Ketika wabak pandemik melanda negara, ramai daripada rakyat Malaysia yang diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja untuk mengelakkan penularan COVID-19.
Sudah hampir masuk tempoh setahun kita hidup dalam norma baru sebegini. Ada kalanya hanya berada di rumah semata-mata untuk bekerja pasti berasa bosan dengan persekitaran tersebut. Tekanan dari situasi ini mampu memberi kesan kepada produktiviti kerja. Bagi sesetengah orang, rumah bukanlah tempat terbaik untuk fokus kepada kerja. Jom tukar angin dengan bekerja dari hotel.
Ini 10 hotel terkemuka di Selangor yang menawarkan pakej work-from-hotel sekiranya anda memilih untuk menukar cara kerja kebiasaan anda:
Namun begitu, usah lah kita mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kepatuhan kepada operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.
Sumber: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah restoran kecil diberi nama Wolfgat yang terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan dinobatkan sebagai restoran terbaik di dunia pada Anugerah Restoran Sedunia Terbaik yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.
Persekitaran yang sederhana dan konsep masakan kembali kepada asal yang diamalkan oleh pemiliknya juga chef di situ, Van Der Merwe berjaya menambat hati panel hakim Anugerah Restoran Sedunia.
Restoran Wolfgat ini terletak di tepi sebuah pantai menghadap Lautan Atlantik di Cape Barat dan baru dibuka dua tahun lalu. Bangunan asal restoran ini adalah sebuah kotej berusia 130 tahun dan dikendalikan Van Der Merwe sendiri serta dibantu oleh enam pekerja, yang kebanyakannya wanita.
Di restoran ini hanya mampu memuatkan 20 orang pelanggan sahaja untuk menjamu selera pada satu masa. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian dalam restoran, balkoni atau dibahagia luar menghadap pantai.
Set menu di restoran ini mengandungi hanya tujuh hidangan sahaja berharga sekitar AS$60(RM245), jauh lebih murah berbanding harga di restoran lain berhampirannya.
Antara hidangan istimewa di restoran Wolfgat termasuk rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain serta sayuran laut. Van Der Merwe mencipta resipi uniknya berdasarkan masakan masyarakat Melayu Cape Town di Afrika Selatan.
Pada setiap hari, Van Der Merwe akan keluar mencari ramuan asli berhampiran restorannya sebagai bahan sampingan untuk masakannya. Antaranya bunga lavendar, rumpai laut segar dan kepah. Beliau juga dikatakan begitu mahir membuat roti yang sedap dan menteganya sendiri.
Setelah dua tahun menutup pintu sempadan akibat pandemik Covid-19, Jepun akhirnya membuka pintu sempadan negara untuk pelancong asing bermula 1 Jun yang lalu. Namun kemasukan ke negara Matahari Terbit itu adalah secara bersyarat menerusi rombongan pelancongan.
Menurut Presiden Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Kuala Lumpur, Satoshi Seino, buat pertama kali dalam tempoh lebih dua tahun, industri pelancongan ke Jepun akan diteruskan semula.
Katanya, mulai 1 Jun pelawat dari negara dalam kategori biru termasuk Malaysia tidak perlu lagi menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerasa Chain Reaction (RT-PCR) dan kuarantin selepas tiba di negara itu.
“Secara umumnya, had jumlah ketibaan antarabangsa ke Jepun juga akan ditambah daripada 10,000 kepada 20,000 mulai 1 Jun ini.
“Bagi tujuan pelancongan pula, kemasukan bersyarat akan dibenarkan mulai 10 Jun dan seterusnya bagi pelawat asing dalam rombongan pelancongan terkawal yang dikendalikan oleh agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Satoshi berkata, JNTO Kuala Lumpur menyambut baik pengumuman oleh Jepun berhubung pembukaan industri pelancongan dan akan berusaha untuk mempromosikan pelancongan ke negara itu.
“Kita juga bersedia dengan kemasukan bersyarat yang ditetapkan kerajaan Jepun untuk tujuan pelancongan itu, namun bagi saya ini adalah langkah pertama ke arah pemulihan pelancongan masuk ke Jepun.
“Terdapat beberapa acara antarabangsa yang akan diadakan di Jepun, termasuk World Tourism Organisation (UNWTO) World Forum mengenai Pelancongan Gastronomi pada Disember ini, Adventure Travel World Summit (ATWS) dan Expo 2025 Osaka, Kansai,” katanya lagi.
Beliau berkata, pihaknya akan terus mempromosikan dengan mengambil kira dasar Jepun terkini dalam menerima kemasukan pelancong.
Tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan mula dijual pada 10 April 2019 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurut Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang mahu menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 8.30 pagi rabu depan.
Difahamkan, tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity dijual bagi perjalanan antara tarikh 1 Mei sehingga 16 Jun tahun ini berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan.
Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu. Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral-Woodlands-JB Sentral) kekal seperti biasa
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, Portal KTMB atau menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket serta di kaunter-kaunter tiket KTMB
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KTM Berhad www.ktmb.com.my, laman sosial KTM Berhad di Facebook (KTM Berhad), Instagram (@ktmbofficial) dan Twitter (@ktm_berhad) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad 24 jam setiap hari di talian 0322671200.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...