cruise

Buntu atau kekeringan idea untuk percutiaan bulan madu? Anda dan pasangan boleh cuba percutiaan pelayaran mewah. Paling menarik, pakej dan harga yang ditawarkan sekarang banyak pada harga cukup berbaloi.

Trend percutian kapal persiaran semakin menjadi pilihan ramai merealisasikan percutian gaya hidup baharu apabila segala keriangan, aktiviti dan hiburan dinikmati sambil belayar. Pelancong yang beragama Islam tidak perlu was-was apabila seksyen dan dapur halal di situ turut memperoleh sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ikuti perkongsiaan trip daripada pasangan suami isteri bahagia ini ketika dalam pelayaran SuperStar Gemini.

Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni! Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!

Pakej:Port Klang-Phuket-Krabi-Penang-Port Klang

Sedikit sejarah tentang SuperStar Gemini, kapal ini hak milik Syarikat Star Cruises (Genting Hong Kong) dibina pada 1992 bernilai $240juta oleh Perancis. Pernah dinamakan Dreamward, Norwegian Dream sebelum dinamakan SuperStar Gemini pada 2012. Panjang kapal 229m, ketinggian hampir 18m dengan 10 tingkat yang boleh dikunjungi penumpang. Krew sebanyak 700 orang dan memuatkan penumpang sekitar 2000orang.

Hari Pertama
Check-in di Boustead Cruise Center, Port Klang 12tgh-230ptg. Big sized luggage perlu check-in, dan lain boleh hand carry. Dinasihatkan dtg awal, utk tak buang masa beratur dan sempat utk lunch atas kapal! Bila check in, akan diberi setiap seorang kad akses dengan nama dan nombor bilik dicetak atas kad. (Juga diguna utk makan dan semua belian sbb atas kapal semua cashless). Bila masuk pintu kapal, kad akses discan, dan passport disimpan pihak kapal. Fire drill hanya pada hari pertama, untuk kiraan penumpang sebelum kapal bertolak jam 4ptg. Mula2 naik, mestila jelajah sana sini, dari tgkat 5 hingga 12. Walaupun rasa jugak kapal bergoyang kadang2 tapi xperlu pun ubat pening/mabuk laut.

Hari Kedua
Turun di Phuket 3ptg-11mlm. Pakej boleh dibeli dalam kapal di Reception, lebih mudah sebab masa pejalanan diatur, bas dan bot disedia lebih cepat. Ada bnyk jenis pakej dengan harga berlainan. Hanya perlu bawa salinan passport utk turun ke Thailand, sebab passport dipegang oleh pihak kapal (mereka akan tolong copkan passport siap2). Utk sesiapa yang nak kekal di kapal pun xada masalah, makanan dan aktiviti tetap tersedia.

Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!

Ads

Hari Ketiga
Turun di Krabi 7pg-230ptg. Sama seperti di Phuket tapi Fa pilih utk free and easy tanpa pakej. Bot boleh booking awal di Reception tanpa bayaran cuma kena beratur lama jd buang masa sikit. Ada 1 malam yang kawasan Duty Free akan buat sale besar2an selama setengah jam. Masa pakej Fa ni 1015-1045 mlm ketiga.

Hari Keempat
Turun di Penang 7pg-3pm. Lebih mudah sebab xperlu bot. Hanya berjalan kaki macam di Port Klang. Nak jalan2 cuma guna Grab je. Petang dah boleh ambil balik passport dan buat bayaran semua bil. (Bayar siap2 nanti ramai sngt kalau last minute) Bagi yang nak check out luggage besar, bermula 11mlm dah boleh tinggal beg dimuka pintu bilik nanti pekerja akan ambil.

Hari Kelima
Boleh keluar bermula 8pagi. Kalau kad akses tu clear tanpa hutang, boleh terus keluar ke Port Klang. Luggage boleh diambil di sana ikut nombor bilik.

Bilik :

Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!

