Tak perlu pergi jauh untuk menikmati pemandangan indah sambil melakukan aktivit lasak yang diminati.
Salah satunya adalah berkayak hanya di Kebab Tasik Putrajaya. Dengan bertemankan pemandangan di kawasan sekitar, pastinya aktiviti berkayak akan jadi memori terindah walaupun baru pertama kali mencubanya.
Terletak 30 kilometer dari selatan Kuala Lumpur dan walaupun terletak di kawasan pentadbiran persekutuan, tetapi sebenarnya menawarkan pelbagai aktivti menarik dan salah satunya berkayak.
Bagi yang mahu mencuba aktiviti berkayak ini pada keluasan 650 hektar menyelusuri pemandangan indah di sekitar Tasik Putrajaya ini.
Jadi untuk yang mahu mencuba pertama kali aktiviti berkayak secara single, bolehlah menaikinya dengan hanya caj dikenakan RM10.60 sejam dan bagi yang untuk Double Kayak dan Canadian Canoes pula caj hanya RM15.90 setiap jam.
Untuk yang berminat mengisi masa senggang di hujung minggu, teruslah hubungi Kebab Tasik Putrajaya pada maklumat di bawah ini. Dan rasai sendiri keseronokan pengalaman berkayak.
Kelab Tasik Putrajaya
62250 Putrajaya, Malaysia
03-8889 5008
SUMBER: PLACES MALAYSIA VIA BACKPACKERS BUDDIES MALAYSIA
Artikel Berkaitan:
Wanita Kongsi Aktiviti Yang Korang Boleh Buat, Kalau Ambik Day Trip Ke Pulau Redang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Lokasi Menarik Untuk Korang Yang Nak Layan Roadtrip Satu Malaysia
Ramai ingin bercuti tetapi kadang-kadang buntu memikirkan tempat mana menarik untuk dituju.
Perkongsian Detektif Kembara ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu cuti-cuti Malaysia.
Malah jika berkesempatan boleh buat Roadtrip perjalanan dari Putrajaya-Kl-Selangor-Perak-Penang-Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka-Negeri Sembilan.
Walaupun kita sudah dibenarkan merentas negeri dan bercuti, jangan lupa untuk mematuhi SOP ditetapkan.
Kalau boleh jauhi kawasan yangramai orang, rancang percutian dan jangan jadikan momen kegembiraan nanti berakhir dengan suatu yang menyedihkan.
Ayuh, kita lihat detinasi menarik jika merancang bercuti di seluruh negeri yang ada di Malaysia.
Putrajaya
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Negeri Sembilan
Johor
Perlis
Johor
Kedah
Perlis
Melaka
Kelantan
Terengganu
Sabah
Sarawak
Artikel Berkaitan:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cadangan Tip Percutian Backpack & Bajet Ke Luang Prabang, Laos Untuk 4H3M
Luang Prabang menyediakan destinasi pelancongan bagi penggemar alam semula jadi terletak di bahagian tengah utara Laos di mana sungai Nam Khan bertemu Sungai Mekong. Luang Prabang menduduki tempat ke sepuluh destinasi pelancongan dunia di Asia berdasarkan tarikan alam biarpun tiada pantai yang memutih dan telah diiktiraf UNESCO sebagai bandar warisan dunia.
Bandarnya tidak sesibuk mana, apa yang ada hanya teksi-teksi kecil membawa pelancong ke destinasi yang diminta dan basikal adalah kenderaan beroda dua utama. Jika mahu melihat air terjun setinggi enam tingkat dengan airnya berwarna hijau, Air Terjun Kuang Si adalah jawapannya. Terjunannya dilihat pada ketinggian 200 meter. Luang Prabang merupakan sebuah bandar yang tinggi. Justeru semua tempat peranginannya memerlukan pelancong memanjat tebing atau mendaki bukit tertentu.
Laos turut dikenali sebagai negara untuk berjuta-juta gajah (Lane Xang), namun sekarang haiwan ini pupus akibat dibom ketika dalam peperangan dan sehingga kini cuma dianggarkan 1,600 sahaja yang tinggal. Gajah ketika itu digunakan sebagai platun sewaktu perang dan pengangkutan askar. Di Luang Prabang terdapat 40 ekor gajah sahaja yang digunakan untuk pelancongan.
