langkwi

Pantai Langkawi memang sangat popular di kalangan pelancong. Bukan saja kepada pelancong luar, bahkan dalam negeri saja pantai peranginan paling popular dan jadi pilihan.

Namun itu sebelum berlakukanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kini dikatakan Pulau Langkawi kini bertukar ‘ghost town’ apabila tiada aktiviti pelancongan dibenarkan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Bertukar Jadi ‘Ghost Town’ Tanpa Pelancong. Lelaki Kongsi Situasi Terkini Pantai Cenang, Langkawi!

Terbaharu, sebuah video TikTok oleh Ed Shahir yang memaparkan suasana Pulau Langkawi menjadi perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kedai-kedai di kawasan sekitar Pantai Cenang ditutup dan sepi tanpa kehadiran pelancong.

Bertukar Jadi ‘Ghost Town’ Tanpa Pelancong. Lelaki Kongsi Situasi Terkini Pantai Cenang, Langkawi!

Ads

Bukan itu sahaja, malah jalan raya yang dahulunya sesak kini lengang tanpa kelihatan kelibat kereta di sana. Malah, Pantai Cenang juga kelihatan ‘tenang’ tanpa kehadiran para pelancong.

Bertukar Jadi ‘Ghost Town’ Tanpa Pelancong. Lelaki Kongsi Situasi Terkini Pantai Cenang, Langkawi!

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih melihat suasana di Pulau Langkawi.

Malah, para netizen turut berkongsi keadaan meriah di kawasan Pantai Cenang sebelum ‘total lockdown’ dilaksanakan.

Ads

Bertukar Jadi ‘Ghost Town’ Tanpa Pelancong. Lelaki Kongsi Situasi Terkini Pantai Cenang, Langkawi!

Untuk rekod, sebanyak 23 agensi pelancongan Pulau Langkawi terpaksa menamatkan operasi mereka berikutan keadaan industri yang semakin ‘tenat’ dan berdepan kerugian.

 

@edshahirHangpa pernah sampai sini? Cuba komen keadaan dulu-dulu kat sini macam mana.. ##fyp ##foryoupage ##beach ##langkawi ##photojournalist ##malaysiatiktok♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

Ads

Sumber: Vocket

Artikel Berkaitan:

Terokai Dasar Laut Nan Biru! Pasti Ramai Rindu Nak Menyelam Di Pulau Tioman

Bercirikan Tradisional & Klasik. Staycation Di Pondok Azzmo Guesthouse Untuk Yang Rindu Kampung!

Buka Pintu Boleh Terus Terjun Laut. The Taming Sari Beach House Tawar Staycation Menarik Ala Kampung!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI