Pulau Ular terletak di kawasan Kampung Sungai Ular Kuantan berhampiran jalan ke Cherating. Pulau tanpa sebarang pembangunan ini sangat jernih airnya.
Walaupun namanya Pulau Sungai Ular, pengunjung tidak perlu risau untuk bercuti ke sini kerana pulau hidden gem Kuantan ini bukan tempat habitat bagi haiwan tersebut dan ia hanya nama bagi kawasan Sungai Ular.
Pulau yang tidak mempunyai sebarang pembangunan ini dibuka untuk kunjungan pelancong hanya untuk trip singkat sahaja atau day trip. Pulau ini mempunyai pesisiran pantainya sendiri dan sesuai dijadikan lokasi riadah dan berkelah ala-ala di pulau persendirian.
Ads
Untuk ke pulau ini, pengunjung perlu menaiki bot di jeti Sg Ular . Perjalanan ke pulau ini sangat singkat, iaitu sekitar 5 ke 10 minit bergantung kepada keadaan arus laut. Tiada sebarang perkhidmatan jual beli makanan disediakan, jadi pengunjung diingatkan membawa bekal makanan sendiri dan barang-barang untuk berkelah. Jika ingin berenang di sekitar pulau ini, disarankan untuk mengenakan jaket keselamatan sentiasa walaupun anda mungkin seorang perenang yang hebat. Keselamatan perlu diutamakan!
Ads
Ini sedikit perkongsian trip ke Pulau Ular oleh saudari Farah Anuar
Ads
Antara tempat baru yang menarik di Kuantan. Pulau yang JIMAT & BAJET: Pulau Ular
Booking boat awal-awal
Parking kereta di Santuary Resort
5-6 minit naik boat ke Pulau, jangan risau akan dipantau/teman oleh “kapten” boat. Ni service tiptop!
Mobile network ok, port gambar banyak giler
Makanan bawak sendiri, sampah bawa balik ya
Before jam 3.30 petang WAJIB keluar okey
Extra, rezeki kami dapat tengok Penyu & Ikan Haruan Tasik. Lagi syok kalau geng kita kaki bergambar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Apa tu kuari? Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit.
Video letupan di kuari
Di Malaysia, lesen syarikat kuari dikeluarkan oleh kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bongkah-bongkah batu diletupkan dan runtuh ke bawah. Seterusnya dihantar ke mesin pemecah batu supaya ia lebih kecil dan halus.
Asal Tasik Kuari Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan. Tasik kuari mungkin berkedalaman +-2m ke 20m dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. Tebing bukit tinggi dah cukup bahaya sebab takut tergelincir jatuh. Kalau dah jatuh, berdepan pula dengan air dalam. Banyak kes lemas di tasik kuari direkodkan.
Berdasarkan kajian, aktiviti perlombongan yang telah dijalankan pada masa lalu telah meningkatkan jumlah pepejal terlarut dan logam berat. Tapi ramai yang mandi, maklumlah memang cantik air siapa tak geram. Cuma risiko sendiri sebab kawasan kuari adalah kawasan larangan masuk.
Tarikan Tasik Kuari Biru Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Ramai yang rakam video dan gambar cantik untuk perkongsian. Antara tasik kuari biru yang diketahui di Malaysia:
Video dron 5 TASIK KUARI WARNA BIRU CANTIK di Malaysia. Cantik, tapi dalam & berbahaya.Baca lagi http://stg.libur.com.my/tasik-biru-terlarang-johor-bahru/#libur #tasikbiru
Tasik Biru Bukit Ibam (dipercayai sekitar 40m dalam)Ini antara tasik kuari terbesar dan terdalam diketahui. Air dia memang biru tambahan datang waktu tengahari terik.
Air jernih biru kehijauan Semua Foto: commoncourtesy28
Tasik Biru Tasek Gelugor, Guar Petai Pulau Pinang (banyak kawah)
Jernih biru kehijaun air, tayar serta sampah. Foto: arzmoha
Tebing sahaja dah cukup tinggi. Hati-hati kalau pergi kuari. Foto: tehobenglimau
Tasik ni mungkin paling unik sebab kawah yang banyak Foto: subtlevisual
Tasik Biru Kangkar Pulai (dalam) Tebing tinggi. Kemudian korek lagi sampai ke dasar. Agak² berapa dalam tu? Foto: boon.z james
Tasik Biru Seri Alam Johor Bahru
Tebing tinggi. Kemudian korek lagi sampai ke dasar. Agak² berapa dalam tu? Betul biru hijau. Tanpa kesan khas.
Gambar keindahan Tasik Biru Seri Alam ini juga pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama ‘DCM Magazine’ pada December 2013. Dengan tajuknya ‘The Blue Lake of Seri Alam’ yang dirakam oleh Gani Masai. Gambar inin juga diterbitkan dalam majalah Dunia Kamera isu Februari 2013.
Tasik Biru Marang (besar & dalam) Foto: kakikusukaberjalan
Tasik Biru Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi Kedah
Foto: kedahnews
Kecantikan dari kemusnahan Lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja, meninggalkan tasik biru cantik yang berbahaya. Namun memang ada perancangan selepas itu. Proses untuk membangunkan bekas lombong memakan masa. Beberapa bekas lombong dijadikan tempat rekreasi seperti Sunway Lagoon, The Mines, Taman Ampang Hilir kini menjadi tarikan orang awam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negeri Perak sering jadi pilihan sebagai salah sebuah negeri membawa keluarga bercuti.
Selain faktor perjalanan yang dekat, Perak juga terkenal dengan beberapa lokasi menarik.
Antaranya Teluk Intan. Jika datang ke sini, tidak perlu check in hotel sebaliknya boleh menginap di rumah kayu kampung yang menyediakan private pool.
Rumah kayu bertangga merah dengan seni bina Perak ini menyediakan ruang besar dan selesa terutama jika mahu membuat aktiviti keluarga.
Rumah tradisional melayu dua tingkat ini boleh disewa untuk orang ramai yang ingin buat family day, reunion ataupun untuk acara lepak-lepak.
Kediaman klasik untuk mana mana keluarga yang mahukan kelainan dalam rumah tradisional melayu yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa.
Private pool ini boleh digunakan oleh seisi keluarga tanpa sebarang gangguan dan privacy hanya untuk anda sekeluarga.
Kemudahan yang terdapat di RTM: PRIVATE POOL Private pool dengan keluasan 10 x 15 feet dengan gazebo dan tempat istirehat
BILIK 1 blik dengan 2 queen bed (4 pax) 1 bilik 1 queen bed (2 pax) 1 sofa bed di common area (2 pax) Floor mattress dan bantal extra ada disediakan (4 pax)
TANDAS 2 tandas dengan hot shower Tuala, sabun dan shampoo disediakan
AIRCOND Semua bilik dan ruang menonton fully aircond
DAPUR Kelengkapan dapur lengkap dengan pinggan mangkuk dan peralatan memasak dengan peti sejuk, periuk memasak dan pemanas air.
Memiliki anak dan zuriat sendiri menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Walau bagaimanapun ada ramai pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama namun belum dikurniakan rezeki anak. Pelbagai cara dan ikhtiar yang dilakukan oleh mereka antaranya mengunjungi beberapa lokasi ‘ajaib’ yang telah diberitahu dari mulut ke mulut kononya mampu membantu mendapatkan anak.
Seperti di negara kita sendiri, Tasik Dayang Bunting dan Gua Kelamin menjadi bualan ramai lokasi yang sering ‘makbulkan’ permintaan pasangan yang belum memiliki zuriat menjadi kenyataan.
Tasik Dayang Bunting
Percutian ke Pulau Langkawi dikatakan tidak lengkap jika tidak menikmati panorama Tasik Dayang Bunting yang indah dan mendamaikan dengan menaiki bot laju hampir 30 minit. Perjalanan menempuh ombak begitu berbaloi apabila disajikan pemandangan semula jadi yang begitu memukau dan cantik. Biarpun hampir dengan laut, air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan pelbagai aktiviti air. Tasik Dayang Bunting mendapat pengiktirafan UNESCO dan dikategorikan sebagai salah satu geopark di Langkawi.
Semasa dalam perjalanan, anda dapat melihat bentuk muka bumi pulau seakan-akan seperti wanita yang sedang hamil sedang berbaring dan dari situlah pulau ini mendapat nama. Terdapat mitos mengatakan wanita yang sukar hamil, jika meminum air tasik di sini akan dikurniakan anak. Tetapi, pengunjung diberi peringatan agar menggunakan jaket keselamatan apabila berada dalam air kerana tasik ini mempunyai kedalaman 10 meter.
Gua Kelamin
Pulau Tioman diiktiraf antara pulau tercantik di Malaysia. Walaupun terletak di daerah Rompin, Pahang, namun Pulau Tioman tetap boleh dianggapkan sebagai naungan Johor kerana terletak tidak jauh dari daerah ini, iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan bot ekspres dari Jeti Mersing. Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman antaranya Tekek, Paya, Juara, Air Batang, Salang, Mukut, Nipah dan Genting.
Terletak di Kampung Genting, ada sebuah gua yang terbentuk akibat hakisan ombak memiliki bentuk yang unik dikenali sebagai Gua Kelamin. Gua Kelamin turut dikatakan sebagai lokasi yang ‘ajaib’ kerana dapat makbulkan permintaan pasangan untuk memiliki zuriat. Tidak dapat dipastikan bagaimana caranya, namun pasangan yang mengunjungi Gua Kelamin dan belum memiliki zuriat dikatakan bakal menerima ‘rezeki’ itu.
Jika anda adalah individu yang berjaya memiliki anak selepas mengunjungi dua lokasi ini, tahniah diucapkan. Apa pun, ini semua mungkin hanya kebetulan dan mitos sahaja. Jangan terlampau taksub mempercayai sehingga membelakangkan agama. Pasti ada jawapan yang lebih sainstifik dan boleh diterima akal disebalik apa yang terjadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!