Susulan kemasukan Negeri Selangor dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang membenarkan sektor pelancongan domestik beroperasi semula terhad dalam Negeri yang sama, sukacita dimaklumkan, kawasan pelancongan seliaan Tourism Selangor, Taman Eko Rimba Kanching telah kembali beroperasi bermula 4 Oktober lalu, manakala Chongkak Park & Resort akan dibuka semula kepada umum bermula 9 Oktober 2021 ini.
Waktu operasi: 8.00 pagi sehingga 6 petang*
Had bilangan pengunjung: 500 orang pada satu-satu masa *Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.
Ads
Penyambungan operasi ini adalah tertakhluk kepada garis panduan atau SOP
terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:
Ads
Pengunjung wajib mendaftar masuk dan melalui proses imbasan suhu (harus kurang daripada 37.5 darjah Celsius), serta tidak bergejala
Hanya individu yang berstatus “Low Risk” dan “Casual Contact Low Risk” yang dibenarkan masuk, dan pengujung wajib menunjukkan Sijil Vaksinasi Covid-19 yang lengkap
Memastikan jarak sosial 1 meter pada setiap masa
Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa
Memastikan jarak antara kumpulan pengunjung dalam 1-3 meter
Memastikan jarak lokasi aktiviti dengan aktiviti yang lain dalam 3-5 meter
Tapak perkhemahan perlu memastikan jarak minima 2 meter dengan khemah yang lain, dan aktiviti bermalam adalah tidak dibenarkan
Ads
Diharap orang awam dapat kembali menikmati aktiviti riadah alam semulajadi di Negeri Selangor, namun menitik-beratkan soal keselamatan diri dan pengunjung lain dengan mematuhi secara garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu, bila menyebut tentang Gerik, ia hanya kawasan Hulu dan agak jauh dari pembangunan. Tapi kini, persepsi itu harus dibuang jauh-jauh kerana kawasan Hulu Perak ini menerima pembangunan serta banyak lokasi pelancongan boleh diteroka.
Bagi yang ingin bercuti ke Gerik, apa kata singgah ke Denai Kabus yang mendapat jolokan Switzerland Perak. Wow, tak perlu pergi jauh-jauh ke negara orang kerana suasana dan pemandangannya sama indah dengan lokasi pelancongan dunia itu. Nak ke sini pun tak susah, dalam 15 minit menaiki kereta dan sudah ada jalan tar disediakan untuk ke lokasi percutian ini.
Sesuai dengan namanya Denai Kabus, cuacanya sangat sejuk umpama bahkan dikatakan kabusnya ada sehingga sehingga tengahari. Tidak hanya berkabus, lebih menarik pada malam hari, di kawasan langit terbuka luas, kita dapat saksikan bintang-bintang indah bertaburan sekaligus menjadi kenangan sukar dilupakan saat berlibur di kawasan ini.
Jom tengok apa yang menarik di Denai Kabus.
Kawasan ini merupakan tarikan pelancongan dan riadah terbaru di Hulu Perak yang terletak di kaki Gunung Kenserong, Kg Pahat. Suasananya sangat damai dengan view yang sangat indah. Diapit dua gunung iaitu Gunung Kenderong dan Kerunai, pada waktu pagi, kabus dapat dilihat menutupi puncak gunung.
Ada dua pilihan penginapan iaitu cottage dan khemah.
Cottage A penginapan yang unik dan reka bentuk ala-ala eropah. Ada 6 unit saja dan harga sewaannya RM150 semalam. Boleh masuk 4 orang dewasa satu cottage.
Sementara khemah boleh dibawa sendiri pada harga RM50 satu tapak atau sewa dari pihak Denak Kabus pada harga RM10 sebagai tambahan khemah. Setiap port khemah dilengkapo plug, sinki dan tandas selain unggun api yang boleh jadi port lepak sembang banyak-banyak (tiada bayaran dikenakan untuk duduk di unggun api ya).
Apa aktiviti boleh dibuat di sini?
Bila melancong, kita mesti mahukan suatu kelainan. Kalau korang menginap di sini, lupakan telefon untuk beberapa hari kerana banyak aktiviti agro pelancongan boleh cuba.
Antaranya ialah :-
1) Memancing (bayaran ikut kilogram berapa ikan yang korang dapat tangkap).
2) Fish Feeding.
3) Mandi sungai (yang boleh berenang so so saja, pelampung ada disediakan. Jadi jangan risau).
4) Berkayak. 5) Boleh mendaki dua gunung berdekatan 6) Meneroka kawasan sekitar dengan menaiki ATV. 7) Menunggang kuda 8) Memetik sendiri buah strawberi 9) Belajar toreh getah (wow, ohsem sangat).
Di sini petting zoo juga disediakan untuk kanak-kanak ya di mana mereka boleh beramah mesra dengan binatang seperti Arnab, kambing dan lain lagi.
**media[]**
Dalam pada itu, pihak Denai Kabus memaklumkan, mereka secara aktif memikirkan cara merevolusikan kehidupan kampung untuk dinikmati tetamu. Keluar dan bermalam di hutan dalam usaha mencari hasil-hasil rimba seperti akar-akar kayu herba pernah jadi sebahagian sumber ekonomi penduduk kampung. Apabila malam tiba, unggun api dihidupkan bagi menjauhkan haiwan liar seperti gajah yang banyak di Gerik suatu ketika dahulu. Denai Kabus dikelilingi ladang dan dusun. Kayu-kayu mati dan kering kami kutip dan jadikan unggun untuk tetamu-tetamu menikmati kesejukan malam di kaki Gunung Kenderong dan Kerunai.
Dan lebih best, kalau pergi pada musim durian, ada kebun Musang King dan buah-buahan tempatan yang lain, sesuai dengan konsep agro pelancongannya di mana ada 1000 pokok Musang King ditanam di sini.
Yang nak pergi, boleh datang ke Denai Kabus yang terletak di Kaki Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak, Malaysia. Sumber gambar : FB Denai Kabus
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pantai Mek Mas, Kelantan agak terpinggir daripada pembangunan namun pantainya indah dan belum terusik, menjadi tarikan pelancongan.
Walaupun berdepan dengan isu hakisan tanah pantai sebelum ini, namun hari ini Pantai Mek Mas menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar untuk merasai pemandangan kawasan ala padang pasir yang luas. Selain itu, pengalaman yang tidak harus dilepaskan sekiranya berpeluang berkunjung ke sini adalah meluncur di atas bukit pasir atau gumuk. Jika teringin ingin mencuba aktiviti seakan di Lancelin Sand Dunes, Australia, anda boleh singgah sahaja ke Pantai Mek Mas.
Ada apa lagi yang menarik di pantai ini? Baca perkongsian daripada saudari Hidayati Saad
Pantai yang sesuai untuk ootd di Kelantan : Pantai Mek Mas!
Selain panorama dan aktiviti di pasirnya, pengunjung juga boleh ambik peluang untuk menjamu selera. Ada banyak gerai menjual makanan disekitar ini.
Jalan ke sini menghala ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) Sebelum sampai ke PCB ada lorong ke Kedai Buloh dan lorong yang sama untuk ke kedai popular warung Pak Mat Pulau Pisang. Berdekatan juga dengan kedai popular Selera Signal. Ada beberapa kedai menjual keropok lekor. Boleh la cuba rasa keropok lekor Kelantan. Tapi, tak sesedap Terangganu ya.
Di Selera Signal boleh cuba makanan
Maggi telur Sotong
Teh Beng
Teh Dangdut
Warung Selera Signal kecil sahaja tapi selalu ramai orang. Sila rancang perjalanan anda jika ingin ke sini ya. Menu yang dicadangkan mungkin tak kena pada tekak orang lain. Bagi saya sedap dan berbaloi untuk cuba. Sila tepuk dada tanya selera.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!