Kala ini kita masih meraikan bulan Syawal. Ada yang sudah memulakan puasa enam di bulan Syawal, ada sudah memulakan kerja sementara pelajar sudah memulakan pembelajaran dari rumah.
Namun bila raya, istilah raya tidak terhenti sehari dua sebaliknya dirayakan sebulan lamanya.
Kali ini LIBUR kongsikan makanan istimewa dari Johor iaitu burasak. Tak lengkap raya tanpa makanan asal Bugis ini.
Burasak atau buras ialah sejenis makanan tradisi yang menjadi hidangan utama masyarakat Bugis setiap kali menjelang hari perayaan yang berasaskan beras dan santan. Sesuai dimakan dengan pelbagai juadah seperti serunding, rendang ayam, rendang daging, ungkep, asam pedas dan sebagainya.
Bagi masyarakat di Johor mungkin sudah biasa mendengar nama makanan tradisi ini terutama di daerah Pontian.
Walaubagaimana pun, jika berkunjung ke Daerah Pontian, anda boleh menikmati makanan tradisional bagi masyarakat Bugis di sini tanpa menunggu hari perayaan.
Selain daripada burasak, terdapat juga makanan lain seperti ketupat, lepat loi, rendang dan sebagainya boleh diperolehi di sini. Jangan lupa dibawa pulang sebagai 'ole-ole' dari Daerah Pontian untuk diberikan kepada sanak saudara.
Selera Tradisi Catering Burasak
Jalan Osman, Pontian
(Berhampiran dengan trafik light Simpang 3, Bandar Pontian)
Bermula jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam (Rabu tutup)
https://www.facebook.com/seleratradisicatering/
#majesticjohor
#tourismjohor
#visitjohor2020
#staysafe
Sumber : Tourism Johor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI