Esok kuta bakal menyambut Hari Malaysia. Jadi mungkin ramai di antara anda yang ingin ambil peluang untuk melawat lokasi-lokasi menarik sama ada tempat makan, peranginan dan juga pelbagai tarikan lain.
Negara kita merupakan sebuah negara berbilang kaum, dan keharmonian dan keamanan yang dikecapi pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap tanggungjawab dan toleransi yang telah lama dipraktikkan oleh semua kaum di Malaysia. LIBUR bawakan perkongsian dari Tourism Selangor yang bawakan jenis-jenis tempat di Negeri Selangor yang digemari seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa bagi meraikan kemuafakatan yang kita miliki!
1) Tempat Pemandangan Cantik
Siapa sahaja yang tidak suka akan pemandangan yang indah dan cantik, bukan? Negeri Selangor juga mempunyai banyak tempat yang menawarkan pemandangan indah untuk anda nikmati. Pemandangan indah ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat penggambaran atau tempat untuk beristirahat bersama keluarga dan kenalan.
Tempat yang mempunyai pemandangan indah di sekitar Negeri Selangor adalah berkonsepkan semula jadi, mahupun buatan manusia. Tempat-tempat yang anda boleh lawati adalah seperti Sky Mirror Kuala Selangor, i-City Shah Alam, Pekan Sekinchan, Sabak Bernam dan juga Ardence Lab Eco Ardence, Setia Alam.
2) Tempat Makan
Sudah tentu ketika waktu begini, kita tidak boleh tinggalkan kategori aktiviti yang paling digemari ramai iaitu, makan! Selain daripada bersantai bersama keluarga dan kenalan sambil menikmati makanan yang terhidang, anda juga boleh menyaksikan kemakmuran masyarakat apabila pelanggan yang berbeza kaum dan bangsa duduk bersama di satu meja makan.
Antara tempat makan yang terkenal dalam kalangan semua bangsa adalah Kopitiam seperti Chong Kok Kopitiam dan Ali Ah Hock dan Muthu Kopitiam, serta tempat makan durian seperti Durian SS2 dan Durianity. Anda juga boleh singgah ke SS15, Subang Jaya yang merupakan salah satu syurga makanan di Negeri Selangor yang mempunyai pelbagai pilihan tempat makan seperti Nomms, Jibril dan Gold Chili.
Ads
3) Pantai dan Taman
Anda juga boleh menyambut Hari Malaysia bersama keluarga tersayang dengan mengadakan aktiviti perkelahan atau riadah. Taman riadah di Negeri Selangor kebanyakannya dilengkapi dengan pemandangan indah dan kemudahan yang mencukupi.
Selain daripada taman, pantai juga merupakan lokasi yang sesuai yang boleh dilawati oleh semua lapisan masyarakat, dan pada masa yang sama, mengukuhkan semangat perpaduan. Pantai dan taman yang boleh dilawati di Negeri Selangor termasuk Pantai Remis, Pantai Morib, Taman Botani Negara Shah Alam dan Taman Tasik Cyberjaya.
4) Tempat Pendakian
Aktiviti mendaki juga merupakan aktiviti kegemaran rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan kaum. Mendaki merupakan salah satu aktiviti yang mampu membantu anda mendapatkan fizikal dan mental yang sihat kerana aktiviti ini memerlukan kecekalan minda dan badan.
Ads
Negeri Selangor juga mempunyai beberapa bukit yang bukan sahaja mempunyai trek mendaki yang agak mencabar malah juga menawarkan pemandangan yang mampu memikat hati anda. Antara bukit yang anda boleh daki termasuk Bukit Broga dan Bukit Kutu. Namun, harus diingatkan, terdapat beberapa lokasi pendakian di Negeri Selangor yang memerlukan anda memohon permit sebelum memulakan aktiviti pendakian.
5) Tempat Bersukan
Selain daripada aktiviti mendaki, ada juga aktiviti lain yang lebih mencabar. Melalui aktiviti sukan, anda bukan sahaja dapat meraikan Hari Malaysia, malah anda juga boleh meningkatkan semangat toleransi dan kerjasama bersama peserta-peserta lain yang datang dari berbilang kaum dan bangsa.
Antara tempat-tempat yang menawarkan aktiviti sukan yang luar biasa adalah penyedia perkhidmatan White Water Rafting di Sungai Selangor, Skytrex Adventure Sg Congkak, dan District21.
Ads
Bukan sahaja menyambut Hari Malaysia, anda juga boleh menambah kenalan dari pelbagai lapisan masyarakat dengan melakukan aktiviti-aktiviti di tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas.Hormat-menghormati dan sikap toleransi adalah amat penting dalam memastikan kemakmuran sebuah negara yang terdiri dari berbilang bangsa dan kaum seperti Malaysia.
Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam senuah kenyataan berkata, “Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-58 kepada semua rakyat Malaysia. Penghasilan artikel khas sempena Hari Malaysia ini merupakan salah satu inisiatif Kempen Hari Kebangsaan – Tourism Selangor Prihatin yang telah bermula dari 13 Ogos lalu sehingga 16 September untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-64, dan seterusnya, Hari Malaysia ke-58”.
“Kempen ini bergerak aktif melalui hantaran atau posting di laman media sosial rasmi Tourism Selangor, di laman Instagram, Facebook, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube. Kempen yang dijalankan ini memfokuskan kepada perkongsian kandungan yang berkaitan dengan tempat-tempat menarik sekitar Negeri Selangor yang kaya dengan nilai sejarah, mahupun yang digemari pelbagai bangsa. Orang awam juga dapat menyaksikan rakyat dari pelbagai latar-belakang meluangkan masa beraktiviti di satu tempat yang sama di Negeri Selangor”, tambah Tuan Azrul Shah.
Namun, harus diingatkan, teruslah mengikuti dan mematuhi langkah keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara untuk terus membendung penularan wabak Covid-19. Ikuti SOP seperti memakai topeng muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mempraktikkan penjarakan sosial di mana sahaja anda berada.
Kredit: Selangor Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pelancong terutamanya dari Malaysia yang gemar menggunakan teknologi sebagai medium penting dalam percutian mereka sememangnya akan menyukai satu hotel butik terbaharu yang dibuka di ibu negara iaitu hotel CitizenM Kuala Lumpur.
CitizenM Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang adalah hotel butik ‘mewah’ mampu inap yang telah memenangi banyak anugerah berprestij dalam industri perhotelan dan kini membuka cawangan terbaharu mereka di rantau Asia di Kuala Lumpur selepas Taipei dan Shanghai pada 2017 dan 2018.
Hotel yang terletak di tengah-tengah ‘segi tiga emas’ ibu negara dikelilingi oleh pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan tempat-tempat makan menarik yang boleh dijejaki dengan berjalan kaki. Lokasinya yang strategik di Bukit Bintang membolehkan anda merasai dan mengalami keseronokkan citarasa makanan tempatan, berhibur di tempat-tempat hiburan sekitar KL dan juga melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik tanpa perlu bersusah payah untuk berjalan jauh.
Berkonsepkan hotel butik, CitizenM mendekorasikan ruang dalam hotel mereka dengan perabot, corak dinding dan juga lantai, hiasan dalam yang membuatkan anda berasa seperti di rumah sendiri – berbeza dengan hotel-hotel lain, di CitizenM, mereka cuba untuk memberikan anda rasa nyaman dan selesa selepas mengembara jauh daripada kediaman di tempat asal anda.
Selain daripada sesuai untuk anda yang datang untuk melancong, CitizenM Kuala Lumpur juga merupakan salah satu hotel yang sangat bersesuaian untuk anda yang ingin melakukan urusan perniagaan menghasilkan keuntungan di ‘segi tiga emas’ itu. Selain dekorasinya yang akan membuatkan anda berasa selesa seperti di rumah, CitizenM juga menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan untuk anda dan kumpulan anda melakukan pelbagai jenis urusan sama ada mesyuarat, perbincangan dan urusan kerja yang lain.
Di CitizenM, ada disediakan tiga bilik mesyuarat yang lengkap dengan segala peratalan yang anda perlukan dan satu bilik teater yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa sekiranya anda ingin melakukan perbentangan kertas kerja kepada sesiapa yang anda mahukan.
210 buah bilik hotel dengan setiap satu daripadanya dilengkapi dengan katil bersaiz XL adalah salah satu keistimewaan yang terdapat di hotel ini. Tidak seperti hotel-hotel yang lain di mana mereka mengklasifikasikan beberapa buah bilik dan katil mengikut kategori, CitizenM berasakan bahawa semua tetamu mereka adalah sama rata dan perlu dilayani dengan adil dan saksama.
Oleh demikian, tidak ada kategori bilik berasingan di CitizenM. Selain daripada itu, sesuai dengan apa yang saya katakan di atas, hotel ini akan menjadi kegemaran kepada anda yang ‘tech-savvy’ kerana selain daripada dekorasi ruang dalamnya yang moden dan meriah, segala kelengkapan yang berada di situ adalah dikawal dengan satu alat kawalan sahaja. Ini bermakna, bermula daripada televisyen hingga ke lampu tandas anda adalah dikawal dengan menggunakan iPad yang disediakan di setiap bilik.
Salah satu perkara yang paling saya gemari adalah sambungan Wi-Fi yang paling pantas di hotel pernah saya gunakan tanpa limit untuk sesiapa sahaja yang singgah di hotel berkenaan.
Kepada anda yang ingin bermalam di Kuala Lumpur, cubalah CitizenM di Bukit Bintang untuk rasai sendiri pengalaman menarik bermalam di Bukit Bintang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Panggung Teater Globe William Shakespeare, panggung teater London yang banyak mementaskan hasil karya penulis hebat itu, kini berdepan risiko terpaksa ditutup selepas beberapa bulan tidak beroperasi akibat wabak COVID-19.
