pemindahan besar-besaran rakyat secara paksa dari bandar ke luar bandar untuk permulaan doktrinisasi tersebut.
Hampir dua juta orang yang mati semasa pemerintahan Khmer Rouge adalah 100,000 orang Cham Muslim dan 20,000 orang Vietnam.
Walaupun beberapa fakta mengenai pembunuhan beramai-ramai di Kemboja mendapat pengiktirafan antarabangsa, tragedi itu tidak disiasat di peringkat antarabangsa kerana kekalahan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam dan Amerika Syarikat tidak mahu terlibat di rantau ini lagi.
Pada beberapa tahun selepas malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja, negara itu mula membuka peluang kepada komuniti antarabangsa untuk mendekati mangsa yang selamat dan berkongsi kisah dan pengalaman mereka. Dengan fakta-fakta mengerikan mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku, Hollywood mencipta filem The Killing Fields berdasarkan pengalaman kisah benar mangsa. Filem ini membawa perhatian seluruh dunia kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja yang diabaikan di peringkat antarabangsa.
The Extraordinary Chambers di Mahkamah Kemboja, atau dikenali sebagai ECCC, ditubuhkan pada 1997 dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan untuk mendakwa pemimpin kanan Khmer Rouge terhadap jenazah yang dilakukan dalam pembunuhan beramai-ramai dahulu.
Pol Pot menghadapi pertuduhan pertama pada tahun 1997 di mana dia dijatuhkan hukuman tahanan. Dia meninggal dunia kurang dari satu tahun kemudian dan tidak pernah menghadapi perbicaraan sebenar kerana jenayahnya dan meninggalkan berjuta-juta orang terkilan kerana tidak berpeluang untuk membawanya ke muka pengadilan.
Mangsa dibenarkan secara aktif mengambil bahagian dalam prosiding mahkamah percubaan sebagai pengadu bagi memberikan mereka keadilan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan baharu. Jumlah mangsa yang hadir pada setiap kes perbicaraan adalah berbeza daripada 94 hingga 4,128.
Sepanjang percubaan, tiga tertuduh telah dijatuhkan hukuman dan empat lagi didakwa atas tuduhan yang berkaitan dengan kejahatan terhadap kemanusiaan, pembunuhan, pencabulan Kanun Keseksaan Kemboja 1956 dan pelanggaran Konvensi Geneva 1949 dan pembunuhan beramai-ramai.
Kenyataan penutup untuk kes terakhir berlangsung sembilan hari pada bulan Jun 2017 dan penghakiman terakhir diadakan pada tahun 2018.
Itu serba sedikit fakta mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Kemboja. Pemeintahan rejim Khmer Rouge tak lama, dari tahun 1975 hingga 1979 sahaja, tetapi kesan daripada tindakan kejam mereka itu berterusan sehingga berdekad lamanya.
Jadi kepada anda yang suka melancong untuk mengetahui perkara-perkara seperti ini, jangan lupa untuk melawat Kemboja bukan Januari nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!