Tourism Selangor mengambil langkah proaktif bekerjasama secara julung kalinya dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Medan sebagai usaha untuk meneruskan aktiviti promosi pelancongan antarabangsa Negeri Selangor pasca pandemik Covid-19. Webinar “Sesi Rindu Malaysia – The Uniqueness of Selangor” yang diadakan menerusi aplikasi ‘Zoom’ tersebut adalah seiring dengan norma baharu serta merupkan inisiatif yang efektif dalam menghubungkan penggiat industri pelancongan dua buah Negara.
Sesi Webinar tersebut turut menjadi bukti kepada dedikasi dan fokus Tourism Selangor dalam meneruskan usaha promosi pelancongan antarabangsa bagi pasaran Asia Tenggara, khususnya Republik Indonesia walaupun sempadan Negara belum dibuka untuk tujuan penerbangan komersil.
Sesi Webinar tersebut melibatkan seramai lebih 100 orang peserta dalam kalangan pegawai Pejabat Tourism Malaysia Medan, penggiat industri pelancongan dari seluruh Republik Indonesia, delegasi Media, wakil Organisasi-organisasi setempat termasuk Badan Korporat, institusi pendidikan, serta orang awam. Manakali e-delegasi dari Negeri Selangor terdiri dari 8 produk pelancongan Negeri Selangor, serta beberapa orang pegawai yang diketuai oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, “Sesi Webinar pada hari ini merupakan satu usaha baik yang dijalankan untuk meneruskan aktiviti promosi pelancongan Negeri Selangor bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong dari Indonesia setelah pintu sempadan dibuka kelak. Sesi ini turut memberikan maklumat dan informasi berkenaan keadaan semasa produk-produk pelancongan Negeri Selangor yang bersedia untuk menerima kedatangan pelancong khususnya dari Indonesia bila krisis Covid-19 semakin reda”.
Ads
Di kesempatan tersebut, Tuan Azrul Shah turut memperkenalkan Kempen “Splendid Selangor; Take Me Anywhere” yang memberi fokus kepada pasaran pelancongan antarabangsa.
“Cogan kata ‘Splendid Selangor’ jelas merujuk kepada sebuah pengalaman penuh mengujakan yang menanti para pelancong di Negeri Selangor. Mereka boleh menyokong kempen ini dengan mengunakan hashtag #SplendidSelangor dan #TakeMeAnywhere pada posting media sosial mereka berkenaan produk pelancongan Negeri Selangor, mahupun pengalaman mereka menerokai Negeri ini pada masa akan datang”, tambah Tuan Azrul Shah.
Ads
Sesi Webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan cabutan bertuah.
Antara segmentasi pelancongan yang diberi penekanan semasa sesi Webinar tersebut termasuk pelancongan berkonsepkan eko dengan senarai produk seperti Sky Mirror Kuala Selangor, Air Terjun Kanching, Sekinchan Ninja Private Kitchen dan Skytrex Sg Chongkak. Bagi segmentasi seterusnya iaitu taman tema, contoh produk pelancongan yang disebut adalah Sunway Lagoon, Bangi Wonderland, Gamuda Cove dan KidZania.
Ads
Segmentasi pelancongan medikal melihat seleksi produk kesihatan Negeri Selangor seperti Subang Jaya Medical Centre, Alpha IVF & Women’s Specialist, Thomson Hospital Kota Damansara, Sunway Medical Centre dan Avisena Specialist Hospital. Bagi keluarga yang menemani bersama ke Negeri Selangor, mereka boleh menghabiskan masa di Pusat Beli-belah seperti 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, GM Klang Wholesale dan Mitsui Outlet Park.
Manakala, untuk segmentasi pelancongan pendidikan, Negeri Selangor terkenal dengan rantaian perpustakaan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), serta pelbagai insitusi pendidikan tinggi yang terkemuka seperti Management & Science University (MSU).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kampung Baru terletak di lokasi dalam lingkungan segi tiga emas menyebabkan nilai tanah di Kampung Baru dilaporkan mencecah berbilion ringgit. Sehingga kini, terdapat tujuh kampung yang berada di bawah kawasan Kampung Baru iaitu Kampung Periok, Kampung Masjid, Kampung Atas, Kampung Bawah, Kampung Hujong Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.
Kebanyakan kediaman sudah berwajah moden. Bagaimanapun, itu semua belum berupaya menandingi keunikan dan keaslian seni bina rumah tradisional Melayu yang menjadi identiti Kampung Baru.
Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Mohd Harun berharap agar nama Kampung Baru tetap dikekalkan walaupun kerajaan berhasrat untuk membangunkan semula kawasan berkenaan sebagai penempatan moden dan lebih sistematik. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata ini kerana nama Kampung Baru memiliki nilai sejarah dan warisan tersendiri yang perlu dikekalkan.
“Saya berharap agar kampung ini walaupun dibangunkan tapi akan dibangunkan dengan keunikan Kampung Baru itu, jangan hilang nama Kampung Baru itu, jangan jenamakan, contoh macam sebelum ini Kampung Kerinchi jadi Bangsar South,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Pakatan Harapan Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru di sini hari ini.
Pada 22 April lepas, Menteri Wilayah Khalid Samad dipetik sebagai berkata kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah di Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu kota.
Katanya dana itu diperlukan untuk membolehkan kementerian membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau ‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju.
Rina berkata, pembangunan dirancang kerajaan di Kampung Baru dilakukan secara menyeluruh dan holistik bukan sahaja merangkumi pembangunan fizikal, tetapi turut merangkumi sosial dan ekonomi.
“Kes Kampung Baru baru sudah terlampau lama, saya harap kali ini dapat dibuat satu keputusan lebih jelas, kita tidak boleh puaskan hati semua orang…so far Alhamduluillah ramai nak pembangunan, tapi jangan dipinggirkan hak mereka,” katanya.
Beliau berkata pihaknya juga kini sedang menjalankan kajian menyeluruh bagi mengenalpasti jumlah dan status kewarganegaraan penduduk yang menetap di Kampung Baru.
“Saya percaya Perbadanan Kampung Baru juga telah jalankan siasatan dan mengenal pasti setiap penduduk di kampung ini…sama ada mereka ini warganegara atau tidak…kita nak pastikan rakyat kita mendapat manfaat daripada pembangunan ini,” katanya.
Bila nak travel, kasut antara kelengkapan yang perlu dititik beratkan. Kasut yang dipilih untuk dibawa ketika bercuti atau melancong perlulah selesa dan cantik untuk digayakan setiap masa.
Nak tampil lebih berfesyen dan bergaya sepanjang percutian? Hush Puppies memperkenalkan koleksi kapsul Super-J edisi terhad
Kini kasut tidak lagi berfungsi sebagai alas kaki sahaja, sebaliknya ia menjadi salah satu pelengkap fesyen agar pemakai tampak lebih bergaya. Jenama kasut yang terkenal dengan fesyen kasut kasual Hush Puppies memperkenalkan koleksi baru mengikut gaya terkini namun mengekalkan keselesaan.
Koleksi kasut baru Super-J Hush Puppies dinamakan sempena maskot terkenal jenama itu, Jason. Ia mempunyai pelbagai koleksi kasut bergaya dan selesa, termasuk yang terkini: edisi terhad Betsy yang merupakan lambang gaya jalanan.
Koleksi Betsy yang direka khusus untuk golongan wanita tampil dengan rekaan kasut sneaker serba putih yang sentiasa mendapat sambutan luar biasa sejak sedekad yang lalu. Sebagai jenama yang dipercayai ramai, Hush Puppies membuat inovasi terkini mengikut citarasa peminatnya.
Berasaskan gaya klasik asas, rekaan terkini koleksi terhad ini memberi fokus kepada gaya, keselesaan dengan harga yang berpatutan. Dihasilkan menggunakan teknologi berkualiti untuk memastikan ia mengikut fesyen terkini namun tetap selesa disarung di kaki.
Betsy diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu emas dan hijau dan ia diserlahkan dengan cetakan grafik yang memberikan gaya sentuhan ceria. Kelainan kasut ini ditampilkan dalam rekaan tidak sepadan iaitu sebelah kasut mempunyai tali dan sebelah lagi tanpa tali – gaya ini dapat menampilkan kelainan pada si pemakai. Setiap pasang dilengkapkan dengan logo jenama serta perkataan Super-J yang dicetak menggunakan tulisan tangan.
Koleksi Betsy berharga RM269 sepasang, serta didatangkan dengan sekaki payung edisi terhad dan mempunyai reka bentuk grafik yang senada dengan kasut.
Aksesori hijau beraksen dengan koleksi logo berwarna emas dan putih menghasilkan gabungan yang menarik. Tidak kira sama ada anda peminat warna emas atau hijau, Hush Puppies mahukan anda sentiasa menjadi individu yang baik, berani, selesa dan jujur.
Koleksi kapsul Super-J Betsy edisi terhad boleh didapati bermula dari 27 Oktober 2022 di semua stor Hush Puppies di seluruh negera. Anda juga boleh beli secara dalam talian di https://hushpuppies.my/.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dengan tren khas MySawasdee dari KL Sentral Ke Hatyai, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi membuka peluang dengan menawarkan tiga perjalanan tren khas tersebut sepanjang bulan Disember ini.
Dalam perkongsian di akaun laman sosial rasmi media mereka, KTMB menyatakan tiket akan mula dijual pada hari ini iaitu 29 November 2022 mulai jam 3 petang. Anda boleh pilih sama ada untuk menaiki tren sehala atau pergi balik dengan harga tiket dari RM75 sehala.
Tiga perjalanan tren MySawasdee yang ditawarkan adalah pada 9 Disember dari KL Sentral dan pulang pada 12 Disember dari Hatyai, 23 Disember dari KL Sentral dan pulang dari Hatyai pada 26 Disember dan perjalanan terakhir untuk Disember Mania iaitu pada 30 Disember dari KL Sentral dengan tren dari Hatyai pada 2 Januari 2023.
Antara terma dan syarat:
Tiket boleh dibeli untuk perjalanan
sehala atau dua hala.
Harga tiket adalah bagi Dewasa
sahaja. Tiada tambang kanak-
kanak atau konsesi ditawarkan.
Harga tiket hanya untuk
perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Hatyai dan sebaliknya.
Tiket tidak termasuk makanan/
minuman/pakej lawatan di Hatyai.
Untuk anda yang ada plan nak ke Hatyai dengan menaiki train dah boleh stanby untuk beli tiket bermula petang ini jam 3 petang. Tiket boleh dibeli di kaunter pembelian tiket atau secara online di https://online.ktmb.com.my/
Seronok naik train jauh-jauh, macam-macam boleh buat dalam train selain dapat pengalaman berbeza daripada naik kereta sendiri atau bas dan kapal terbang. Jadi yang dah plan tu bolehlah beli tiket tren MySawasdee ke Haytai untuk cuti hujung tahun anda!