Ads
  • Ada bilik tanpa tingkap, bilik tingkap hadap laut dan bilik VIP. Bilik Fa ada tingkap tapi nampak jogging track (Track ni hanya di tingkat 7). Bayaran bilik ikut jenis. Semua bilik ada 2 unit katil single yg boleh dirapatkan dan 1 sofa bed. (Max 4org 1 bilik)
  • Kemudahan – TV, telefon, almari dgn hanger, kettle, towel, sabun shampo, berus gigi, ubat gigi, water heater, shower cap, hair dryer, air mineral, cawan, soket biasa dan universal.
  • Tanpa – Iron (boleh anta utk iron 5 helai rm12), paip air jamban (guna sinki/shower), 3in1.

Makan :

Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!

  • Cuma ada 3 restoran buffet Halal iaitu Oceana BBQ, Mariners (Indian and International) dan Bella Vista (Western). 3 restoran ni mmg dah xhabis makan tapi ada masa tertentu utk makan, boleh tgk jadual dalam Star Navigator. Makanan sedap2 sngt dan layanan sngt tip top! Setiap kali makan kena bawa kad akses utk scan.
  • Lain2 ada yg ala carte dan bar. Mmg arak bnyk sngt dihidang di mana2 macam area pool, karaoke tp masih cruise ni muslim friendly. Ada macam kedai runcit jgk utk belian.

Pertunjukkan :

Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!

  • Setiap hari akan dapat Star Navigator, utk jadual perjalanan, aktiviti kapal, waktu makan dan notis kapal. Boleh tgk aktiviti yg ada macam circus, magic show, dance class, movie, karaoke, jackpot binggo, loteri, party, cooking class dsb. Kebanyakkannya dibuat di Stardust Lounge.

Pakaian :

Ads
  • Selalunya casual, tiada kod etika. Kalau ke Bella Vista, ramai jgk yg pkai cantek2 dengan dress sbb restoran ni serve mcm di hotel. Utk pool pun xada halangan pemakaian.

Kemudahan lain :

Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni! Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!

  • Free – gym, pool (ada 4), smoking area,
  • Berbayar – salon, spa, child care center, photo gallery, klinik, boutique, duty free shop, laundry, wifi
  • Xpasti – mahjong room, snooker
  • Utk warga tua dan yg guna wheelchair pun sesuai sbb ada semua kemudahan.

Harga:

  • Bergantung kepada promosi, destinasi dan jenis bilik. Pakej yg Fa dapat adalah dari Matta Fair dengan sedikit penjimatan untuk kanak2 dan warga emas. Harga untuk dewasa sekitar RM2000 dan Fa ada upgrade utk bilik bertingkap sekitar RM200. Warga emas dan kanak2 sekitar RM1800 dan bayi bawah 2tahun sekitar RM1200. Setiap penumpang dikenakan bayaran gratuity RM60 (setiap org utk 1 malam) yang perlu dibayar sebelum check-out. Jadi utk keseluruhan seorang dewasa berjumlah RM2500.

Tips :

Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!

  • Bawa lanyard, sbb ke hulu ke hilir kena bawa kad akses. (Kalau hilang org boleh shopping guna kad kita).
  • Masuk Stardust Lounge show awal sbb berebut seat depan.
  • Bayar bil, book boat dan pakej seawal boleh.
  • Semak siap2 harga beauty products, skincase, perfume sbb akan bnyk sale. Mungkin xsemurah mana kan?
  • Arah kiblat xde specific atas kapal, bnyk bergantung kepada kompas handphone, terbit dan terbenam matahari. Boleh jd setiap waktu solat arah kiblat berbeza.

Sememangnya kenangan yang xdapat lupa naik Star Cruise ni. Lain dari holiday biasa. Kalau ada yang minat, boleh bukak website Star Cruise, xpun ada bnyk ajen pelancongan yang ada pakej cruise jugak.

Sumber: Fatiya Nasir

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI