Mesti ramai yang teringin bercuti kala ini. Sekian lama berkurung perasaan ingin bercuti tentunya menggebu-gebu namun buat masa ini, hasrat itu perlu dipendamkan dulu kerana negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tapi korang boleh masukkan list Rumah Sungai di Lenggong, Perak ini sebagai destinasi bakal pergi kerana suasananya memang mendamaikan apatah lagi terletak betul-betul di hadapan sungai.
Ads
Jadi untuk korang yang nak bercuti santai bersama family atau kawan-kawan dan merasai suasana dikampung. Semuanya 3 chalet. 2 chalet yang berwarna coklat tu RM160/night, chalet hijau RM200/night.
Yang hijau ni ada aircond, water heater dan peti ais. Tapi sebenarnya tak ada aircond pun takpe.. malam sejuk giler. Nak mandi sungai, keluar bilik terjun je kat depan tu. Sungainya tak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ads
Keluar Tol PLUS Kuala Kangsar terus je dalam 30 minit sampai la ke Rumah Sungai, Lenggong, Perak ini.
Ads
Harga bilik dah termasuk breakfast dan lunch. Breakfast boleh pilih nasi lemak/bihun goreng/nasi goreng. Untuk lunch pula boleh pilih set A/B/C, masakan kampung yang cukup awesome. Owner siap bagi jeruk petai dan durian lagi.. Perghh.
Untuk makan malam boleh sewa tempat BBQ, RM15 je. Kita bawak sendiri ayam/daging perap dan bahan lain. Memang syok tepi sungai yang sejuk sambil dengar air mengalir. Kepada sesiapa yang berhajat nak pergi selepas PKP, better rancang awal kot tahun depan, kalau main redah je nanti chance nak dapat chalet tu tipis la. Rumah Sungai #TravelPerakLah
Sumber : I Am Parit Buntar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Trend pelancongan dan percutian kian berkembang dan berevolusi dari semasa ke semasa dan senario tersebut tidak lagi seperti pelancongan biasa yang kita ketahui beberapa tahun dahulu.
Senario kini, pelancongan telah berkembang kepada beberapa kategori yang mengkhususkan kepada kumpulan sasaran pasaran dan antaranya adalah pelancongan sukan – seperti namanya, kategori pelancongan ini memfokuskan mereka yang ingin melancong dan sukan adalah salah satu acara utama dalam itinerari percutian.
Mengambil contoh di negara kita sendiri, terdapat pelbagai acara sukan di pelbagai peringkat yang dianjurkan saban tahun. Peringkat-peringkat tersebut termasuklah penganjuran sukan di peringkat domestik mahupun antarabangsa dan semestinya perkembangan ini menarik minat ramai penggemar sukan serata dunia untuk datang ke Malaysia – sama ada menjadi sebahagian daripada pemain sukan mahupun sebagai peminat yang mahu menyaksikan sendiri sukan tersebut dengan mata mereka sendiri.
Contoh sukan peringkat antarabangsa yang mendapat tempat dalam kalendar tahunan Malaysia adalah golf. Setiap tahun, pasti ada sahaja acara sukan golf yang dianjurkan dan penglibatan pemain bukan sahaja di peringkat tempatan, malah pemain di peringkat antarabangsa juga turut hadir untuk merebut kejuaraan yang dipertandingkan.
Antara lokasi yang sering menjadi keinginan pemain-pemain golf untuk memukul bola di negara ini adalah di Mines Golf Resort yang terletak di Seri Kembangan, Selangor, selain daripada Tropicana Golf & Country Club dan Saujana Golf & Country Club.
Keinginan tersebut bukan sahaja menarik pemain golf sebarangan untuk bermain di sini kerana kelab golf berkeluasan 190 ekar ini pernah menyaksikan pemain golf terkemuka seperti Tiger Woods dan Mark O'Meara beraksi dalam kejohanan dunia pada 1999 dan 2012.
TRIVIA Pengurusan baharu Mines Golf Resort sejak Januari 2017 mengamalkan konsep terbuka dengan membenarkan ahli kelab membawa tetamu untuk bermain di sini.
