Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi. Banyak lokasi indah dan menarik ada di seluruh negara. Malah kita juga mempunyai bekalan air mentah dari sungai-sungai yang belum tercemar. Bagi tahun 2021, sekali lagi Sungai Tapah dipilih sebagai sungai paling bersih di negara ini dari 10 buah sungai yang disenaraikan.
Dipetik dari Tourism Perak, empat dari sungai paling bersih terletak di negeri Perak.
Mereka yang ingin berhijrah mungkin boleh mempertimbangkan untuk memilih negeri Perak kerana memiliki sumber bekalan yang banyak dan terbaik kerana empat daripada 10 batang sungai paling bersih di Malaysia adalah terletak di negeri ini.
Paling terbersih ialah Sungai Tapah yang mengalir ke lembangan Sungai Perak diikuti Sungai Licin di Beruas, Sungai Manong (Kuala Kangsar) serta Sungai Nyior (Larut Matang). Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, sehubungan itu rakyat negeri ini perlu sama-sama bertanggungjawab menjaga sumber air demi kepentingan kira-kira 2.7 juta penduduk.
Ads
Menurut beliau, pencapaian ini turut disumbangan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.
“Bagi tahun 2021, kerajaan negeri berharap agar Sungai Kinta di sini turut tersenarai walau pun perlu menempuh beberapa cabaran kerana kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Ipoh.
Ads
“Kita juga telah memperuntukkan RM1 juta bagi usaha pemuliharaan Sungai Kinta yang turut melibatkan usaha pihak-pihak seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), JPS, JAS dan pejabat daerah merankumi elemen pendidikan, penglibatan rakyat dan kualiti air,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad pada program Gotong-royong Denai Sungai Kebangsaan sempena Hari Air Sedunia 2021 di Dataran Sungai Kinta di sini.
Ads
Program yang dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin ini turut berjalan serentak di 12 buah daerah melibatkan sungai masing-masing.
Tambah Mohd. Zolkafly lagi, semua agensi berkepentingan, pihak korporat khususnya industri yang terletak di sepanjang Sungai Kinta akan dilibatkan dalam usaha tersebut agar Sungai Kinta bersih dan dapat dijadikan contoh.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga komited untuk mewujudkan denai sungai sepanjang 1,000 kilometer di seluruh Perak menjelang tahun 2023 sebagai tempat riadah dan rekreasi yang dekat pada hati masyarakat. Sumber : Peraktastic Exploration & Discovery
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi pihak negara anggota Kesatuan Eropah (EU), Majlis EU meluluskan keputusan untuk menyempurnakan perjanjian bagi membolehkan United Kingdom keluar daripada blok berkenaan.
**media[137920]**
Pada 1 Februari 2020, United Kingdom tidak lagi dianggap sebagai negara anggota EU, meskipun ia akan terus mengguna pakai undang-undang EU sehingga tempoh peralihan tamat pada akhir 2020. Menurut Bernama, keputusan berkenaan dibuat sehari selepas sesi plenari Parlimen Eropah meluluskan perjanjian Brexit dengan 621 menyokong, 49 menentang dan 13 berkecuali.
**media[137917]**
**media[137919]**
**media[137915]**
Pemimpin politik EU dan United Kingdom sudah pun menandatangani perjanjian itu yang merintis laluan pengunduran secara teratur United Kingdom daripada EU. Ia meliputi:
**media[137918]**
Hak warga negara
Penyelesaian kewangan
Tempoh peralihan
Protokol mengenai Ireland dan Ireland Utara serta beberapa isu lain
Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa dengan penarikan diri United Kingdom daripada EU menamatkan keanggotaan negara itu selama 47 tahun. Rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada EU menerusi pungutan suara pada Jun 2016 dan kerajaan itu secara rasmi memaklumkan kepada EU mengenai hasrat mereka pada Mac 2017.
**media[137916]**
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semalam tular berita mengenai seorang wanita terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya.
Mangsa dianggarkan seberat 137 kilogram, dan menyebabkan pasukan menyelamat terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan berkenaan bagi menerima rawatan di hospital selepas lebih empat jam mengusung mangsa bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.40 malam.
Oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih dua kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa. Anggota bomba terpaksa berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.
Setelah berita tersebut disiarkan, rata-rata netizen tidak menyokong tindakan mangsa melakukan aktiviti tersebut kerana aktiviti mendaki dikatakan memerlukan stamina yang baik. Mangsa mungkin dikatakan ingin cuba mengurangkan berat badan selain mengamalkan cara hidup yang sihat.
Bagi Libur, berbadan besar dan mempunyai berat badan yang sangat berat tidak salah untuk mendaki jika anda mempunyai stamina dan tahap kecergasan yang baik. Oleh itu, jangan lupa untuk melihat tahap kesihatan diri anda dahulu sebelum melakukan aktiviti lasak ya. Lakukan aktiviti yang ringan terlebih dahulu sebelum memaksa diri. Sayang diri sendiri dahulu sebelum ambik pusing cakap-cakap orang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semua perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Bhd hanya akan beroperasi dari pukul 6 hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bermula 24 Mac.
Antara tren dikendalikan Prasarana adalah Transit Aliran Ringan (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) dan monorail. Sementara itu, perkhidmatan bas pula adalah Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung.
Foto: Rapid.my
Waktu operasi terkini berkenaan turut melibatkan Feri Pulau Pinang (Syarikat Rapid Ferry Sdn Bhd. Hanya satu feri sahaja yang akan beroperasi setiap satu jam dalam tempoh itu.
Pada waktu puncak iaitu pukul 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 petang, kekerapan perkhidmatan tren serta bas Prasarana akan ditingkatan kepada setiap 10 minit, berbanding 30 minit di luar tempoh itu.
Info:
Semua perkhidmatan keretapi Rapid KL yang meliputi perkhidmatan LRT, MRT dan monorel akan beroperasi hanya dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi sebelum berhenti, dan bersambung semula dari 5.00 petang hingga 10.00 malam di bawah jadual berikut.
Isnin hingga Jumaat:
• 6.00 pagi – 7.00 pagi: Kekerapan 30 minit
• 7.00 pagi – 9.00 pagi: Kekerapan 10 minit (jam puncak)
• 9.00 pagi – 10.00 pagi: kekerapan 30 minit
• 5.00 malam – 7.00 malam: kekerapan 10 minit (jam puncak)
• 7.00 malam – 10.00 malam: kekerapan 30 minit
Sabtu, Ahad dan hari cuti umum:
• 6.00 pagi – 10.00 pagi: kekerapan 30 minit
• 5.00 petang – 10.00 petang: kekerapan 30 minit
Orang ramai boleh melayari laman web myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk bagi melihat jadual operasi manakala penumpang Rapid Penang boleh memuat naik aplikasi di Rapid Penang Journey Planner. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari Facebook Rapid KL Facebook @myrapid, sementara Twitter dan Instagram di @myrapidkl dari semasa ke semasa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...