Tip & Cadangan Melancong Ke Luang Prabang Bajet 70 USD (RM300) 4H3N – Sumber: FB Fendy
Bagaimana cara untuk dapatkan bajet ini. Boleh follow route seperti saya kongsikan;
1. Airport LUANG PRABANG – Boleh terus beli simcard di Airport dgn harga 5 USD (Seminggu, 3GB) atau 8 USD (4 Hari, Unlimited Internet).
2. Pertukaran matawang boleh dibuat sedikit dahulu di AIRPORT, 1 USD = 8100Kip dan selebihnya boleh tukar di bandar Luang Prabang, 1 USD = 8300Kip
3. Bagaimana nak ke Bandar LP? Boleh kongsi minivan dgn foreigner yg lain, 3 orang 50,000Kip (RM25). Service drop door to door ditawarkan.
4. Penginapan? Boleh download hostelworld dan book terus disitu. Anda hanya perlu bayar 10% sahaja untuk deposit dan selebihnya bayar ketika check out. Rate per night utk dominotary dorm RM25-30 per night. Antara tempat cadangan;
• LUANG PRABANG
Kounsavan Guest House
Ban Thong Chaleurn
Luang Prabang
Laos
p. +856-2096857399
email: kounsavan@gmail.com
• VANG VIENG
Vang Vieng Rock Backpackers Hostel
Main road in Vang Vieng center
Vang Vieng
Laos
p. +856-2096599799
f. +856-309888489
email: vangviengrockbackpacker@gmail.com
5. Tempat apa yang menarik?
WALKING DISTANCE
• Mount Phonsi, 10,000Kip (RM5)
• Royal Palace
• Museum Palace
• Night Market
• Morning Market
• Morning Alms (5:30-6:30pagi di Mount Phonsi) makanan diberikan percuma kepada Monk.
MINIVAN
• Kuang Si Waterfall, 20,000Kip (RM10)
Perjalanan ke sini, 1 jam dengan tambang 160,000Kip per minivan. Boleh kongsi dengan foreigner yang lain. 1 minivan boleh muat 10 org.
6. LUANG PRABANG – VANG VIENG
Tambang minivan 95,000Kip seorang. Perjalanan 4 jam 45 minit bergantung kepada keadaan jalan.
7. Apa aktiviti di VANG VIENG?
Untuk mudah dan berbaloi, boleh ambik package 1 day tour 100,000Kip (RM50) 9:00-5:00 petang. Antara tempat yang termasuk dalam package;
• Pick up service door to door 9:00am
• Tubing Cave
• Lunch
• Elephant Cave
• Kayaking 6KM
• Blue Lagoon and Jumping Point
• Drop up service to tour hostel 5:00pm
8. Halal Food
Luang Prabang; Chennai Restaurant opposite mekong river
Vang Vieng; Nazim Restaurant
9. VANG VIENG – LUANG PRABANG
Minivan 80,000Kip (RM40) one way.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tasik Jadian Attabad Pakistan, Terbentuk Dek Runtuhan Tenggelamkan Karakoram Highway 12 Tahun Lalu
Setiap orang mempunyai kisah tersendiri jika menggembara ke negara orang. Tidak kira secara solo atau berkumpulan.
Bagi seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia Siti Noridah, turut menyimpan pengalaman ketika bercuti secara solo ke Pakistan.
Menurutnya terdapat sejarah hitam di sebalik keindahan Tasik Attabad, Pakistan. Tasik ini sangat terkenal di kalangan pelancong kerana keindahan airnya yang bewarna turquoise dan biru kehijauan adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada 2010.
Malah dikatakan tasik ini terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat sejak tahun 2020.
Turut dikatakan seramai 20 nyawa terkorban apabila sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway tenggelam dan berkubur dalam tasik berkenaan.
Sejarah Hitam Tasik Attabad, Pakistan
Antara kejutan paling besar semasa saya mengembara solo di Pakistan 8 tahun yang lepas adalah – kewujudan sebuah tasik bernama Attabad.
Tak sangka rupanya dari Upper Hunza saya perlu menaiki bot meredah Tasik Attabad untuk sampai ke Karimabad, Hunza Valley.