Panggung bersejarah itu yang ditutup sementara sejak bulan Mac kini mengalami masalah kewangan paling kritikal sejak penubuhannya. Panggun ini sepenuhnya bergantung pada pendapatan dari penjualan tiket dan aktiviti panggung seperti jualan barangan dan bengkel pendidika.
Teater Globe yang asal dibina oleh syarikat milik Shakespeare, Lord Chamberlain’s Men, pada tahun 1599, tetapi musnah dalam kebakaran pada tahun 1613. Replika panggung itu kemudiannya dibina pada tahun 1997, hanya beberapa meter dari tapak asal di tebing Sungai Thames. Reka bentuknya hampir sama dengan bangunan asal, tetapi dimasukkan beberapa ciri moden.
Antara karya Shakespeare yang pernah dipentaskan di situ ialah ‘Hamlet’, ‘King Lear’, ‘Macbeth’ dan ‘Othello’. Lebih memburukkan keadaan, panggung itu tidak layak mendapat dana Majlis Kesenian, dan terpaksa menguruskan keseimbangan untuk bertahan dari segi kewangan dan dalam masa yang sama, berbakti kepada masyarakat sebagai sebuah pusat sejarah.
Seorang Ahli Parlimen, Julian Knight, yang mengetuai jawatankuasa digital, budaya, media dan sukan di United Kingdom, memberi amaran bahawa penutupan panggung itu merupakan satu tragedi. Panggung ini sebuah institusi terkenal dan bukan hanya sebahagian daripada identiti bangsa, tetapi juga contoh utama sumbangan besar industri seni kepada ekonomi. Jika harta negara ini ditutup kerana tewas kepada COVID-19, ia memang sesuatu yang tragis.
Taiwan negara kepulauan kecil yang pesat membangun. Mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri membuatkan ia menjadi pilihan buat Norida Hanafiah dan tiga lagi temannya untuk percutian akhir tahun mereka.
Dua bulan merancang ladies trip ini, Norida dan rakan-rakannya menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan untuk membawa mereka berjalan-jalan di Taiwan. Turut menggunakan pengangkutan awam yang ada di sana bagi ke tempat-tempat menarik sekitar bandar dan juga mencari makanan halal.
Meneruskan perjalanan ke tempat yang agak jauh pada hari berikutnya, namun apa yang dirancang tidak dapat diteruskan kerana faktor cuaca. Namun mereka tetap enjoy dan merancang untuk kembali ke Taiwan dan explore pula ke bahagian Selatan negara tersebut.
Berkongsi itinerari dan juga kos yang dibelanjakan sepanjang percutian, bagi anda yang merancang untuk ke Taiwan seperti geng ini bolehlah jadikan rujukan.
Ladies Trip Ke Taiwan
This coming Friday, ngam laa 2 minggu post trip to Taiwan. Trip mokcik-mokcik..ehhh ada sorang kak Cik. Plan 2 bulan before trip.. Tiket flight were rather expensive laa, tapi ok ajerr… Well, here goes:
24.12.2022
Pkl 5.10 flight to Taipei. We fly dengan Starlux Air. Seat dia macam seats AA, tapi yang best ada wifi aboard…hidupppp oiiii ada wifi. It’s a 4 hours flight, they serve dinner to us. Dalam flight tu ada 6 jer muslimah Malaysia…us berempat, dengan 2 ladies lagi…sempat laaa bertukar senyumn.
At 9.00 p.m. sampai airport… COVID test kid diserahkan pada all arriving passengers… We were welcome by David, our ground host and he drove us to the hotel. It’s cold…around 13° mlm tuuu…syok tidor!
25.12.2022
It’s Christmas people! Arini Peter took charge of us… Jenuh juga nak communicate dengan dia cos his English is like 15/100 gituuu …we took the public bus in Minquan W, on foot from one location to the other…it was worth walking for! Today kami ke Peace Park, National Taiwan Museum Office of the President, Chiang Kai Shek Memorial Hall, again Chiang Kai Shek Memorial Hall but in Fuixngganf We had lunch at one Muslim restaurant. – refer pics laa yea.
26.12.2022
Another public transport trip . We went to Tansui. Banyak old building here yg throw back the hard living of the taiwanese before and after war. Owh, winter coats sini banyak and very affordable.
27.12.2022
Trip to Keelung, Yuehliu Geopark. Sempat tidur dlm kete! Malam we all pegi pasar malam, but not much interest…pasar malam deme focus on street food..
28 & 29.12.2022
Ruifang. Activities yang dah plan tak boleh go ahead sebab hujan. Patut ada paragliding dengan speedboat trip. Pun cancel sebab waves kuat. We went to Ruifang old town, dok atas bukit, pun hujan juga so jalan-jalan sambil shopping.
30.12.2022
6.45 a m. to the airport sbb flight is at 10.20 a.m. Masa ni laa baru nmpk Malaysian Chinese. We arrived safely in KLIA at 2.00 p m ..
Next nak venture the southern part of Taiwan pulak..bila?