Namun, status kelab golf ini yang 'eksklusif' membuatkan ramai pemain-pemain golf di luar sana tidak dapat menikmati keasyikkan untuk bermain di sini. Ini kerana, pengasasnya Tan Sri Lee Kim Yew berhasrat untuk mengekalkan status 'eksklusif' tersebut dengan membuka kelab golf ini hanya untuk ahli-ahlinya sahaja.
Bagaimanapun, selepas pihak Kumpulan Zikay mengambil alih pengurusan golf, orang luar kini diberi peluang untuk bermain dan merasai sendiri lapangan hasil rekaan Robert Trent Jones Jr. dari Amerika Syarikat, dengan hamparan rumput bermuda greenless park (gip) pada fairway dan tiffdwarf di permukaan green di Mines Golf Resort ini.
TRIVIA Mines Golf Resort membelanjakan RM200,000 sebulan untuk menjaga kualiti padang golf yang sudah berusia 24 tahun ini.
Walaupun membuka peluang kepada orang luar, pihak pengurusan Kumpulan Zikay juga turut mengekalkan keutamaan terhadap ahli-ahli kelab tersebut. Selain itu, Mines Golf Resort juga telah menghadkan jumpa ahli kelabnya sebanyak 500 orang sahaja supaya mereka dapat memastikan status kelab yang 'ekskusif' ini dapat dikekalkan.
TRIVIA Mines Golf Resort mengehadkan kejohanan ini sebanyak tiga atau empat kali setahun bagi menjaga kondisi lapangan dan green selain mengekalkan status eksklusif kelab golf ini.
Dengan harga baharu ini mereka percaya golongan kelas pertengahan mampu untuk bermain golf di Mines yang dianggap sebuah kelab cukup eksklusif dan susah untuk bermain di situ kalau bukan ahli dan seperti kelab-kelab yang lain, Mines Golf Resort juga menyediakan pelbagai fasiliti seperti restoran, dewan, bilik persalinan dan banyak lagi untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pemain.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, sesetengah negara masih agak rasis bila menyebut tentang Islam. Ia mungkin kerana pemahaman salah diterima hingga mereka memandang semuanya sama rata. Tapi bagi pelancong muslim ada lima lokasi negara yang sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke tempat mereka. Jom tengok, lokasi lima negara yang mesra muslim.
Chefchouen, Moroco
Terletak di Pergunungan Rif di Maroko Utara, kota Muslim yang menawan ini tidak seperti tempat yang pernah korang lawati sebelumnya. Ini kerana seluruh kota ini dipenuhi dengan lukisan berwarna biru. Kota ini didirikan pada tahun 1471 untuk membantu orang-orang Moroco melawan Portugis yang menyerang mereka. Bukan itu saja, kota ini turut berfungsi sebagai tempat berkumpulnya bagi orang-orang muslim hasil pengasingan dari Sepanyol. Namun seiring waktu, kota ini turut menerima dan menyambut orang-orang Yahudi dan Kristian juga.
Di sini, bukan saja kotanya sangat indah, pemandangan luar biasa, makanan agak lazat serta banyak kafe-kafe yang menawarkan makanan lazat. Hasil kerjatangan penduduk di sini juga agak hebat seperti perhiasan dan lain lagi.
Ko Panyi, Thailand
Desa muslim ini didirikan sepenuhnya atas air dan nelayan Indonesia menetap di sini sekitar 200 tahun lalu. Hari ini Ko Panyi mempunyai masjidnya sendiri, restoran dan padang bola yang semuanya didirikan di atas air. Kehidupan sangat sederhana di sini dan penduduknya juga sangat ramah kepada pelancong luar.
Bo Kaap, Afrika Selatan
Daerah Bo Kaap di Afrika Selatan adalah asal komuniti Muslim Cape Town. Ia mencatatkan orang muslim pertama tiba di sini pada tahun 16858 berasal dari Afrika dan Asia. Saat itu mereka menyebarkan agama islam secara bersembunyi. Pada 1805, kebebasan beragama akhirnya dikabulkan dan sejak itu, komuniti Muslim terus tumbuh di dearah ini. Uniknya di sini, rumah penduduk di cat berwarna warni malah pelancong boleh menikmati makanan enak dan lazat di sini.
Mostar, Bosnia
Mostar antara kawasan paling ramai dilawati oleh muslim. Kota ini adalah rumah bagi Stari Most atau Old Bridge, sebuah karya Ottoman yang dibangunkan oleh Sulaimen Yang Agung. Pengunjung dapat menyaksikan penduduk bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti. Lebih menarik di sini, makanan halal sangat mudah didapati dan rasanya cukup enak.
Segovia, Sepanyol
Ramai pengunjung datang ke Sepanyol tidak melepaskan peluang mengunjungi kota Granada dan Cordoba untuk menikmati kotanya yang sangat indah. Namun salah satu lokasi menarik yang tidak harus dilupakan ialah Segovia di mana kotanya, Alcazar amat indah dan ini semua dibangunkan oleh golongan muslim. Bahkan aliran air di kota ini yang dibangunkan lebih 2000 tahun lalu sangat indah dan menarik. Ia dipenuhi dengan sejarah dan tatkala bersiar-siar di kota ini, ia bagaikan satu aliran cerita yang tidak pernah selesai. Sumber : Islampos.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesekali buat kelainan dengan bercuti ke Taman Negara memang seronok. Semua aktiviti penuh adventure. Bermula dengan meredah jalan dengan kenderaan pacuan empat roda, malam enjoy tengok langit yang dipenuhi bintang dan banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dibuat bila mengambil pakej percutian ke Taman Negara.
Harga yang berpatutan termasuk aktiviti dan makan, memang berbaloi untuk anda dan keluarga bercuti. Malah ada antara aktiviti lain yang boleh anda tambah jika berminat. Berpeluang bercuti selama tiga hari dua malam di Danz Taman Negara yang terletak di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Siti Hanis Khairul’Zaman dan keluarga berkongsi itinerari mereka.
Percutian alam di Danz Taman Negara, 3H2M yang Penuh Adventure
DANZ ECO RESORT, KUALA TAHAN
Saya kongsikan gambar-gambar yang sempat kami snap di sekitar Danz Taman Negara ni..
Kami stay di sini 3 hari 2 malam, kemudian sambung pula check in di Mutiara Resort Taman Negara..
Danz Itinerary untuk 3D2N
Day 1
arrived Taman Negara & park kereta
off road 4×4 shuttle to Danz Resort (adventure sgt! )
trip to Lata Berkoh & Kelah Sanctuary
dinner.. free & easy..
stargazing & golek2 main pasir tepi sungai tembeling
Day 2
breakfast by the river
trekking to canopy walkway & explore flora fauna @ Taman Negara
trekking to Teras Waterfall, mandi manda & pack lunch
boat pick up & rapid shooting..
visit orang asli village (suku Batek)
sambung lagi rapid shooting before balik ke resort
berkayak di Danz resort & mandi sungai
dinner..
enjoy stargazing & camp fire..
Day 3
breakfast by the river
mandi sungai & kayaking..
explore keliling Danz resort campsite
lunch & check out..
4×4 shuttle from Danz to Jetty Taman Negara
Harga adalah per pax dan bergantung kepada package aktiviti yang kita pilih serta jenis penginapan..
Kami memilih penginapan glamping untuk malam pertama & rumah Azalea untuk malam ke dua (boleh rujuk gambar )
Harga package kami
RM335 untuk dewasa
RM305 untuk kanak2
Antara aktiviti lain yang boleh add on & enjoy di sini
Lata Layang2 & Panchor Harimau trip
Night Safari
Fishing trip
Tubing or Kayaking
*Package termasuk breakfast, lunch & dinner.. makanan banyak dan SANGAT sedap.. u all kena datang & try sendiri!
*Saya difahamkan ada juga Day trip package (tidak bermalam), guest boleh enjoy breakfast.. mandi sungai, rapid shooting dan lunch masakan kampung
In Syaa Allah kami akan datang lagi selepas ni..
“We came as stangers.. & we leave as friends”
Boleh hubungi Cikgu Zahanim Yusof Yusof, owner Danz Resort untuk sebarang pertanyaan & booking