Semasa saya merancang perjalanan ke Pakistan, memang tak ada langsung info yang saya jumpa mengenai tasik ini. Almaklumlah, buku panduan Lonely Planet tentang Pakistan yang paling terkini pada waktu itu pun diterbitkan pada tahun 2008. Memang sudah sangat ketinggalan infonya.
Nak dijadikan cerita, tasik Attabad ini sebenarnya adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada tahun 2010. Ya, tasik ini bukan tasik semulajadi. Malah, ada kisah pahit tentang bagaimana boleh terbentuknya tasik ini.
Orang-orang tempatan di situ menceritakan kepada saya, tasik ini sebenarnya terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat pada tahun 2010. Rentetan kejadian, air sungai telah naik sehingga terbentuknya tasik ini. Tambahannya lagi, sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway telah tenggelam dan terkubur di dalam tasik ini.
Yang menyedihkan lagi bila saya dapat tahu seramai 20 nyawa telah terkorban dan berpuluh-puluh rumah orang tempatan di kampung Attabad ini telah musnah sama sekali. Ribuan lagi orang tempatan telah terjejas teruk akibat terputus hubungan kerana satu-satunya jalan darat di situ iaitu Karakoram Highway telah pun tenggelam.
Maka sejak itu, mereka tiada cara lain dan terpaksa menggunakan bot penumpang untuk bergerak dari Upper Hunza ke Karimabad.
Tambang bot cuma 200 Pakistani Rupees (lebih kurang RM5) sahaja untuk perjalanan selama 2 jam merentas tasik Attabad. Bot kayu yang dicat dengan warna warna terang ini sungguh koboi gayanya. Orang ramai bersesak lompat ke dalam bot, duduklah di mana-mana yang kamu sukakan.
Pemandu bot cepat sahaja menggemudikan bot yang dilatari dengan bunyi enjin yang sangat memekakkan telinga. Hidung pula terpaksa menahan bau minyak yang kuat dan menyesakkan paru-paru. Entah berapa limit muatan orang pun tidak dikisahkan. Soal keselamatan memang jauh dari fikiran mereka, jadi jangan berminpilah untuk pakai life jacket di sini, kelibatnya pun tak ada langsung.
Mereka ini memang terbukti sejenis bangsa survivor. Banyak kes yang saya dengar, lori truk membawa barang-barang dari China yang ditenggekkan di atas bot terbalik dan tenggelam ke dasar tasik.
Ada juga kereta yang pernah jatuh dan tenggelam begitu sahaja. Macam-macam lagilah cerita tragis yang saya dengar. Saya terfikir, mungkin juga pernah ada orang yang tenggelam dan lemas di sini? Wallahuallam. Tetapi, apa pilihan yang mereka ada?
Setelah bertahun-tahun, syukur alhamdulilah penderitaan orang tempatan di sini berakhir bila kerajaan China dengan “baik hati” membantu Pakistan membina terowong dengan menebuk dinding-dinding batu gunung.
Akhirnya pada bulan September tahun 2015, terowong Attabad yang memakan belanja sebanyak 275 juta US siap dan sudah boleh digunakan oleh orang tempatan. Pastinya rakyat tempatan sangat berterima kasih dengan kerajaan China sekali lagi yang sentiasa ada untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.
Sekarang, dah tak perlu risau pun untuk merentas ke Upper Hunza dengan naik bot koboi lagi. Perjalanan 2 jam dengan bot koboi sekarang dah berganti dengan perjalanan selama 15 minit melalui terowong canggih buatan China. Bot koboi sekarang kebanyakannya dah pun bertukar menjadi bot yang membawa tourist bersiar-siar di sekitar tasik ala-ala cruise.
Ironinya, cruise ini di atas bekas sebuah kampung yang bernama Attabad yang telah pun tenggelam dan hilang dari muka bumi ini.
SumberL FB Travelog ET
Artikel Berkaitan:
Bagai Di Italy! Qulai Pizza Kayu Api Dibakar Segar Cara Tradisional Menggunakan Oven Batu
Wanita Kongsi Aktiviti Yang Korang Boleh Buat, Kalau Ambik Day Trip Ke Pulau Redang
Balat, ‘Hidden Gems’ Berusia 200 Tahun Di Istanbul. Destinasi Cantik Buat Kaki OOTD!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI